SPECIAL OFFER

Monday, February 21, 2011

Sendayu Tinggi: Colorbalm Lipstick




Elle ingat lagi masa mula-mula nak bermanja dengan make up ni. Lipstick pertama yang Elle beli sendiri ialah Silky Girl. Sebelum tu Mummy bagi jer lipstick yang dibeli tapi tak diguna pada Elle. So, exicted sangat dapat beli barang make up guna duit sendiri kan. asyik-asyik duit Daddy. Karang minta yang mahal-mahal memang tak dapatlah. Disuruhnya Elle beli kat Mydin. T.T.

Lepas tu Elle pernah cuma lipstick dari Maybelline, Avon dan juga Revlon. Teringin nak try MAC tapi apakan daya. Gaji tak seberapa kan. So beberapa minggu lepas Mr Hall cadangkan Elle cuba lipstick dari Sendayu Tinggi memandangkan salah satu dari ingredient dia collagen. Selepas ku fikir-fikir, collagen okay, terus ajak Mr Hall pergi Sendayu Tinggi. Nasib baiklah kan Elle pernah baca review pasal Sendayu Tinggi ni dari kawan Elle, Puteri. Jadi masa mula-mula sampai tu Elle tak tolak pintu masuk tu sebab Puteri dah bagitau pintu kedainya lock dan kena tunggu staff dia bukakan. Security sangat kan. Konsep kedai pun exclusive. Cara layanan pun bagus. Staff yang jaga kedai tu dah anak 4 dah tapi still meletup macam orang bujang lagi. Akak ambil D'Folia kah?


Elle terus belek-belek lipstick yang ada kat situ. Lipstick dia ada 2 jenis, satu matte satu lagi jenis shine. Memandangkan bibir Elle ni tebal, memang tak sesuai sangat pakai yang shine tu dan juga lipgloss. Nanti nampak macam baru lepas makan pisang goreng. Pada yang berbibir nipis ni memang sesuai pakai lipstick yang shine atau lipgloss atau dua-dua sekali. berkilauan lah bibir anda. Tapi tengok pada bibir jugak. Sebab tu yang bestnya kedai ST ni akak tu bagi kita cuba. Baru tau sesuai ke tidak. Jangan risau, staff ST akan beri tisu supaya kita boleh lap dulu permukaan lipstick tu supaya bekas pengguna sebelumnya tu tak melekat kat bibir kita. Melainkan korang nak bibir Kila Fairy atau Angelina Jolie dan terus nak guna bekas diorang dengan harapan bibir korang pun seksi cam diorang.. NOTTTT!!!!

Selepas episod mencuba lipstick, akhirnya Elle pilih lipstick jenis matte yang sesuai dengan Elle warna . Harga asal RM25 tapi lepas join membership (RM25), dapat diskaun untuk lipstick tu RM23. Sangat loike! Muncungkan bibir berSendayu Tinggi. Kad membership semua tu belum dapat lagi. Dah dapat nanti Elle share yer. Elle suka sengat pakai lipstick tu. Memang warnanya cantik dan berkilauan walaupun jenis matte.

[Macam-macam color ader... image from google]
 [lipstick baru sayew... (nada annoying)]
[Color Plum Frost jenis matte]

Kalau korang suka mekap boleh ler singgah kat blog kawan Elle, Puteri. Puteri rajin buat review pasal mekap yang dia dah cuba dari pelbagai jenis Brand tak termasuk Ayam Brand ye kawan-kawan.

Kalau mekap tutorial Elle paling suka belajar dari Michelle Phan. Banyak video-video tutorial di youtube. Korang bolehlah singgah di youtube dan tengok video dia. Cara dia ajar mekap memang senang ikut. Step by step, uuh baby! Ehem! Singgah lah ye. Dah seronok-seronok singgah sana tu singgah le sini balik ye. ;D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...