SPECIAL OFFER

Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Novel: Fallen by Lauren Kate





Elle baru jer habiskan satu lagi novel yang Elle baru beli hari Sabtu yang lepas. Novel yang ada kat rumah Elle dah habis baca jadi semangat membaca novel ni berkobar-kobar sangat. Masuk jer dalam MPH di Gurney Plaza terus Elle mencari-cari novel yang menarik untuk dibeli. Sampai mata Elle tertarik dengan cover sebuah novel ni. Cover cantik, cerita menarik ke? Elle pun bacalah sipnosis kat belakang novel tu. Hmm... Macam menarik. Elle letak novel tu ke tempat asal. Kira shortlisted la dalam novel nak dibeli. Elle sambung jalan-jalan lagi. Kalau ikutkan hati memang nak jer Elle borong novel banyak-banyak.

Akhirnya kini pasti, Elle memilih novel yang cover nyer cantik itu, bertajuk Fallen. Dan Elle juga buat membership card MPH. Bayar RM20 untuk 2 tahun dan dapat diskaun untuk novel tu. Harga asalnya RM39.90, jadi dengan membership card Elle dapat beli novel tu dengan harga RM27.93. Sangat loike okay.
[picture from wikipedia]



Ceritanya mengenai Lucinda Price atau Luce yang dimasukkan ke reform school atau sekolah pemulihan bagi remaja bermasalah di Sword and Cross. Dari kecil Luce sering nampak bayang-bayang hitam seperti kepulan asap yang dipanggilnya shadow tiap kali dia mendekati hutan atau tasik. Selalunya di tempat yang suram. Ketakutan dengan apa yang dilihatnya, Luce memberitahu ibu bapanya tetapi mereka mengatakan itu hanya imaginasinya dan membawa dia berjumpa pakar psikologi. Kerana tak tahan dengan rutin yang terpaksa makan ubat dan berjumpa pakar psikologi, Luce berlagak normal walaupun Shadow sering datang kepadanya.

Suatu malam ketika menghadiri party, Luce dan seorang budak lelaki yang diminatinya, Trevor pergi ke cabin berhampiran tasik untuk berdua-duaan. Tetapi malang menimpa apabila Luce ternampak Shadow yang datang kepada mereka dan cabin itu tiba-tiba terbakar. Trevor mati dalam kebakaran itu dan Luce terselamat tetapi fobia dengan apa yang terjadi. Selepas siasatan polis dan berjumpa lagi dengan psikologi, Luce dianggap merbahaya pada diri sendiri dan dihantar ke sekolah pemulihan, Sword and Cross.

Di situ Luce berjumpa dengan ramai budak-budak yang bermasalah. Luce segera mendapat kawan bernama Arianne yang sudah lama di situ dan juga Penn, anak angkat kepada pengetua sekolah itu. Dan di situ jugalah hati Luce terpaut pada Daniel Grigori, yang Luce dapat rasa dia pernah mengenali Daniel tetapi Luce keliru dengan perasaannya yang membuak-buak terhadap Daniel. Apatah lagi Daniel sering menjauhkan diri tiap kali mereka bersama. Malah, Cam, seorang lagi lelaki di situ lebih memberi perhatian kepada Luce berbanding Daniel yang lebih dingin kepadanya. Walau sebaik mana pun Cam terhadap dirinya, Luce tetap mahukan Daniel.

Shadow yang sering mengganggunya semakin kerap muncul dan sehinggakan Luce terperangkap sekali lagi di dalam kebakaran bersama seorang lagi lelaki bernama Todd yang akhirnya mati dalam kebakaran itu. Luce semakin runsing dengan Shadow yang sering muncul, Daniel yang dingin padanya walaupun dia tahu Daniel juga mahukan dirinya dan Cam yang selalu memberi perhatian kepadanya. Sehinggakan Luce cuba menyelidik asal usul Daniel dan terjumpa sebuah buku yang membuktikan sesuatu kepadanya. Siapakah sebenarnya Daniel dan juga Luce dan apakah kaitan di antara mereka?

Nak tahu lebih lanjut korang kena la beli. Banyak pembaca yang compare novel ni dengan Twilight. Kalau twilight dengan vampire, Fallen pula Fallen Angel. Opss! Dah bagi clue tu. Yes, dalam buku ni ada fallen angel tapi Elle tak bagitau kan siapa fallen angel.

Fallen angel as described in Wikipedia is an angel that has been exiled or banished from Heaven.
Translation angel yang diusir dari syurga. Tapi dalam novel ni, semuanya fantasy dan rekaan semata-mata okay. Jangan nak percaya buta-buta jer. Sama macam korang tengok Twilight ler jugak.

Dari apa yang Elle baca di wikipedia, pihak Walt Disney nak ambil siri novel ni dan jadikan movie. Sekarang ni kan banyak movie yang diadaptasikan dari novel. Kalau betul nak dijadikan movie, Elle teruja menunggu. Fallen ni macam Elle cakap tadi 4 buku. Falle, Torment, Passion dan Rapture. Setakat ni nya Fallen dan Torment dilancarkan di pasaran. Teruja pulak nak beli novel Torment ni tapi check kat MPH Online tadi harganya RM49.90. Bulan depan ler jawabnya. Takpe, Elle tabah menanti. (Motif?)

Korang boleh melawat Fallen Novels Official Site.
Fallen Novels pun ada Facebook sendiri. Di situ kita boleh tau update tentang novel dalam siri ni dan juga movie yang akan dibuat nanti.

Sunday, April 3, 2011

Novel: I Take This Man





Semalam Elle rasa bosan sebab Elle nak baca novel tapi semuanya dah dibaca. Jadi Elle tercari-cari novel Mimin yang dia tertinggal dalam bilik Elle. Jumpa jer novel tu, Elle pun exicted nak baca. Lagipun bukan selalu Elle ada masa nak baca novel ni. Novel apa yang Elle baca?
Little Black Dress Books: I Take This Man
[Pic from littleblackdressbooks website]

Ceritanya tentang Penny Bracket yang ditinggalkan seorang diri oleh tunangnya Bram Shriaz. Berang dengan tindakan Bram, ibu Penny, Esther pergi ke bilik Bram untuk bersemuka dengannya. Geram dengan sikap Bram, Esther tidak sengaja telah menghentak kepala Bram dengan botol campaign. Terkejut dengan tindakannya, Esther telah menculik dan mengurung Bram di rumah agamnya. Dengan kerjasama House Manager di rumahnya, Natasha, mereka cuba menyembunyikan kehadiran Bram yang terkurung itu dari Penny. Penny pula kecewa dan tertanya-tanya mengapa Bram mengambil keputusan untuk meninggalkannya di hari perkahwinan mereka.

Bram yang telah sedar dari pengsan cuba mencari jalan untuk melepaskan diri dari kurungan Esther. Esther yang tidak keruan dengan tindakannya pula berjumpa dengan bapa Keith yang akhirnya jatuh cinta pada Esther. Hubungan Esther dan Keith yang mesra telah mengundang rasa cemburu Ashley, jiran Esther telah mengbongkar satu rahsia yang Esther sendiri tidak tahu tentang mendiang suaminya. Berjaya ke tak Bram melepaskan diri dan terjawab ke segala persoalan Penny, korang kena la beli dan baca. Karang aku tulis sampai habis marah pulak korang sebab buat spoiler kan.

Masa Mimin beli novel ni harganya RM19 tapi few years back rasanya. Tadi Elle tengok Little Black Dress Books nyer novels berharga RM21++. Kalau nak tahu novel apa lagi yang ada dalam Little Black Dress Books ni korang boleh pergi ke Official Website untuk baca sipnosis dan pilih yang mana korang berkenan.

Wednesday, February 2, 2011

Novel: The Seven Secrets of Happiness




Sebelum ni Elle post pasal novel The Good, the Bad and the Dumped. Elle ada mention pasal second book on 50% discount. Inilah buku kedua yang dapat discount tu. Dibeli di lokasi yang sama di Popular Bookstore, Sunway Piramid. Bagi Elle novel ni lagi best dari novel The Good, the Bad and the Dumped. The Seven Secrets of Happiness by Sharon Owens ni cerita tentang seorang perempuan yang life dia macam fairytale.

Hidup dengan suami yang sempurna (di mata dia dan orang sekeliling ler). Handsome, romantik tapi kebahagiaan tu tak kekal lama. Selepas suaminya meninggal duia (huh spoiler?), dia cuba membina hidup baru dengan bantuan kawan baiknya. So, semasa berkabung tu dia buat 7 velvet handbag. Setiap kali dia jual handbag ni, dia akan belajar satu rahsia kegembiraan (secret of happiness... dwibahasa okay). Sampailah rahsia yang ke tujuh, dipegang oleh seorang yang sangat istimewa. Kematian suami tak bermakna hidup dia pun musnah. Dia dapat hidup baru, cinta baru dan parents dia yang sebelum ni bermasalah pun berjaya selesaikan masalah mereka. So, cam fairytale ler, and the live happily ever after.

 [The Seven Secrets of Happiness by Sharon Owens]

Elle pun mencatit satu per satu rahsia yang ada dalam novel ni. Best baca macam mana dia kuatkan semangat dan teruskan hidup dia. Yang sedih tu, suami dia meninggal on Christmas Eve. (Spoiler lagi ke?) Kalau rasa novel ni cam menarik bolehlah beli. Sesiapa yang nak baca tu enjoy ye, kumpul 7 rahsia dalam novel ni.

Novel: The Good, the Bad and the Dumped.




Pernah tak korang terfikir pasal kisah cinta korang dengan orang-orang sebelum si dia? Pernah terfikir macam mana agaknya hidup korang kalau korang tak berpisah dan berjaya ke jinjang pelamin? Inilah yang difikirkan oleh gadis dalam novel yang Elle baca ni.

[The Good, the Bad and the Dumped by Jenny Colgan]


Selepas dilamar oleh boyfriendnya, dia kembali mencari kekasih-kekasih lama aka old flame. Bukan untuk kembali pada mereka tapi nak tengok macam mana kehidupan mereka dan ambil tahu kalau dia tak berpisah dengan mereka bagaimana agaknya hidup dia dan mereka sekarang. Sampai merajuk boyfriend yang dah jadi tunang dia. Cemana kantoi? Ni one of the family member yang kantoikan. Setiap bekas kekasih yang dia jumpa, dia belajar dari kesilapan yang dia pernah buat dengan mereka dan dia cuba selami samada dia dan kekasihnya sekarang benar-benar serasi untuk teruskan hidup bersama. Tambah lagi dengan rahsia yang ibunya sembunyikan dari mereka adik beradik. Menarik tak? Rasa-rasa nak baca gi lah beli. Elle beli buku ni kat Popular Bookstore di Sunway piramid.

Reminisce old time! Well, for me old flame is old flame. Continue the life with the one you're currently in love with. Jangan nak cari pasal nak cari balik old flame ye kawan-kawan. Yang bestnya Elle beli buku masa promotion, Buy 1 and buy the second book with 50%. I like discount!

Novel: Syahadah Gadis Ateis





Mari membaca! Elle dari kecik Baba selalu belikan Elle buku sebagai hadiah. Asal birthday jer buku. Genre buku pun ikut umur dan sampai sekarang Elle memang suka membaca. Dah lama juga Elle tinggalkan dunia membaca ni masa kat kolej dulu. Tapi still gak luangkan masa baca blog orang lain. ;p. Setelah lama tak membaca Elle pun belilah satu novel untuk Elle pupuk kembali hobi dan minat membaca. Buku terpilih? Syahadah Gadis Ateis dari Imran Haaz.


['Syahadah Gadis Ateis' by Imran Haaz.]


Elle suka cara penyampaian informasi tentang Islam dalam buku ni. Banyak persoalan yang kadang kala kita sebagai orang Islam pun tak tahu macam mana nak explain kat orang bukan Islam bila soalan-soalan cepumas keluar dari mulut diorang. Dalam satu malam, sepanjang perjalanan keretapi ni banyak soalan-soalan yang ditanya oleh si Ateis dijawab dengan tenang oleh seorang lagi penumpang. Jawapan yang diberi bukan hanya anggapan atau pendapat si Penumpang tetapi dibuktikan dengan ayat-ayat dari A-Quran dan juga Bible. Elle pun dapat juga belajar dari buku ni. Simple dan sesuai untuk semua termasuk orang-orang yang bukan Islam dan mahu memahami Islam. Dan satu lagi, jangan judge orang berdasarkan penampilannya. Don't judge a book by its cover ler. Kita tak tahu sedalam mana ilmu dan iman seseorang tu so jangan nak memandai buat tanggapan yang bukan-bukan. Kalau tanggapan tu salah dah jadi fitnah okay. Buku ni hanya RM18. Elle beli kat MPH Bookstore Sungai petani masa Elle jalan-jalan kat sana.


Penulis buku ni, Imran Haaz pun ada blog jugak, Satuhala. Rajin-rajinlah singgah ye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...