SPECIAL OFFER

Sunday, February 20, 2011

Siapa Kila Fairy




Elle suka tengok orang yang cantik dan seksi. Bukan seksi murahan ye. Memang Elle dari kecil ke remaja ke zaman tak berapa nak remaja ala I'm not a girl not yet a woman ni, memang suka tengok perempuan yang cantik dan seksi. Bukan terlebih seksi ok. Artis antarabangsa yang paling Elle minat dari dulu sampai sekarang ialah akak Angie aka Angelina Jolie. Something yang buat Elle sukakan Angelina Jolie ialah kecantikannya, personalitinya yang sensual, bijak, muka dan bibir dia yang seksi. Main reason ialah muka dia yang seksi.

 [I love u Angie.... bukan, saya bukan lesbian]

Sekarang ni orang tengah heboh pasal Kila Fairy. Pasal bibir Kila Fairy yang seksi macam Angelina Jolie tu. First time Elle dengar pasal Kila Fairy dari Mr Hall masa dia tengok Melodi. Masa tu tak ambil kisah sangat aka who cares. Tapi lepas tengok gambar Kila Fairy di majalah, Elle memang tertarik tengok muka dia. Baru 19 tahun tapi cantik dan seksi. Dan yang buat wajahnya seksi ialah bibir dia. Tengok pula nama bapa dia Jahangir Khan. Patutlah figure muka dia sharp. Ada orang cakap dia suntik bibir. Biasalah bila orang yang bercakap. Kalau orang-orang memang tak bercakap pun. Karang orang-orang bercakap korang pulak berlari tak hengat dunia. Tapi kalau tengok dari gambar masa kecil rasanya taklah. Bukan suntikan. Original y'll.


Kila Fairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha ni anak Rohana Jalil bersama Jahangir Khan (suami kedua selepas berpisah dengan yang pertama). Info pasal suami ni Mummy yang bagi sebab katanya masa tu zaman Mummy bersekolah lagi. Correct the info in the comment k if it's wrong. Kila berumur 19 tahun dan masih study Diploma Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles.



[Kila Fairy >gambar dari beautifulnara<] 

[Kila Fairy masa kecil... tengok bibir dia. >gambar dari beautifulnara<]

Dengar cerita Kila Fairy pun antara 3 orang yang bakal meletup bersama Neelofa (Dewi Remaja 2010) dan Nur Fathia (Iklan Sunsilk, Drama Hani di slot Lestary). 

 [I love Black & White Picture.]
[My another favourite picture of Neelofa]
>Pinjam gambar ye En Napie Mokhsin. Gambar from google search<

[Nur Fathia dalam Nur Kasih]

[Nur Fathia]

Tetiba tadi Elle terasa nak cari Kila Fairy dalam Facebook dan terjumpa la Page dia. Dan Kila juga ada twitter. So bolehlah follow @Kilafairy. Mulanya Elle jumpa Fake Fan Page dan fake blog  dia juga. Elle add dua-dua fake facebook dan blog sebab ingatkan ini memang account Kila. Tapi Kila dah nafikan dalam twitter dia.


Link ke account facebook yang betul pun Elle dapat dari URL link di twitter dia. Harap Kila dapat tonjolkan bakat dan Kila boleh pergi jauh sebagai Kila Fairy, bukan anak Rohana Jalil. All the best to you Kila.
By the way, Kila pernah berlakon sebagai Zehra dalam Hotel Mania dan Elle jumpa klip video nyanyian Kila dan Anding. Enjoy!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...