Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts
Tuesday, July 31, 2012
Food: Iftar di Bumbu Desa
Selalu dengar member-member citer pasal Bumbu Desa. Teringin jugak nak makan. So, last week masa tengah cari tempat untuk berbuka puasa, kitorang pun merayau la dalam Midvalley. Mr Hall ajak makan kat Bumbu Desa memandang kitorang tak pernah cuba dan I pun asyik teringin tiap kali lalu depan Bumbu Desa. Makanan ni ikut lidah kita la. Lain orang lain rasanya tapi sebab I dengan Mr Hall sehati sejiwa serasa (perghh), komen kitorang cuma ini je. "Worth every penny." Sedapnya sampai naik juling mata I. Rasa puas hati lepas seharian berpuasa, berbuka pula tempat yang sedap cam kat Bumbu Desa ni. Dah la sedap, suasana restoran ni pun selesa. Hiasan dalaman pun menarik. Rasa macam kat Indonesia je walaupun tak pernah pergi.
Thursday, April 5, 2012
Food: Restoran Tomyam King
Saper suka tomyam angkat tangan..... Saya! (dengan semangatnya angkat tangan). Ye betul, aku memang suka tomyam. Dari budak sampai ke besar ni memang suka sangat tomyam. Aku sangat-sangat teruja sebab ada satu restoran thai yang lain dari kedai-kedai tomyam yang ada sekarang ni. Sesiapa yang berdekatan dengan Putrajaya, silalah terjah. Yang jauh pun dialu-alukan. Sedap sangat keh? (gaya mak jemah yang kerek). Sedap dowh.
Restoran ni memang specialist dengan hidangan tomyam, nasi dan lauk pauknya. Setakat yang aku tengok dalam menu, takde mee, bihun atau kuew teoy semua. (Sorry kalau aku miss tengok dalam menu). Ada hidangan untuk set untuk 3 dan 4 orang. Hari tu aku dan Mr Hall bawa Mimin makan kat sini. So kitorang pun ambil set untuk 3 orang. Ada apa dalam set untuk 3 tu? Ini set yang kitorang pilihlah, korang boleh pilih set yang lain.
Restoran ni memang specialist dengan hidangan tomyam, nasi dan lauk pauknya. Setakat yang aku tengok dalam menu, takde mee, bihun atau kuew teoy semua. (Sorry kalau aku miss tengok dalam menu). Ada hidangan untuk set untuk 3 dan 4 orang. Hari tu aku dan Mr Hall bawa Mimin makan kat sini. So kitorang pun ambil set untuk 3 orang. Ada apa dalam set untuk 3 tu? Ini set yang kitorang pilihlah, korang boleh pilih set yang lain.
Thursday, February 2, 2012
Food: TheObroma Chocolate Lounge
Weekend lepas aku ngan Mr Hall melepak di The Curve. Almaklumlah, few weeks ni sibuk plus demam berpanjangan, jadinya weekend tu lah kitorang nak betul-betul spend time pun. Memandangkan kitorang dah lunch awal, kitorang pun mulalah mencari kedai makan atau restoran sekadar nak melepak sambil mengisi perut. Sebelum tu kan, kitorang jumpa Izzara Aisyah. Ijjawaaaa.....
Friday, September 9, 2011
Food: TGIF Papa
Kalau dengar atau nampak jer TGIF, apa yang korang fikir? Kalau orang yang dah bekerjaya cam aku dan kerja waktu normal isnin sampai jumaat, memang Thank_God-It's_Friday sebab akhirnya barulah boleh berehat setelah penat bekerja walaupun sempat menjenguk FB dan blog. Kadang-kadang tu terlampau sibuk kedua-duanya pun tak sempat. Tak pun korang terbayang-bayang Katy Perry sedang menari-nari dengan braces dia dalam video klip tu? Tak pun kalau korang lapar mesti terbayangkan restoran TGI Friday kan? Kan? Kan?
TGIF yang aku nak citer kat korang ni restoran TGI Friday ler. Kalau aku nak buat entry TGIF sebab finally dah sampai hari jumaat pukul 6pm aku boleh shuffle dari ofis balik rumah, jawabnya tiap-tiap hari jumaat aku buat entry TGIF macam Wordless Wednesday. Isi entry cuma, yeay finally jumaat. Esok boleh bangun lambat. Motif kan. Papa teringin sangat nak pergi kat TGI Friday. Tiap kali lalu depan TGI Friday kat Queensbay Mall, Papa akan kat cakap aku,
"Nanti birthday Papa kita makan sini ye."
TGIF yang aku nak citer kat korang ni restoran TGI Friday ler. Kalau aku nak buat entry TGIF sebab finally dah sampai hari jumaat pukul 6pm aku boleh shuffle dari ofis balik rumah, jawabnya tiap-tiap hari jumaat aku buat entry TGIF macam Wordless Wednesday. Isi entry cuma, yeay finally jumaat. Esok boleh bangun lambat. Motif kan. Papa teringin sangat nak pergi kat TGI Friday. Tiap kali lalu depan TGI Friday kat Queensbay Mall, Papa akan kat cakap aku,
"Nanti birthday Papa kita makan sini ye."
Monday, August 22, 2011
Food: Iftar di Secret Recipe
Iftar kali ni pula kat Secret Recipe, One Utama (OU). OU kan besar, penat jugak mencari restoran untuk booking. Mulanya nak book meja di Paparich tapi diorang tak buat booking untuk buka puasa. Frust. Kalau nak pergi last minit terhegeh-hegeh nak cari tempat memang kirim salam je la. Ini nak makan untuk berbuka. So, kitorang teruslah berjalan lagi dan akhirnya decide nak makan kat Secret Recipe.
Selalunya restoran akan buat offer kan sempena Ramadhan ni. Kat Secret Recipe, setiap course meal akan dapat percuma kurma dan air sirap. Kalau nak jimat tak nak order air pun boleh. Jadi dalam pukul 4 camtu kitorang booking meja dan siap bayar di Secret Recipe. Sementara menunggu tu kitorang jalan-jalan lagi window shopping. Cepatlah weh masuk gaji. Ehem! Maaf teremo.
Selalunya restoran akan buat offer kan sempena Ramadhan ni. Kat Secret Recipe, setiap course meal akan dapat percuma kurma dan air sirap. Kalau nak jimat tak nak order air pun boleh. Jadi dalam pukul 4 camtu kitorang booking meja dan siap bayar di Secret Recipe. Sementara menunggu tu kitorang jalan-jalan lagi window shopping. Cepatlah weh masuk gaji. Ehem! Maaf teremo.
Iftar di Marriot
Iftar! Hari Jumaat lepas Ell dapat makan free di J.W.Marriot yang disponsor oleh company yang Ell bekerja. Wah exicted ni especially pada hari tersebut. Selalunya tunggu time habis kerja sebab nak balik rumah tapi kali ni exicted tunggu nak balik sebabnya nak berbuka puasa di J.W.Marriot. Company yang bayar kan. Nak harap duit sendiri nan hado. Bazar je la jawabnya.
Habis jer kerja terus pergi J.W.Marriot tapi memandangkan masih awal lagi, kitorang sempat singgah ke Pavilion. Sempatlah window shopping. Tengah sengkek kan tunggu gaji. Jadi windows shopping jer lah. Masa nak balik ke JW Marriot tu, hujan lebat. Nasib baik Ell selalu bawa protection. Payung! Tapi tak cukup nak payungkan kelima-lima kitorang ni, jadinya sorang je yang tumpang, yang lain berlarilah dalam
hujan. Ala-ala hindustan pun ada.
Habis jer kerja terus pergi J.W.Marriot tapi memandangkan masih awal lagi, kitorang sempat singgah ke Pavilion. Sempatlah window shopping. Tengah sengkek kan tunggu gaji. Jadi windows shopping jer lah. Masa nak balik ke JW Marriot tu, hujan lebat. Nasib baik Ell selalu bawa protection. Payung! Tapi tak cukup nak payungkan kelima-lima kitorang ni, jadinya sorang je yang tumpang, yang lain berlarilah dalam
hujan. Ala-ala hindustan pun ada.
Sunday, June 12, 2011
KL Part 5 - Fullhouse At Sunway Piramid
Baca KL Part 1.
Baca KL Part 4.
Lepas penat jalan-jalan, kitorang pun makan di Restoran Fullhouse. Dinding, kerusi dan meja semuanya berwarna putih. Ell pernah tengok gambar orang lain makan di Fullhouse ni jadi exictedlah jugak nak makan sekali. Makanannya memang sedap. Harganya agak mahal tapi normal sebenarnya untuk makanan western. Memandangkan kitorang tak lapar sangat, Ell dan Mimin share jer makan Chicken Chop.
| [Mini Cooper kuning menyambut anda di pintu masuk] |
| [Jasmine Tea - RM6.90] |
| [All white interior... Nice] |
| [Seared Salmon - RM26.90] |
| [Lamb Shank - RM28.90] |
| [Chicken Chop - RM16.90] |
Ini alamatnya kalau korang nak pergi.
LG 1.96, No 3, Jalan PJS 11/15,
Sunway Pyramid Shopping Mall,
46150 Petaling Jaya,
Selangor.
(Directly bawah Esprit)
Saturday, June 11, 2011
KL Part 4 - Restoran Cili Merah dan Cars 2
Baca KL Part 1.
Baca KL Part 3.
Day 3:
Happy Birthday Mimin!
Adik Ell, Mimin dah 22 tahun. "Kau dah tua Mimin." Bak kata Mr Hall. Mimin dan Mr Hall memang kamceng. Kalau Mimin balik sini, Mr Hall selalu bawa dia keluar. Baguslah Mr Hall boleh baik dengan adik-adik Ell. Lagipun Mr Hall memang baik dengan Mimin sebelum kitorang couple lagi. Ucapan dari kakak sulung hang yang vazz ni,
"Semoga sentiasa diberkati Allah dan murah rezeki. Study rajin-rajin, tinggal setahun jer. Enjoy your life asalkan pandai jaga diri. Jangan sedih-sedih pasal orang yang tak appreciate hang. I got your back everytime you need me."
Pagi ni Ell tak turun breakfast. Daddy turun dengan Danny dan Mimin jer. Ell rasa letih sangat jadi nak extendkan beauty sleep. Lunch kitorang hari ni berdekatan dengan Hotel Concorde jer, di Restoran Cili Merah. Masakan lauk pauk melayu. Sedapnya! Ell ambil ikan keli goreng, kuah masak lemak pucuk ubi, sambal belacan dan ulam-ulaman. Memang sedap. Kitorang asalnya nak lunch kat retoran makanan melayu berdekatan Sunway Piramid. Mummy tertinggal beg kat bilik jadi Daddy pun pusing le belakang Concorde nak balik ke hotel. Dalam perjalanan tulah nampak restoran ni. Memandangkan masing-masing dah kebuluran, kitorang pun terus menyerang restoran ni. Kalau korang datang ke Concorde atau dah berhampiran kawasan ni, korang boleh menjamu selera di Restoran Cili Merah ni. Ada banyak pilihan lauk pauk dan juga kuih muih.
| [Click picture to go to the source] |
Address: 21 Jln Pinang B,
Shah Alam, Selangor
Malaysia
Phone: 603-55426002
![]() |
| [Kotak merah tu Restoran Cili Merah] |
Selesai makan, kitorang pun pergi ke Sunway Piramid. Mimin semalam dah beli baju birthday di Zara, KLCC. Hari ni melaramlah dia dengan baju birthday. Di Sunway Piramid pula, ada promotion filem Cars 2. Maka ramailah orang nak bergambar dengan Lightning McQueen dan Matter. Memang cantik kereta replicate ni. Danny pulak beli buku cerita Cars. Birthday orang lain, tapi orang lain pun nak membeli jugak ke?
| [Lightning McQueen] |
| [Matter] |
Lepas penat berjalan, sampailah masanya untuk acara makan-makan. Makan di mana? Tengok ler KL Part 5.
Friday, June 10, 2011
KL Part 3 - Papparich dan KLCC
Baca KL Part 1.
Baca KL Part 2.
Lepas lunch kitorang pun terus ke The Curve. Jalan-jalan kejap di The Curve, terus lintas jalan ke Ikea. Hari tu nak pergi Ikea tapi tak sempat sebab semua dah lapar tahap Barbarian dan tak nak makan kat dalam Ikano tu. Motif sungguh. Bestnya dapat jalan kat showroom Ikea kali ni. Macam-macam perabot ada. Yang Ell suka barang-barang Ikea ni sebab rak nyer ada banyak compartment yang membolehkan kita menjimat ruang. Design simple tapi menarik. Dalam tengok perabut Ikea ni tiba-tiba feeling-feeling nak shopping perabot ngan Mr Hall. Motif kan?
![]() |
| [Extract from Google] |
Dah penat jalan-jalan, mulalah perut masing-masing kelaparan. Memang kitorang ni kecik jer badannya tapi asyik lapar jer. Lagipun dah letih berjalan, kenalah berehat sebentar bersama Kit Kat. Daddy dengan lajunya menuju ke suatu tempat. Tempat apakah itu, Daddy? Owh, Paparich rupanya. Kat The Curve ni memang banyak kedai makan dan harga pun boleh tahanlah tapi nampaknya Paparich telah menarik minat Daddy. Masuklah kitorang ke dalam restoran tu. Ell yang kelaparan ni orderlah Nasi Goreng sebab tadi kat Saba' tak makan nasi. Semua pun bersemangat melantak dengan penuh penghayatan.
| [Iced Soya Cendol & Iced Chocolate] |
| [Iced Soya Cendol. Sedap giler siots] |
| [Fried Rice with Fried Egg] |
| [Pappa Chicken Rice, pics from Papparich Online Menu] |
| [Sila abaikan beg plastik permainan Danny. Cemana nak go green ni.] |
Tweet
Dah kenyang, kitorang pun keluar dari The Curve dan terfikir mana la nak tuju. Akhirnya, kitorang pergi ke KLCC, tempat rasmi Danny setiap kali datang KL.
| [Tengah lepak depan Isetan dan pandang atas nampak KLCC] |
Thursday, June 9, 2011
KL Part 2 - Saba Restaurant Cyberjaya
Baca KL Part 1.
Day 2:
Pagi-pagi lagi Daddy dah gerak kitorang 3 beradik untuk pergi breakfast di Melting Pot. Breakfast free kan, kalau tak pergi rugi. Nasib baik pagi ni rasa fresh. Kalau tak memang malas nak turun. Ell turun bawah pun tak bawak fon jadi takdelah gambar breakfast kitorang tu. Tapi makanan kat Hotel Concorde ni sedap. Nasi Lemak dan Bihun goreng dibungkus comel. Kata buffet, makan sikit-sikit ler baru boleh rasa semua makanan yang ada. Danny pulak macam biasa, kalau pergi hotel mesti nak breakfast cereal milo dan honeystar. Tapi pandai pula dia makan bihun goreng ngan Mimin. Makanan memang cepat habis sebab ramai sangat orang. Cuti sekolah kan. What do you expect?
Selepas breakfast, anak-anak yang kekenyangan ni pun naik le ke bilik hotel untuk mandi. Tengah hari nak makan apa ye? Kitorang ke Cyberjaya untuk singgah ke rumah Mimin. Nak hantar barang-barang dia yang penuh kereta.
"Kau ingat kau tu Paris Hilton ke Mimin?"
"That's hot!" Jawab Mimin dengan gaya Paris Hilton.
Kitorang pun singgah di Restoran Saba di Cyberjaya. Selalunya kalau datang Cyberjaya family Ell memang suka lunch di sini. Makanan Arab ler lunch hari ni. Orang pun ramai jugak lunch kat sini.
| [`Mari tengok menu] |
| [Shish Tawouk] |
| [Lamb Soup] |
| [Grilled Chicken with Rice] |
| [Dapat tengok dari jauh pun jadilah] |
Baca KL Part 3.
KL Part 1 - Midvalley, POTC dan Delicious
Wah! Dah lama sangat Ell tak bercuti dengan family dan percutian kali ni sangat best. Paling best masa dapat jumpa lovely couzie D'Adza. Tido kat concorde Shah Alam sebab senang nak tengok diorang tu. Lagipun asyik tido Hotel Vistana jer, nak jugak tukar tempat lain. Kitorang bertolak dari Penang hari Sabtu, drive berganti-ganti dengan Daddy. Maklumlah, Daddy bukannya larat sangat nak drive. So, dengan bantuan Garmin, kitorang pun berjalan-jalanlah kat KL selama 4 hari. 4 hari punya cerita maka ada banyak le part Ell akan post.
Day 1:
Hari pertama, kitorang check in di Hotel Concorde Shah Alam. 4 hari 3 malam tido kat situ. Bilik memang selesa. Tapi sayang tak dapat pemandangan yang mengadap masjid Shah Alam tu. Lepas masuk jer dalam bilik, semua dah terbongkang tido. Letih la katakan.
| [Waiting space in Lobby] |
Dah petang sikit, baru masing-masing mengelupur kelaparan. Jadi semua bersiap dan menuju ke Bangsar Village. Mimin le nak datang sini bawa kitorang since kitorang tak pernah pun datang sini. Kitorang pun pergi ke restoran Chawan untuk lunch. Kononnya lar, lunch la sangat kan pukul 4 petang dah nak masuk 5. Ell tak sempat ambil gambar sebab dah kelaparan tahap Barbarian. Memandangkan tiada gambar dari Ell, terima ajelah gambar ehsan dari google. Klik ke gambar akan bawa korang ke link gambar tersebut diambil.
Window Shopping kejap kat Bangsar Village. Pastu kitorang pergi MidValley. Dah lama tak pergi sana sebab selalu pergi mesti takde parking. Untungnya pergi hari tu sebab diorang buat promotion filem Pirates of the Carribean: The Stranger's Tide. Tahan nangis sebab tak dapat tengok lagi. Bermulalah episod mari bergambar.
| [Costume Jack Sparrow] |
| [Map to fountain of youth] |
| [Replika harta karun] |
| [Replika kapal The Black Pearl] |
Sempat lagi singgah di Delicious untuk lepak-lepak dan minum.
| [Peach & Banana Crumble with Vanilla Ice Cream - RM10.90] |
Dah penat jalan tu, kitorang cepat-cepat nak balik hotel sebab nak tengok D'Adza perform. Sayangnya dapat tengok dari jauh jer sebab tempat penuh dan takde tempat kosong. Hanya mampu melambai-lambai dengan diorang dari kejauhan. Cedih. Sebab sedih tak dapat jumpa, kitorang naik tido. (Drama kasi lebih)
Kalau korang nak tengok menu beserta harga di Restoran Delicious, korang boleh melawat Official Website Delicious.
Apa lak aktiviti kitorang hari seterusnya?
Wednesday, June 1, 2011
Pizza Hut Promotion
Tweet
Saper suka pizza? Especially di Pizza hut. Tak nak pizza tapi nak pasta? Sekarang ni Pizza Hut buat promotion dan maybe korang dah tahu pasal menu istimewa yang dapat diskaun untuk hari tertentu tapi menu ditambah lagi. Korang tengoklah menu kat bawah ni. Boleh plan hari apa nak pergi, apa nak makan dannnnnn..... diskaun 50%.
Menanti anda di Pizza Hut yang berdekatan....
Thursday, May 19, 2011
Food: Pen Mutiara
Tweet
Pernah makan kat Pen Mutiara tak? Family Elle dah pernah pergi sebelum ni tapi Elle takde kat Penang masa tu. Jadi few weeks back, Daddy bawa kitorang makan di Pen Mutiara yang terletak di Batu Maung. Pen Mutiara ni terkenal dengan Kari Ikan Bawal dan Kari Kepala Ikan jadi Elle exicted la nak cuba. Sorrylah takde gambar outdoor sebab masa tu diorang pun tengah buat renovation jadi masuk ikut pintu tepi. Kitorang terus pilih untuk duduk di meja tepi waterfall tu. Selepas dibelek-belek, ada kura-kuara rupanya. Ada ler dalam 6 ekor rasanya. Ada yang panjat batu, ada yang berenang.
Dah selesai order semua, makanan pun sampai.
| [Sayur Campur] |
| [Ayam Goreng Kunyit] |
| [Daging Merah] |
| [Telur Dadar] |
| [Kari Ikan Bawal] |
| [Limau Asam Boi dan Jus Tembikai] |
| [Teh Panas dan Jus Epal] |
Kari Ikan Bawal memang sedap. Boleh dihirup-hirup lagi. Lain kali nak ajak Mr Hall pulak datang. Tapi elok datang ramai-ramai sebenarnya sebab Kari Ikan Bawal pun dalam satu potion yang besar. Tapi kalau Mr Hall kelaparan, besar mana pun habis gak dia makan, especially kalau sedap. Dah tengok kan makanan yang kitorang pesan. Yang kitorang tak pesan lagi banyak. Tak teringin ke nak makan? Kalau nak pergi tengoklah info dan alamat kat bawah ni ye.
Alamat: Wisma Nelayan, Pelabuhan LKIM Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang
No Telefon: 04-3101759
Bertanda 'A' tu lokasi Pen Mutiara.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Iklan Churpchurp
ANYTHING INTEREST YOU?
Jom join Churp Churp
Katakan #taknakseludup dan jauhkan diri dari membeli rokok seludup
Bestnya kulit makin lembap dan ceria berseri bersama krim pencerah ini!
Nak tahu tips untuk temuduga? You should watch this clip
Can you imagine Pacman as the bad guy?
Nak something extra semasa tetamu datang beraya?
Jom join Churp Churp
Katakan #taknakseludup dan jauhkan diri dari membeli rokok seludup
Bestnya kulit makin lembap dan ceria berseri bersama krim pencerah ini!
Nak tahu tips untuk temuduga? You should watch this clip
Can you imagine Pacman as the bad guy?
Nak something extra semasa tetamu datang beraya?






