SPECIAL OFFER

Wednesday, February 23, 2011

Music: Senyum Malique





Dah lama tak dengar lagu-lagu terbaru artis tempatan. Memang Elle akui, Elle kurang dengar lagu-lagu tempatan. Elle bukan peminat Siti Nurhaliza, Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan yang seangkatan dengannya. Tapi ada di antara lagu-lagu mereka yang Elle suka. Tapi dari dulu sampai sekarang Elle minat dengan Too Phat. Rasanya tak perlu kenalkan mereka lagi kan. Ada yang tak kenal?


Too Phat dianggotai oleh Malique dan Joe Flizzow. Joe dari JB dan Malique dari KL. Seingat Elle, detik perkenalan diorang dari MIRC. Dua-dua minat Hip Hop dan berkawan baik. Dioranglah anak-anak Melayu yang mengangkat muzik Hip Hop di persada muzik Malaysia. Elle minat muzik diorang dari album pertama, Whuttadilly lagi. Masa tu still bersekolah. Elle minat Hip Hop bukan sekadar trend seperti sessetengah orang, tapi muzik tu dah dikira part of my soul. Especially Hip Hop. Ingat lagi Too Phat ada forum sendiri. Selalulah bila Elle dapat online, Elle akan online dalam forum Too Phat dan Elle sempat berkawan dengan salah sorang forumer bernama Lin, dari JB. Sehingga sekarang masih berkawan cuma dah jarang sangat bertegur sapa. Masa tu GF Malique masih Phat Tim. Lepas tu Malique pernah bercouple dengan Dian Sastrowardoyo. Lepas beberapa lama tu dengar cerita orang Indonesia tak puas hati dengan Malique dan bomohkan Malique sampai sakit. Tak tahulah cerita ni betul ke tak tapi memang Malique menyepi dan kita hanya nampak Joe di kaca TV. Wallahualam! Yang penting Malique dan bernikah dengan Melissa Maureen dan dah ada baby comel bernama Inca Medina.




Zaman ni juga Too Phat pernah ada Phat Family yang terdiri dari Too Phat, Muchachaz, MOB (group Shaheizy Sam), banyak lagi dan salah satu daripada family diorang ialah Teh Tarik Crew. Yeah, bunga dari TTC ni telah kembang mekar menjadi Mizz Nina yang hot sekarang. Mizz Nina yang Elle kenal dulu berambut pendek, boyish, tapi tengok sekarang ni. Sampaikan masa lagu dia dengan Colby O'Donis keluar, member Chinese Elle sibuk-sibuk tanya, Mizz Nina orang Malaysia ke? Elle terkejut jugak sebab dah lama tak dengar berita Mizz Nina. Setahu Elle bila dengar jer Mizz Nina Elle terus teringat TTC. Bila dibelek-belek, Wow, hot sangat sekarang. Sekarang pun dah bertunang dengan Noh. Tahniah! Err...... bukan aku tengah bercerita pasal Too Phat ker.

[Album Phat Family yang sangat best]

Motif Elle tulis entry ni sebenarnya nak cerita pasal lagu terbaru yang Elle suka sangat dengar sekarang ni. Lagu haper? Lagu Senyum by Malique dan Najwa. Sedap sangat lagu dan liriknya. Suara Najwa pun best. Sebelum diorang ni pernah berduet menyanyi lagu Kau Yang Punya.

Ni Elle sertakan lirik lagu Senyum - Malique dan Najwa.
Download lagu tu kak sini.

Lirik Lagu Senyum – Malique & Najwa

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

5 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

ksu pon suka sgt lagu nih..relax jek..makna bagus.., eh lis tau x, najwa tu anak muhyiddin yassin..

Alcaponco said...

xtau pun. thanks for the info. suka sgt suara najwa. sedap sgt.

Anonymous said...

Elle betul malique mmg prnh cinta dgn dian ?

Elyssa said...

Yup, pernah keluar berita pasal diorang bercinta tapi Elle pun tau dari magazine la.

Unknown said...

dian tinggalkan malique.malique pun sampai ilang arah sampai mxm tak betul kejap.dian bukan lah seorang wanita yang baik sangat.playgirl.tapi i still fan dua org ni.idola

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...