Reen Rahim (24, Selangor)
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Friday, January 27, 2012
Finalis Pilih Kasih 3
Dalam sibuk promote adik aku Miza Azura, aku nak tau jugak siapa lagi yang join Pilih Kasih musim ketiga ni. So start le google dan inilah hasilnya. Rupa-rupanya Noreen Asyikin yang pernah jadi finalist Cover Star Cosmopolitan bersama Miza dulu pun dapat masuk. Adalah jugak kawan Miza dalam tu. Taklah dia sunyi sangat kan. Inilah Noreen Asyikin atau nama dalam Pilih Kasih Reen Rahim dan juga finalist Pilih Kasih 3 yang lain.
Pilih Kasih 3 Miza Azura
Kalau sesiapa yang dah baca entry 'Pilih Kasih Ke?' ini additional info pasal adik aku sorang ni. Miza terpilih masuk dalam 16 finalist Pilih Kasih 2. Nama yang digunakan dalam Pilih Kasih 3 ialah Miza Azura. Nak tengok berbakat ke tak korang kenalah tengok Pilih Kasih 3. Ini gambar Miza atau panggilan manja dia oleh aku 'Budak Busok'.
![]() |
| Miza Azura |
Tuesday, January 10, 2012
Pilih Kasih Ke?
Honestly aku pernah dengar pasal Pilih Kasih yang ala-ala Anak Wayang tu tapi tak pernah tengok pun. Memandangkan I selalu letih lepas balik kerja dan jarang tengok TV (I rasa dah lama jugak tak tengok TV), I tak pernah le tengok program Pilih Kasih ni sampailah dah masuk musim ketiga. Kenapa nak tengok sekarang? Ni semua sebab cousin I, Miza dah terpilih untuk masuk dalam program realiti ni dan mengikut kata kakaknya, Kak Su dia akan dikuarantinkan selama 4 bulan. Tahniah yang! Rezeki kau le tu memandangkan kau memang berminat.
Thursday, December 1, 2011
Kourtney Kardashian is pregnant
Wah! Exicted bila dengar Kourtney Kardashian pregnant second baby. Mason akan jadi abang lepas ni. Yeay! Aku dapat tahu lepas baca status Kourtney di Facebook Fan Page dan juga dalam blog Kim. Ramai sebenarnya member dan sedara mara yang pregnant second baby. Antaranya Mashithah, wife cousin aku, Nurul, Emie dan paling teruja member aku Siti bakal melahirkan anak keduanya bulan ni. Exictednya. Semoga anak-anak korang selamat dilahirkan, sihat dan bakal menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Congrats everyone!
Congrats everyone!
Magazine Source: US Magazine
Thursday, June 16, 2011
KL Part 7 - The Best Part with D'Adza
Baca KL Part 1.
Baca KL Part 6.
Pukul 11 malam, kitorang satu family balik ke Hotel Concorde sebab ada date....... dengan couzie mouzie kitorang D'Adza. Warghhh! Dalam adik beradik D'Adza ni kitorang selalu jumpa dengan Kak Ida aka Mak Dara jer. Yang lain dah lama tak jumpa. Ell dengan Kak Rina kira balik, hampir 13 tahun tak jumpa. Last jumpa masa kenduri Kahwin Kak Ida dan Abang Martias. Kak Ida pun dah anak 4, Haiqal aka Maggiboy pun dah besar. Barulah kitorang puas jumpa kat hotel masa tu. Rindu sangat-sangat. Dan thanks banyak-banyak kepada Facebook sebab merapatkan kembali Ell dengan sedara mara dan kawan-kawan yang dah lama terpisah. Rindu seh!
D'Adza adalah sebuah kumpulan penyanyi dan pemuzik yang banyak membuat persembahan di sekitar hotel-hotel di KL ni. D'Adza terdiri daripada Iyanie, Tuty dan Rina yang menjadi frontline vocalist, Amri untuk Lead Guitar dan vocal dan juga Tengku yang bermain keyboard dan juga vocalist. Band D'Adza ni dah lama ditubuhkan tapi Ell tak ingat dari tahun berapa. Di samping itu D'Adza juga dikomersialkan di bawah naungan apek Saiful. Kumpulan D'Adza ini pula terdiri daripada Iyanie, Tuty, Rina dan juga Ida aka Mak Dara. Diorang pernah muncul dengan Apek Saiful dalam telefilem OK. Iyanie juga pernah buat album sebelum Band D'Adza ditubuhkan tapi mungkin rezeki Iyanie aka Kak Yan ni lebih kepada Band D'Adza. Kak Tuty pun dulunya satu kumpulan dengan Diana Rafar iaitu G.I.M(Girls In Music). Kumpulan tu pun dah bawa haluan masing-masing.
Adik beradik Adza ni antara sedara Ell yang Ell sayang dan rapat. Bapa diorang Adenan Arshad ialah sepupu kepada mak Ell yang membuatkan kitorang ni dua pupu. Ell pun rapat dengan Nenek diorang yang Ell panggil Tok Mami. Itulah kakak kepada nenek Ell yang masih hidup dan hubungan diorang dua beradik sangat rapat.
Nama Adza tu diambil sempena gabungan nama bapa diorang, Adenan dan ibu, Zaleha. Jadilah Adza, di mana semua nama diorang dan anak-anak bermula dengan Adza. Mummy puji diorang sebab tak sombong dan sangat baik dengan kitorang. Kembang kempis korang kena puji kan.
![]() |
| [gambar-gambar ni hak milik D'Adza] |
Berbalik pada date dengan D'Adza tu, sekarang ni D'Adza ada kontrak dengan Hotel Concorde Shah Alam sampai bulan Julai. Kalau korang nak tengok, bolehlah ke sana. Diorang akan perform dari pukul 9 malam hingga 12.45 malam. Memang enjoy. Kitorang satu family lepak di Crossroad untuk tengok diorang perform. Masa baru sampai di Crossroad tu, kitorang dengan penuh perasaan berpelukan sebab 2 hari lepas dapat berlambaian tangan dari jauh jer. Ell puas dapat tengok diorang perform dan dapat dengar lagu yang Ell request pada Kak Rina, One In A Million by Ne-yo.
Tiba-tiba D'Adza start menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Mimin. Rupa-rupanya Daddy bagitau Kak Rina sebelum diorang perform yang hari ni (6 June 2011) birthday Mimin. Mimin pun ditarik ke pentas dan diraikan oleh diorang. Thanks banyak-banyak my lovely sisters. Habislah Ell dengan Mimin ditarik untuk menari sampai 3 kali. Korang jangan jeles. Dah lama tak menari ni rasa janggal pulak. Hehe...
Bila diorang break, Ell dan Mimin cepat-cepat culik tiga-tiga beradik ni bergambar dalam toilet. Bak kata Mimin, "Pun boleh." Kitorang stay sampailah habis performance. Untungnya malam ni ibu diorang yang Ell panggil Mak Tam ada bersama menonton diorang. Adik diorang Edie pun datang menonton sekali. Habis performance, kitorang berbual dan bergambar lagi. Bukan senang nak jumpa sedara mara sebab masing-masing sibuk. Dalam 4 hari bercuti ni, malam ni adalah the best part dalam percutian kali ni. InsyaAllah kita jumpa lagi ye kakak-kakak ku sayang. Ada sorang kakak tak jumpa malam tu. Ell pun terlupa nak bagitau sebab ingatkan dia busy. Takpe Kak Ida, kita selalu jumpa dan ada rezeki nanti kita jumpa lagi okay. Jumpa secara virtuallah buat masa sekarang ni okay.
Just My Thoughts: Lupa lak nak minta Kak Rina nyanyi lagu Poker Face. Suka tengok Kak Rina nyanyi lagu ni dalam YouTube.
Jon Facebook Group D'Adza.
Wikipedia pun ada okay.
Blog D'Adza pun ada.
Ini pula blog D'Adza Sisters.
Saturday, May 21, 2011
Elle dan CSI
Tweet
Enough of the chick flick? Mula-mula citer pasal Kimora, pastu Kardashian, sekarang ni my all time favorite. Series apa yang Elle minat? Siri ni dah lama Elle ikut dan Elle memang minat dengan crime investigation. Rasanya bila sebut crime investigation ni mesti ramai yang dah dapat agak kan kan kan. Tak tahu?
Antara siri TV yang popular di US dan juga di sini ialah CSI. CSI ni ada 3, CSI (Las Vegas), CSI: New York dan CSI Miami. Paling Elle suka ialah CSI Las Vegas sebab kesnya ada yang pelik dan tak pernah kita terfikir pun akan berlaku dan mesti ada serial killer. CSI NY kesnya biasa jer. Miami lak terkenal dengan gaya Supervisor diorang, Lt Horatio. Elle memang dari dulu suka siri penyiasatan ni. Dari Sherlock Holmes ke Detective Conan dan selalu layan ketiga-tiga CSI ni. Tapi sebab dah jarang dapat tengok TV Elle tak dapat ikut semua siri. Mr Hall pun berkongsi minat yang sama dengan Elle.
Dari siri penyiasatan nilah kita dapat ilmu yang ramai sebenarnya orang-orang yang di luar sana kadang-kadang nampak normal dan okay tapi sebenarnya psycho. Ada juga beberapa kes sebab terlalu terikutkan amarah waktu dan terus bunuh tanpa niat. Elle suka cara penyiasatan diorang. Tak kisahlah sebesar mana pun bukti yang diorang jumpa di crime scene, semuanya dapat membantu.
![]() |
| [CSI: Crime Scene Investigation] |
R2 Diundi Masuk Maharaja Lawak
Tweet
Terkejut Elle masa tengah blogwalking semalam bila tengok entry Mak Dara pasal Kumpulan R2 yang diundi masuk kembali ke dalam Maharaja Lawak setelah disingkir. Elle memang minat dengan R2 especially lawak Michael Jackson semasa Raja Lawak Musim ke-5 minggu ke 3. Tiap kali tengok mesti gelak. Dan Man tersingkir semalam. takpe Man, saingan Man kebanyakkannya dah banyak pengalaman. Man pun baru menang kan. Takpe kumpul pengalaman. Man pun nanti akan buat video klip dengan cousins Elle, D'Adza. To R2, tahniah ye dapat masuk balik.
Friday, May 20, 2011
Elyssa Kardashian
Tweet
Wah sejak bila lak Elle jadi family Kardashian ni? Takde kena mengena pun. Tapi Elle memang suka sangat tengok Keeping Up With The Kardashian dari first season lagi. Kenapa Elle suka tengok rancangan realiti ni? Elle suka bond di antara semua family especially the Kardashian sisters. Diorang pun sama macam adik beradik biasa, bergaduh lepas tu berbaik balik. Karenah diorang pun dah jadi satu drama tapi memang menghiburkan.
![]() |
| [Keeping Up With The Kardashian, first season] |
Bintang utama yang terkenal ialah Kim atau Kimberly Kardashian yang suatu masa dulu pernah heboh tentang video seksnya yang tersebar. Bapa Kim, mendiang Robert Kardashian adalah American Armenian dan ibunya Kris kacukan Dutch dan Scottish. Kim adalah anak kedua pasangan itu dari empat adik beradik. Kakak sulungnya, Kourtney, masih bersama boyfriendnya Scott Disick dan anak mereka Mason. Adik Kim, Khloe sudah berkahwin dengan bintang basketball Lamar Odom dan yang bongsu ialah Rob.
Selepas bercerai dengan bapa Kim, Robert Kardashian, Kris berkahwin dengan Bruce Jenner dan mempunyai 2 anak perempuan iaitu Kendall dan Kylie. Bila tengok family diorang, macam seronok jer ada adik beradik yang ramai. Elle cuma 3 adik beradik dan jarak di antara kami pun jauh. Selepas rancangan ini ditayangkan hingga ke musim 4, dua rancangan lain pula diterbitkan iaitu Khloe and Kourtney Takes Miami dan Kourtney and Kim Takes New york. Dua rancangan ini berkisar dengan rancangan mereka meluaskan perniagaan mereka, DASH ke Miami dan New York. Terbaru, Khloe dan Lamar pun ada siri mereka sendiri.
Elle terhibur dengan telatah mereka. Bagi yang tak suka tengok tu mungkin akan rasa meluat. Tapi ni mat saleh kan. Memang life diorang macam tu. Elle tengok just for fun bukan untuk dijadikan teladan.
![]() |
| [Scott, Kourtney and Mason] |
![]() |
| [Lamar and Khloe] |
![]() |
| [Kim Kardashian] |
![]() |
| [Kris and Bruce Jenner] |
![]() |
| [Kendall and Kylie] |
![]() |
| [Rob Kardashian] |
Wednesday, May 18, 2011
Elle dan Kimora Lee Simmons
Tweet
Kenal ke Kimora Lee Simmons? Kalau sesiapa yang rajin layan channel E! kat Astro mesti tau rancangan realiti Kimora: Life In A Fab Lane. Apa yang bestnya Kimora? Siapa Kimora ni? Elle ni salah seorang daripada peminat jenama Baby Phat dan juga rancangan realiti Kimora ni. Rancangan berkisar tentang kehidupan seharian Kimora. Macam mana dia handle keluarga, bisnes dan kerjayanya.
Kimora yang berasal dari St Louis, US dilahirkan dengan nama Kimora Lee Perkins. Kimora dibuli semasa zaman remajanya kerana dia adalah kacukan Japanese-Korean (ibu) dan African-American (ayah). Di US, orang yang ada kacukan ni selalunya jadi bahan jenaka orang. Tak macam kita kat Malaysia ni, lagi banyak kacukan lagi bangga. Bukan sahaja kerana kacukan, kerana ketinggiannya juga Kimora sering dipersenda dan dipanggil zirafah. Jahat kan budak-budak ni.
Kimora mula menjadi model dan banyak belajar dengan mentornya Karl Lagerfield semasa menjadi model untuk House of Chanel. Selepas itu Kimora berjumpa dengan Russell Simmons pemilik Phat Farm dan berkahwin. Selepas berkahwin mereka membuka satu lagi clothing line iaitu Baby Phat. Selepas Russell jual Phat Farm, Kimora dijadikan Creative Director of Baby Phat. Hasil perkahwinan mereka ini lahirlah Ming Lee dan Aoki Lee. Memandangkan perkahwinan mereka tidak kekal, mereka mengambil keputusan untuk berpisah tetapi masih baik hingga ke hari ini. Kimora pun dah berkahwin dengan pelakon terkenal Djimon Honsoun dan lahirlah Kenzo Lee yang comel tu. Geram tengok telatah Kenzo.
![]() |
| [Extract from google] |
Itulah serba sedikit tentang Kimora. Sebagai peminat Kimora, Elle sangat teruja masa Parkson di Gurney Plaza jual beg Baby Phat. Beg branded pertama yang Elle beli dengan duit gaji sendiri ialah beg Hobo Baby Phat. Sampai sekarang masih menjadi kesayangan. Loike!
Kalau nak tau dengan lebih lagi pasal Kimora bacalah kat Wikipedia. Elle suka cara Kimora berkomunikasi dengan anak-anaknya. Kalau anak-anaknya tanya something, dia akan explain biar anak dia faham. Budak-budak kan suka bertanya, jadi biar dia dapat information tu dari kita, bukan Internet atau kawan-kawan. Kebanyakannya Elle tengok, contohlah kan budak tu tanya,
"Mama, dari mana bayi datang?"
Bagilah jawapan yang logik. Contohnya, doktor bedah perut ibu pastu keluarlah bayi. Kalau detail sangat nak explain sampai masuk bab sperma ngan ovum tu pengsan lak budak-budak tu nak faham kan. Ada pulak yang cakap,"Apa tanya soalan macam ni? Pergi main jauh-jauh"
atau
"Bayi datang dari UFO"
Anak kau alien kah? Elle cuba ikut cara Kimora explain sesetengah perkara pada adik Elle, Danny, memandangkan Elle pun takde anak lagi kan. Budak-budak ni bijak sebenarnya. Bila kita explain something, dia akan kaitkan dengan benda yang dia tahu atau belajar. Tapi Elle tau ramai ibu-ibu di luar sana bijak dan tahu bagaimana nak jawab soalan anak-anak kan.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Iklan Churpchurp
ANYTHING INTEREST YOU?
Jom join Churp Churp
Katakan #taknakseludup dan jauhkan diri dari membeli rokok seludup
Bestnya kulit makin lembap dan ceria berseri bersama krim pencerah ini!
Nak tahu tips untuk temuduga? You should watch this clip
Can you imagine Pacman as the bad guy?
Nak something extra semasa tetamu datang beraya?
Jom join Churp Churp
Katakan #taknakseludup dan jauhkan diri dari membeli rokok seludup
Bestnya kulit makin lembap dan ceria berseri bersama krim pencerah ini!
Nak tahu tips untuk temuduga? You should watch this clip
Can you imagine Pacman as the bad guy?
Nak something extra semasa tetamu datang beraya?














