SPECIAL OFFER

Sunday, February 27, 2011

Movie: I Am Number Four




I Am Number Four but i prefer number 6, a hottie!
Aktivity mmemwayangkan diri hari ini. Banyak pula cerita best-best yang boleh tengok. Last-last kitorang pilih nak tengok I Am Number Four. Kemain lagi promo kata boleh kalahkan Twilight. Blerh! Movie nie memang best but Twilight ada keistimewaan sendiri. Tapi Elle suka movie ni.

Movie ni tentang John aka Number 4, alien dari planet Lorien bersama guardian dia, Henry. Number 4 ni dah banyak berpindah randah setiap kali orang dapat tahu pasal dia. Sampailah ke Ohio bila Number 4 berjumpa dengan Sarah, yang jadi buah hati dia.

Dalam masa yang sama Number 4 diburu oleh puak Mogadorians yang muka konon ganas dan buruk nak mampus. Puak Mogadorians menjajah planet Number 4, Lorien. 9 kanak-kanak dari planet ni terselamat dan bersembunyi di bumi. 3 orang dah terbunuh dan Number 4 adalah yang seterusnya.

Dalam pertarungan berlawan puak Mogadorians yang nak bunuh Number 4 ni, Number 6 yang hottie muncul untuk membantu. Selepas ni Number 4 dan 6 akan mencari 4 lagi spesies diorang. Info dari Wikipedia, sekuel filem ni The Power of Six, diorang akan berjumpa dengan Number 7. Filem sekuel ni akan keluar pada 23 August 2011.

Enjoy tengok movie ni tapi percintaan Number 4/John dan Sarah tak boleh dibandingkan dengan Twilight. Percintaan dalam Twilight lagi menusuk jiwa sket. Tapi bagi yang tak minat dengan Twilight mesti tak setuju ngan Elle. Takpe. Pendapat masing-masing. Tapi yang pasti Elle tak sabar nak tunggu sekuel filem ni nanti.

Info dari Wikipedia.
Info dari IMDB.
Official site
Watch the trailer.

Wednesday, February 23, 2011

Mak Dara 1st Giveaway (GA)





Mak Dara buat 1st Giveaway dan dengan itu Elle pun nak joinlah. Kak Ida ai join nih.




1. Mesti mempunyai blog
2.Follow Blog Bicara Mak Dara

3. BERIKAN "SATU" TAJUK DRAMA
4. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry Dan Sidebar dan Linkkan Ke Entry Ini.
5. Tag Sekurang-Kurangnya 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GIVEAWAY Ini.
6. Setelah Siap Entry Anda, Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di: http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/02/mak-dara-1st-giveaway-ga.html#ixzz1ECHy7U1d
http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/02/mak-dara-1st-giveaway-ga.html#ixzz1ECHritqt

Tajuk Drama: Aku Facebook, Dia Blogger

Mari meng'tag' orang. Elle tag Belinda, Belalang, JZ.

Nak join clik jer : Mak Dara 1st Giveaway (GA) -TAJUK DRAMA

Music: Senyum Malique





Dah lama tak dengar lagu-lagu terbaru artis tempatan. Memang Elle akui, Elle kurang dengar lagu-lagu tempatan. Elle bukan peminat Siti Nurhaliza, Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan yang seangkatan dengannya. Tapi ada di antara lagu-lagu mereka yang Elle suka. Tapi dari dulu sampai sekarang Elle minat dengan Too Phat. Rasanya tak perlu kenalkan mereka lagi kan. Ada yang tak kenal?


Too Phat dianggotai oleh Malique dan Joe Flizzow. Joe dari JB dan Malique dari KL. Seingat Elle, detik perkenalan diorang dari MIRC. Dua-dua minat Hip Hop dan berkawan baik. Dioranglah anak-anak Melayu yang mengangkat muzik Hip Hop di persada muzik Malaysia. Elle minat muzik diorang dari album pertama, Whuttadilly lagi. Masa tu still bersekolah. Elle minat Hip Hop bukan sekadar trend seperti sessetengah orang, tapi muzik tu dah dikira part of my soul. Especially Hip Hop. Ingat lagi Too Phat ada forum sendiri. Selalulah bila Elle dapat online, Elle akan online dalam forum Too Phat dan Elle sempat berkawan dengan salah sorang forumer bernama Lin, dari JB. Sehingga sekarang masih berkawan cuma dah jarang sangat bertegur sapa. Masa tu GF Malique masih Phat Tim. Lepas tu Malique pernah bercouple dengan Dian Sastrowardoyo. Lepas beberapa lama tu dengar cerita orang Indonesia tak puas hati dengan Malique dan bomohkan Malique sampai sakit. Tak tahulah cerita ni betul ke tak tapi memang Malique menyepi dan kita hanya nampak Joe di kaca TV. Wallahualam! Yang penting Malique dan bernikah dengan Melissa Maureen dan dah ada baby comel bernama Inca Medina.




Zaman ni juga Too Phat pernah ada Phat Family yang terdiri dari Too Phat, Muchachaz, MOB (group Shaheizy Sam), banyak lagi dan salah satu daripada family diorang ialah Teh Tarik Crew. Yeah, bunga dari TTC ni telah kembang mekar menjadi Mizz Nina yang hot sekarang. Mizz Nina yang Elle kenal dulu berambut pendek, boyish, tapi tengok sekarang ni. Sampaikan masa lagu dia dengan Colby O'Donis keluar, member Chinese Elle sibuk-sibuk tanya, Mizz Nina orang Malaysia ke? Elle terkejut jugak sebab dah lama tak dengar berita Mizz Nina. Setahu Elle bila dengar jer Mizz Nina Elle terus teringat TTC. Bila dibelek-belek, Wow, hot sangat sekarang. Sekarang pun dah bertunang dengan Noh. Tahniah! Err...... bukan aku tengah bercerita pasal Too Phat ker.

[Album Phat Family yang sangat best]

Motif Elle tulis entry ni sebenarnya nak cerita pasal lagu terbaru yang Elle suka sangat dengar sekarang ni. Lagu haper? Lagu Senyum by Malique dan Najwa. Sedap sangat lagu dan liriknya. Suara Najwa pun best. Sebelum diorang ni pernah berduet menyanyi lagu Kau Yang Punya.

Ni Elle sertakan lirik lagu Senyum - Malique dan Najwa.
Download lagu tu kak sini.

Lirik Lagu Senyum – Malique & Najwa

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

Faceblog





SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Monday, February 21, 2011

Sendayu Tinggi: Colorbalm Lipstick




Elle ingat lagi masa mula-mula nak bermanja dengan make up ni. Lipstick pertama yang Elle beli sendiri ialah Silky Girl. Sebelum tu Mummy bagi jer lipstick yang dibeli tapi tak diguna pada Elle. So, exicted sangat dapat beli barang make up guna duit sendiri kan. asyik-asyik duit Daddy. Karang minta yang mahal-mahal memang tak dapatlah. Disuruhnya Elle beli kat Mydin. T.T.

Lepas tu Elle pernah cuma lipstick dari Maybelline, Avon dan juga Revlon. Teringin nak try MAC tapi apakan daya. Gaji tak seberapa kan. So beberapa minggu lepas Mr Hall cadangkan Elle cuba lipstick dari Sendayu Tinggi memandangkan salah satu dari ingredient dia collagen. Selepas ku fikir-fikir, collagen okay, terus ajak Mr Hall pergi Sendayu Tinggi. Nasib baiklah kan Elle pernah baca review pasal Sendayu Tinggi ni dari kawan Elle, Puteri. Jadi masa mula-mula sampai tu Elle tak tolak pintu masuk tu sebab Puteri dah bagitau pintu kedainya lock dan kena tunggu staff dia bukakan. Security sangat kan. Konsep kedai pun exclusive. Cara layanan pun bagus. Staff yang jaga kedai tu dah anak 4 dah tapi still meletup macam orang bujang lagi. Akak ambil D'Folia kah?


Elle terus belek-belek lipstick yang ada kat situ. Lipstick dia ada 2 jenis, satu matte satu lagi jenis shine. Memandangkan bibir Elle ni tebal, memang tak sesuai sangat pakai yang shine tu dan juga lipgloss. Nanti nampak macam baru lepas makan pisang goreng. Pada yang berbibir nipis ni memang sesuai pakai lipstick yang shine atau lipgloss atau dua-dua sekali. berkilauan lah bibir anda. Tapi tengok pada bibir jugak. Sebab tu yang bestnya kedai ST ni akak tu bagi kita cuba. Baru tau sesuai ke tidak. Jangan risau, staff ST akan beri tisu supaya kita boleh lap dulu permukaan lipstick tu supaya bekas pengguna sebelumnya tu tak melekat kat bibir kita. Melainkan korang nak bibir Kila Fairy atau Angelina Jolie dan terus nak guna bekas diorang dengan harapan bibir korang pun seksi cam diorang.. NOTTTT!!!!

Selepas episod mencuba lipstick, akhirnya Elle pilih lipstick jenis matte yang sesuai dengan Elle warna . Harga asal RM25 tapi lepas join membership (RM25), dapat diskaun untuk lipstick tu RM23. Sangat loike! Muncungkan bibir berSendayu Tinggi. Kad membership semua tu belum dapat lagi. Dah dapat nanti Elle share yer. Elle suka sengat pakai lipstick tu. Memang warnanya cantik dan berkilauan walaupun jenis matte.

[Macam-macam color ader... image from google]
 [lipstick baru sayew... (nada annoying)]
[Color Plum Frost jenis matte]

Kalau korang suka mekap boleh ler singgah kat blog kawan Elle, Puteri. Puteri rajin buat review pasal mekap yang dia dah cuba dari pelbagai jenis Brand tak termasuk Ayam Brand ye kawan-kawan.

Kalau mekap tutorial Elle paling suka belajar dari Michelle Phan. Banyak video-video tutorial di youtube. Korang bolehlah singgah di youtube dan tengok video dia. Cara dia ajar mekap memang senang ikut. Step by step, uuh baby! Ehem! Singgah lah ye. Dah seronok-seronok singgah sana tu singgah le sini balik ye. ;D

Sunday, February 20, 2011

Siapa Kila Fairy




Elle suka tengok orang yang cantik dan seksi. Bukan seksi murahan ye. Memang Elle dari kecil ke remaja ke zaman tak berapa nak remaja ala I'm not a girl not yet a woman ni, memang suka tengok perempuan yang cantik dan seksi. Bukan terlebih seksi ok. Artis antarabangsa yang paling Elle minat dari dulu sampai sekarang ialah akak Angie aka Angelina Jolie. Something yang buat Elle sukakan Angelina Jolie ialah kecantikannya, personalitinya yang sensual, bijak, muka dan bibir dia yang seksi. Main reason ialah muka dia yang seksi.

 [I love u Angie.... bukan, saya bukan lesbian]

Sekarang ni orang tengah heboh pasal Kila Fairy. Pasal bibir Kila Fairy yang seksi macam Angelina Jolie tu. First time Elle dengar pasal Kila Fairy dari Mr Hall masa dia tengok Melodi. Masa tu tak ambil kisah sangat aka who cares. Tapi lepas tengok gambar Kila Fairy di majalah, Elle memang tertarik tengok muka dia. Baru 19 tahun tapi cantik dan seksi. Dan yang buat wajahnya seksi ialah bibir dia. Tengok pula nama bapa dia Jahangir Khan. Patutlah figure muka dia sharp. Ada orang cakap dia suntik bibir. Biasalah bila orang yang bercakap. Kalau orang-orang memang tak bercakap pun. Karang orang-orang bercakap korang pulak berlari tak hengat dunia. Tapi kalau tengok dari gambar masa kecil rasanya taklah. Bukan suntikan. Original y'll.


Kila Fairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha ni anak Rohana Jalil bersama Jahangir Khan (suami kedua selepas berpisah dengan yang pertama). Info pasal suami ni Mummy yang bagi sebab katanya masa tu zaman Mummy bersekolah lagi. Correct the info in the comment k if it's wrong. Kila berumur 19 tahun dan masih study Diploma Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles.



[Kila Fairy >gambar dari beautifulnara<] 

[Kila Fairy masa kecil... tengok bibir dia. >gambar dari beautifulnara<]

Dengar cerita Kila Fairy pun antara 3 orang yang bakal meletup bersama Neelofa (Dewi Remaja 2010) dan Nur Fathia (Iklan Sunsilk, Drama Hani di slot Lestary). 

 [I love Black & White Picture.]
[My another favourite picture of Neelofa]
>Pinjam gambar ye En Napie Mokhsin. Gambar from google search<

[Nur Fathia dalam Nur Kasih]

[Nur Fathia]

Tetiba tadi Elle terasa nak cari Kila Fairy dalam Facebook dan terjumpa la Page dia. Dan Kila juga ada twitter. So bolehlah follow @Kilafairy. Mulanya Elle jumpa Fake Fan Page dan fake blog  dia juga. Elle add dua-dua fake facebook dan blog sebab ingatkan ini memang account Kila. Tapi Kila dah nafikan dalam twitter dia.


Link ke account facebook yang betul pun Elle dapat dari URL link di twitter dia. Harap Kila dapat tonjolkan bakat dan Kila boleh pergi jauh sebagai Kila Fairy, bukan anak Rohana Jalil. All the best to you Kila.
By the way, Kila pernah berlakon sebagai Zehra dalam Hotel Mania dan Elle jumpa klip video nyanyian Kila dan Anding. Enjoy!



Saturday, February 19, 2011

Nak Makan Pizza!!!



Pizza sedap kan kan. Elle, family dan Mr Hall sangat teruja kalau dengar perkataan Pizza. Terus rasa lapar. Tapi pilihan kegemaran kitorang ialah Pizza Hut. Bila kasi tarik cheese tu, fuh, ntah bilanya cheese tu nak putus kan. Feel masa makan tu tak tau macam mana nak describe. Elle dari kecil sampailah sekarang memang peminat setia Pizza Hut.


[Logo idaman hati... picture from google]

[Dulu pernah keluar pizza jejari camni.... ]

Kadang-kadang tu teringin nak makan tapi rasa malas lak nak bersiap dan drive pergi Pizza Hut. Manusia sekarang kan pemalas. Kalau rasa malas tu, call jer delivery Pizza Hut. 1-300-88-2525. Hafal okay. Malas tahap gaban lagi? Klik Pizza Hut dan order online. Kena register lepas tu korang orderlah apa yang korang nak. Elle tak pernah lagi order online. By phone pernah la.

Sempena Chinese New Year pun Pizza Hut ada promosi dan Pizza yang special. Klik pada link untuk tahu lebih lanjut okay.


Zoo Negara dan KL




Chinese New Year lepas Elle dan family ambil kesempatan untuk bercuti. Elle dah le susah cuti so sekali dapat direct 4 hari ni apa lagi kan. Mari beronggeng. Macam yang Elle post di entry yang lepas pasal Hotel Vistana tu, banyak tempat-tempat yang Elle dan family pergi. First day, Shopping Complex. Jalan-jalan di KLCC. First day sampai KL pun dah petang. Masing-masing letih sebab Elle and Daddy yang driving.


Malamnya kitorang pergi The Curve.

Saja jalan-jalan, sebab masing-masing tak nak dinner yang fancy selain mahu menjimatkan duit Daddy. Anak-anak dan isteri yang soleh/solehah kan. Memandang kitorang tak pernah pergi Ikea (kesian kan) dan Ikea pun dekat dengan The Curve sempatlah singgah sekejap masuk bangunan Ikea tu. Hasrat nak jalan-jalan tengok barang dalam Ikea pun terbantut sebab masing-masing dah kelaparan dan mood nak mengamuk tu berstatus Ready jer. Sebelum gaduh-gaduh sebab lapar, kitorang pun pergilah mencari makanan. Cadang nak jumpa sepupu Elle pun tak sempat. Semua lapar nyer pasal. (Salahkan lapar kah?)

Dinner kitorang sempoi je, makanan Thai di gerai Mek Tomyam kat area PWTC. Gerai biasa jer tapi masakannya not bad. Sedap.

Hari kedua.
Pagi-pagi lagi Daddy dan Danny pergi Aquaria di KLCC. Daddy banyak rakam video so tak dapatlah Elle tepek kat sini. Lunch kitorang menghala ke Kampung Baru. Selalunya kalau ke KL lunch atau dinner kitorang akan ke Kampung Baru. Pusing-pusing, sekali Daddy decide nak makan dia Nasi Padang Garuda. Masakan minang. Restorannya bersih dan makanan sedap. Lagu yang dipasang pun lagu Minang. Memang tak faham sepatah pun. Tapi layan jer. Tak sempat nak ambil gambar. Masa mula-mula masuk dan duduk dalam restorang ni, kitorang agak terkejut sebab tiba-tiba waiter dan waitress dia terus hidang bermacam-macam lauk? Erk? Macam mana nak bayar lepas ni. Since kitorang tourist kat KL ni dan tak pernah datang sini, Daddy pun tanya diorang macam mana diorang akan kira harga lunch kitorang. Katanya, yang mana tak dimakan diorang takkan kira. Diorang akan kira lauk pauk yang kita ambil sahaja. Tapi cam psyco orang suruh makan pun ada gak. Lauk banyak atas mejaa, telan liur jer la yang mana tak makan tu. Ikutkan selera masing-masing habis licin semua lauj disebat tapi nak membayar tu boleh pengsan juga la kalau tengok bil. Tapi kitorang puas hati sebab sedap.

Lepas lunch kitorang semua ke Zoo Negara. Last Elle datang sini tahun 1994. Kecil lagi masa tu. Sekarang ni bawak Danny pula. Bukan sahaja budak-budak exicted, kakak budak pun sangat exicted. Ha! Aquria takde gambar tapi yang ini banyak gambar.
[Weee... kat Zoo Negara]

[Tengok map dulu. Jangan sesat]

[Giraffe aka Zirafah]

[Gajah yang penyayang. Main-main dengan orang yang datang]

[Tak, bukan Black Swan, ini White Swan.]

[Harimau Malaya... Reow]

[Sangat suka okay main-main dengan guni tu]


[Sarang lebah yang fake aka beehive]

[Tortoise!!!]

[Ini tak pergi Zoo pun boleh tengok. Arnab aka Rabbit]

[Children World ni diorang tempatkan semua anak-anak binatang. Anak lembu, anak kambing, anak rusa.]

[Flamingo. Bukan Flamingo by the lake or beach]

Selain jalan-jalan tengok binatang di Zoo Negara, Elle dan family singgah ke rumah cousin Elle kat Lembah Keramat. Rumah Kak Ida ku. Dah lama giler (eh, tak, belum giler lagi) tak berjumpa dengan cousins Elle. Last Elle jumpa especially Emie, still budak-budak lagi tapi sekarang dah anak satu pun. Comelnya Kelly! Kelly! Kelly! Ehem! Dah penat bersembang, bergebang, bergossip, kitorang pun minta diri nak balik ke hotel. Lepas balik ke hotel, mandi dan bersiap. Seterusnya ialah acara mengisi perut. Ke mana? Kitorang ke Kampung Baru... Yeay yeay! Restoran terpilih ialah Juara Tomyam. Apa? Tomyam lagi? Nak buat macam mana. Masing-masing nak makan nasi. Masakannya sedap dan cepat walaupun orang ramai. Dan Elle first time dapat minum air Barbican Arab tu. Selalu dengar jer Mimin dan Mr Hall berborak pasal air Barbican. Adik Elle mimin ni selalulah minum sebab selalu lepak kat Castle dengan kawan-kawan dia.

Kalau tengok botol memang ingat liquor tapi sebenarnya cam air gas jugak. Dan sedap. Elle cuba perisa strawberry. Nice flavor. Maybe I'll try other flavor next time.

Hari Ketiga.
Dah nak balik dah pun. Tapi sebelum balik ke Penang sempat jugak singgah ke Sungei Wang dan Pavillion. Shopping-shopping sikit. Elle beli Baby Tee MNG. Dah ada sebenarnya warna dark blue tapi memandangkan baju ni comfy Elle beli lagi satu warna merah. Mimin, macam biasa shopping jer keje dia. Habis shopping, kitorang pun bertolak ke Cyberjaya hantar Mimin balik ke MMU. Masa hantar ni Mummy emosilah jugak. Mimin kalau takde kat rumah agak sunyi. Sebab dia ni suka memeriahkan suasana dengan otak bengong dia. I like!

Sepanjang perjalanan ke Penang tu, di sesetengah tempat hujan lebat. Elle dah pesan kat Daddy kalau tak larat biar Elle yang drive. Tapi since he insist to continue driving, I'll just be ready anytime he need to swap. Syukur kitorang menghala ke Utara sebab jalan menghala ke Selatan sangat jam. Cuti 4 hari kan, siapa yang tak nak cuti-cuti Malaysia. Nasib baik esoknya masih cuti. Kalau tak MC ler jawabnya. Itu jer la cuti-cuti Malaysia ke KL. Alasan nak hantar Mimin padahal semua nak bercuti. Yang penting enjoy!

Thursday, February 17, 2011

Chinese New Year game?




Happy Chinese New Year! Yeah, I know it has passed but for some of them, they are still in the CNY mood. CNY mood takpe, jangan moody-moody sudah. So dalam churpchurp, Elle dah share campaign ni dalam facebook. Feel free to click the link from FB atau boleh click kat link ni, CNY Campaign.

Lepas klik pada campaign link tu, korang akan nampak CNY Greeting dalam flash. Kat atas tu ada option untuk main game, tengok iklan terbaru CNY dan juga hantar greeting ni pada kawan-kawan. Elle dah main game dia. Sambil main sambil belajar menghargai ibu bapa kita. Cubalah main dan tengok apa result di penghujung game ni. Game ni ada 3 scene. Kat bawah ni Elle letak some of the screenshots untuk korang.



 [Main Page, select here which one you want to do]
Elle choose to play game..... Meet the parent!!

 [Scene 1]


[Scene 2]

[Scene 3]

Kalau nak tengok video terbaru CNY, klik pada 'Watch TVC'. Oh ya! Lupa pulak. This greeting is created by Petronas. As usual, video Petronas semuanya touchy-touchy dan menyentuh hati. Terutama sekali kalau karya arwah Yasmin Ahmad. Memang bila tengok video ni rasa touchy sangat. Dah la Elle ni cengeng. Terasa di hati tapi tak meleleh di pipi.

Ingat ya, klik on the link and you can share this link with others.

Saturday, February 12, 2011

Secure browsing in FaceBook Using HTTPS!



Ini satu lagi tips Elle dapat dari member Elle, Devster. hari tu masa browsing facebook, Elle nampak status Dev '...is now using the secure HTTPS browsing mode in Facebook'. This is the safe browsing. Sekarang kan banyak fraud. Browse website pastu login rupa-rupanya login ke fake website. Jadi macam mana nak menjamin safe browsing ni? Configurelah facebook anda. Cara-cara ialah (macam nak memasak jer bunyi)...

1. Click Home.
2. Click Account > Account Settings.
3. Under Settings, scroll down to Account Security and click Change.
4. Tick the checkbox Browse Facebook on a secure connection (https) whenever possible.
5. Click Save.


So, once korang login ke Facebook, korang boleh nampak di address bar, URL Facebook akan jadi https in stead of http. This is secure browsing.

Credit to member Elle lagi Dev the Devster for the tips.

Friday, February 11, 2011

News Feed Not Showing Everyone?




Balik-balik orang yang sama je muncul kat news feed facebook korang? Apa jadi dengan orang lain dalam friend list anda? Ada settings sebenarnya supaya kita boleh tengok update dari semua orang dan semua orang juga boleh tengok update dari kita. Cara-cara nak ubah settings:
1. Click Home.
2. Under News Feed scroll until the end of the page/ skroll hingga ke bawah.

3. Click Edit Options.
4. Under Show posts from, select All of your friends and pages.
5. Click Save. 

Ye, anda sudah nampak some of Elle nyer friend list. Tips ni Elle dapat dari status kawan elle. Ini link dari orang yang memberi tips ni, Lolly Pop. Ubah settings News Feed korang dan korang akan dapat update dari semua kawan-kawan dalam friend list korang.

Reference from https://www.facebook.com/note.php?note_id=10150103430106842&id=606776069

Wednesday, February 9, 2011

ChurpChurp




ChurpChurp tu haper? Bunyi cam burung kan. Ikon website tu pun ikon burung. Dari website ni pun kita boleh menjana duit juga dan saper yang ada nuffnang tu boleh link kan churpchurp ni dengan akaun nuffnang korang. So untuk join dan sign up, klik jer link kat bawah ni dah join k. Entry ni pendek jer sebab nak promote dan ajak korang join churpchurp. More details click on the link.

Kawan-kawan, marilah join #ChurpChurp! Let's earn together.

Monday, February 7, 2011

Penghargaan Untuk Anak




Bangga bila Filem Pendek 'Anak' karya Abang Martias menang Golden Halo Awards di Cochin, India. Mana tak bangga sebab abang sedara sendiri yang menang award ni. Berbaloi la penat lelah abang Yaz dan pihak produksi menghasilkan filem ni. Elle pun belum tengok lagi tapi baca komen semuanya cakap bagus. Isteri Abang Yaz, Kak Ida pun seronok dapat jalan-jalan di India. Kalau nak tau apa cerita Kak Ida masa trip ke sana bolehlah singgah blog Kak Ida. Kak Ida tu sepupu Elle. Dua pupu to be exact tapi dua pupu ke, tiga pupu ke kupu-kupu ke (erk?) yang penting kita bersaudara.

Kat bawah ni keratan akhbar dari Harian Metro tentang kemenangan file pendek 'Anak' ni. Tahniah abang Yaz.
[Abang Yaz dan awardnya. Syabas bete!]

Penghargaan untuk Anak
Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PENGIKTIRAFAN masyarakat dunia terhadap filem Malaysia menerusi majlis anugerah seperti festival menjadi pencapaian terbaik pada produser tempatan terus menghasilkan karya bertaraf antarabangsa.
Kejayaan ini bukan saja bersifat peribadi, tetapi dianggap kayu pengukur dalam menilai sejauh mana hasil kerja anak seni tanah air kita mampu menandingi karya luar negara yang sudah tentu mempunyai kelebihan dari aspek bajet dan tenaga produksi besar.

Jika dilihat pada kejayaan antarabangsa sebelum ini, filem tempatan sudah menembusi pasaran dunia. Filem Kaki Bakar arahan U-Wei Saari menjadi filem pertama negara ditayangkan pada acara berprestij, Festival Filem Cannes, Perancis pada 1995.

Turut menjadi kebanggaan apabila filem Karaoke arahan Chris Chong Chan Fui menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary, Kanada, dua tahun lalu.


Begitu juga, Allahyarham Yasmin Ahmad diangkat Pengarah Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-54 berlangsung di Taiwan pada awal Disember tahun lalu. Kemenangan menerusi filem Muallaf ini adalah kejayaan tertinggi filem tempatan di pertandingan antarabangsa itu.

Meneruskan kegemilangan, filem pendek Anak arahan Martias Mohd Ali pula berjaya meraih anugerah khas juri pada pertandingan filem pendek dikenali Festival Social & Corporate Responsibility International Promotional Theatre (Script 2011) diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Gokulam, Cochin Metropolis, India selama dua hari pada 28 Januari lalu.

Martias yang menjadi wakil tunggal negara ke sana berkata, acara julung kali anjuran Rotary Club of Cochin Metropolis dengan kerjasama Public Broadcasting Service Trust dan Indian Documentary Producers Association (IDPA) ini menyaksikan enam karya bertanding untuk kategori Antarabangsa termasuk Sepanyol sebanyak tiga penyertaan, Australia (1) dan Austria (1).

Walaupun filem Sepanyol, Boy In The Closet menang anugerah Filem Pendek Terbaik tetapi Anak, terbitan Two Tones Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tetap berbang�ga dengan kejayaan Golden Halo Awards.

“Sambutan yang diterima daripada karyawan mahupun penonton di sana terhadap Anak memang cukup hebat. Ada antara mereka bukan saja bertepuk tangan apabila Anak selesai dipertontonkan tetapi ada yang berjumpa saya menyatakan filem ini mampu menang.

“Bagi saya, kejayaan anugerah ini menjadi pencapaian awal untuk penyertaan
di festival seterusnya. Maklum balas yang diterima, penonton menyatakan Anak adalah suatu karya yang menarik perhatian ramai dan tidak pernah terfikir mengenai subjek pemanasan global yang ingin diperjuangkan.

“Malah, juri berkata, Anak mencetuskan tanda tanya pada penonton pada peringkat awal dan akhirnya memberi kesedaran pada semua penonton.

“Pada pertandingan ini, ada juga subjek lain diketengahkan seperti kelaparan, pembunuhan gajah dan ikan paus, sebaliknya hanya Anak membawa kisah mengenai kepentingan menjaga pokok.

“Jika dilihat, karya lain yang bertanding memang cukup hebat pada aspek penceritaan dan penyampaian. Saya turut kagum hasil Boy In The Closet membawa kisah budak lelaki menyelamatkan adiknya ketika peperangan seolah-olah filem cereka,” katanya.

Kata Martias, enam juri dipertanggungjawab mengadili karya bertanding iaitu bekas pemenang Aktres Terbaik, Revathy Menon; wartawan dan juga pemenang anugerah International Journalist Author & Documentary Film Maker, Anita Pratap; editor filem, Bina Paul Venugopal; bekas Naib Presiden IDPA, Ajithan G Kurup; wakil akhbar Indian Express, E P Unny dan juruaudit, Jose Dominic.

“Saya melihat penganjuran acara ini juga mencatat kejayaan. Menariknya, ada produser di sana yang berhasrat menjalin kerjasama untuk projek seterusnya.

“Dari aspek CGI, mereka juga kagum. Malah, Anak bukan saja mencatat kemenangan tetapi secara tidak langsung mempromosikan Malaysia apabila membuatkan mereka tertarik melancong ke sini.

“Daripada 17 penyertaan Anak yang dihantar ke pertandingan seluruh dunia, Jepun dan Barcelona sudah memberi maklum balas filem ini disenarai pendek. Begitu juga, Festival Filem Cannes masuk peringkat kedua proses pemilihan.

“Biarpun Anak gagal menang pada Anugerah Profima, baru-baru ini tetapi kejayaan di Script 2011 tetap mengubat kekecewaan. Langkah seterusnya, saya masih berusaha ingin menayangkan Anak sempena Hari Bumi pada 22 April nanti.

“Untuk itu, saya ingin mengajak syarikat korporat untuk bekerjasama. Saya juga berhasrat mengadakan pertandingan filem pendek atas tujuan korporat, sosial dan tanggungjawab (CSR).

“Harapan saya, jika Anak dapat ditayangkan sekurang-kurangnya di 10 negara, ia sudah menjadi kebanggaan pada saya dan produksi ini,” katanya.

Friday, February 4, 2011

Hotel Vistana Kuala Lumpur




Elle dan family kalau pergi KL selalu akan bermalam di Vistana Hotel. Harga yang affordable dan selesa. Kali ini Baba ambil Executive Deluxe. Kami bermalam selama 3 hari 2 malam. Family Elle 5 orang. Selalunya bila datang sini, Baba akan ambil bilik Deluxe dan extra bed. So, Elle cadangkan Baba ambil Executive Deluxe sebab di ada cam extra bed untuk berbaring baca buku. Not really for sleeping but as for our family, bolehlah guna untuk tidur. Jimat kos la katakan.

Kat tepi-tepi Vistana ni pun banyak kedai makan. Makanan Melayu untuk tengah hari (masakan Johor), kedai mamak, seven eleven dan beberapa kedai lagi.Dan juga dekat dengan Putra LRT dan Monorail. Convenient. Since Elle dan family datang masa Chinese New Year, Hotel Vistana ada buat Promotion for Yee Sang. Enjoy gambar-gambar kat bawah ni.



[Decoration di Lobby]

[Ini termasuk dalam promotion Yee Sang tu]

[Ini katil dia]

[Ini katil tepi yang Elle cakap tu, just for baring-baring tapi digunakan untuk tido. Hee!]

[TV LCD]

[Kabinet untuk baju. Di sebelah tu kabinet apa? ]

[Tadaa... coffee, tea or...... peti ais?]

[Working table... working on this blog. Itu laptop adik Elle]

[Bathtub dan Toiletnya]

[Sinki dan Toiletries]

Ini antara gambar-gambar untuk tatapan korang. Kalau sesiapa nak bercuti, berkursus atau apa-apa je yang memerlukan anda mencari hotel, bolehlah stay kat sini.

Harga 1 malam/price per night: RM248++. Breakfast for 2 person.
Link dari google maps.
Location maps dari website Vistana, Maps.
Klik untuk Vistana Hotel Official Site. You can reserve the room here.
Reservation by phone: +60(0)3 4042 8000

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...