Hellew my lovelies!
Mostly if talk about sequel, it will be like Sembilu, Sembilu 2, Sembilu The Return then Sembilu Datang Lagi (Okay, saja suka hati buat title filem sendiri). But you get what I mean right? Tapi my sayangs, korang tahu tak this things doesn't apply to Marvel movies? Lepas Ironman bukan Ironman 2 then Ironman 3. Filem Captain America, Ironman dan Avengers ada kena mengena dan ada kesinambungannya. Sebab tu peminat Marvel ni akan gigih tunggu post credit dan after credit lepas setiap movie Marvel habis. If you want to have Marvel movie marathon so that you can understand the storyline better, here's how you watch Marvel Movies.
Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts
Sunday, July 26, 2015
Thursday, September 6, 2012
Movie: Bronson
Sesiapa yang tengok filem Dark Knight Rises tu mesti tau karakter Bane lakonan Tom Hardy. English actor yang sangat berbakat ni dah banyak berlakon filem dan salah satu dari filem yang betul-betul menunjukkan kebolehan berlakon Tom Hardy ialah Bronson. True story tentang salah seorang dari prisoner yang terkenal di England. Terus terang filem Bronson ni dark comedy, memang lawak tapi bukan lawak kosong. Filem ni bawa kita menyelami perasaan dan kehidupan Charles Bronson atau nama sebenarnya ialah Michael Peterson, memang teringin nak jadi terkenal. Sejahat-jahat Bronson pun sebenarnya dia suka bergaduh dan bagi dia, penjara tu ibarat hotel. Walaupun jahat, Bronson tak pernah sekali pun bunuh orang.
Wednesday, January 25, 2012
Movie: Underworld Awakening
Exictednya dapat tengok filem Underworld semalam. Almaklumlah, aku ni peminat filem Underworld. Kepada korang yang tak ikut filem ni, Underworld: Awakening adalah filem Underworld yang keempat. Kalau ikutkan ending filem ni, maybe akan ada Underworld 5.
Sunday, January 15, 2012
Movie: Songlap
Filem dan drama kita banyak menyajikan kisah cinta. Cinta tak kesampain, cinta 3 segi, cinta bentuk pentagon dan banyak lagi tapi ada tak cerita pasal persaudaraan? Persaudaraan sesama adik beradik perempuan maybe ada tapi lelaki? Lelaki kan ego. Walaupun sayang adik beradik takdenya dia tunjuk atau peluk. Maybe ada atau I tak teringat sekarang ni tapi filem Songlap arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak ada elemen persaudaraan tentang 2 adik beradik lelaki. Pemilihan pelakon yang bagus, dapat menghidupkan watak seolah-olah kita menonton suatu realiti, bukannya lakonan. Lakonan Shaheizy Sam dan Shafie Naswip memang patut dipuji sampai ada ketika dalam filem ni hati I tersentuh melihat persaudaraan dua beradik ni.
![]() |
[Image from Google] |
Tuesday, December 27, 2011
Movie: Sherlock Holmes - A Game of Shadow
Entri sebelum ni pasal movie pertama, ini movie kedua pulak. Siapa yang pernah tengok Sherlock Holmes tahun 2009 dulu? Ini sekuel yang kedua, A Game of Shadow. Jalan cerita dan aksi memang best. Dalam filem pertama dulu, kita dikenalkan dengan musuh ketat Sherlock Holmes, Professor Moriarty tapi tak nampak muka. Dalam sekuel kedua ni korang boleh le tengok muka psycho genius yang tak hensem ni.
![]() |
[Image from IMDB] |
Movie: Mission Impossible - Ghost protocol
Weekend kali ni aku ngan Mr Hall bantai tengok wayang jer. Almost 2 minggu masing-masing sibuk, jumpa pun kejap2 jer jadi plan nak tengok 2 movie. First of all, mestilah Mission Impossible - Ghost Protocol. As usual, nama pun Mission Impossible, banyak le aksi-aksi impossible. Especially part memanjat Burj Khalifa yang tinggi giler tu. Untuk korang yang tak pernah ikut Mission Impossible ni, ini adalah sekuel yang keempat. Team kali ni banyak malfunction, ada je yang tak kena. Agent perempuan tak dapat kawal perasaan la, masalah teknikallah tapi action dan storyline memang superb.
![]() |
[Image from IMDB] |
Monday, October 24, 2011
Movies 80's Yang Best
Setelah kesangapan dan kepeningan setelah menyiapkan kerja ni, aku pun mulalah surf IMDB. Kemudian terjumpa pula dengan satu senarai filem tahun 80-an. Memang tak dinafikan zaman 80-an dulu memang banyak movie yang menarik. Aku tak pernah jemu tengok movie ni dari kecil (80's) sampailah sekarang. Kalau korang pun babies in 80's, korang mesti familiar dengan movie ni. Ini antara senarai movie yang aku suka tengok.
1. Back To the Future I (1985), II (1989) & III (1990).
1. Back To the Future I (1985), II (1989) & III (1990).
Wednesday, October 19, 2011
Movie: Real Steel
Dah lama tak tengok wayang. Asyik sibuk kerja, pastu sakit lah. Haih macam-macam. Jadi untuk melepaskan gian kitorang weekend lepas, aku dan Mr Hall pun pergilah tengok filem Real Steel. Nampak trailer cam best jer. Tambahan lagi abang Hugh Jackman yang berlakon. Wah! Lagi berkobar-kobar lah semangat nak tengok.
![]() |
[Image from Wikipedia] |
Monday, September 12, 2011
Movie: The Ugly Truth
Hari tu aku melepak sambil membelek senarai movie yang ada dalam laptop ni tapi tak pernah tengok lagi. Tiba-tiba teringat Mr Hall cakap movie The Ugly Truth ni best. So since aku pun dalam mood romantic comedy, aku pun layan ler movie ni. What is cliche, a guy met a lady, arguing and hate each other, realize they have feeling for each other and get together in the end. Jalan cerita yang biasa dalam romantic comedy.
Either permulaan cerita tu gaduh tahap benci sesama sendiri ataupun kawan baik yang takde apa-apa perasaan, katanya.
Either permulaan cerita tu gaduh tahap benci sesama sendiri ataupun kawan baik yang takde apa-apa perasaan, katanya.
![]() |
[Image ffrom Wikipedia] |
Tuesday, September 6, 2011
Movie: The Smurfs
I'm finally smurfy home last Saturday. It was smurfing jam that took us forever to reach Cyber. Today I start working but my soul wish that I could smurfing at home. Did I just using word smurf in all my sentences? Oh my smurf! What the smurfing going on here?
Kannnn.... Penangan smurf. Dulu kecik-kecik selalu tengok kartun Smurf, baca komik Smurf, buku mewarna pun nak Smurf, pensil warna biru pun cepat jer habis. Ell dah gi tengok filem The Smurf. Memang smurfing smurf. Kalau korang peminat Smurf zaman muda kanak-kanak dulu, korang kena tengok filem ni. Kalau korang bukan peminat tapi in the mood of laughing pun kena tengok filem ni. Tak rugi. Sangat smurfing best.
Wednesday, August 17, 2011
Movie: Captain America
Captain America was awesome. Even better than Transformers 3. Tak tau kenapa bagi Ell Transformer kali ni tak menarik seperti sebelumnya. Ell dari kecik lagi minat Transformers. Maybe Ell letak expectation terlalu tinggi, well I don't know. But... but people you should go and watch Captain America.
Kalau korang peminat komik Avengers, korang mesti dah tengok Hulk, Ironman, Thor dan mesti tengok Captain America. Sebabnya, tahun depan around May 2012, filem Avengers akan ditayangkan dan semua hero kita ni akan berkumpul termasuklah Black Widow yang muncul dalam Ironman2. The only heroin okay. In the end of the movie, ada trailer untuk filem Avengers yang membuatkan orang-orang yang bangun nak meninggalkan panggung tu samada berdiri atau duduk balik sebab nak tengok trailer Avengers.
Ell puas hati sangat dapat tengok movie ni bersama Mr Hall. Memang kitorang plan nak tengok movie ni sebelum bulan puasa.
Captain America ni mengisahkan Steve Rogers yang fizikalnya kecil dan banyak penyakit tapi semangat untuk mempertahankan negera sangat kuat. 5 kali Steve cuba untuk diterima sebagai askar tetapi tetap ditolak kerana keadaannya. Pada suatu malam, Steve mengikut rakannya, Bucky ke expo Howard Stark yang juga bapa kepada Tony Stark aka Ironman. Kalau korang dah tengok Ironman, korang boleh tengok le kegilaan dalam teknologi dan kaki perempuannya tu diwarisi dari siapa.
Dr Abraham Erskine terdengar perbualan antara Steve dan Bucky tentang Steve takkan berputus asa untuk mencuba sehingga diterima sebagai askar. Steve diterima sebagai askar menjadi eksperimen super soldier yang dikendalikan oleh Dr Erskine, Colonel Phillips dan Peggy Carter. Gabungan serum yang direka oleh Dr Erksine dan peralatan yang direka oleh Howard Stark, Steve ditukar menjadi super soldier yang mempunyai kekuatan luar biasa. Serum yang direka oleh Dr Erksine itu akan bertindak mengikut personaliti orang yang disuntik itu. Good become better, bad become evil.
Johann Schmidt aka Red skull juga mengambil serum yang direka Dr Erkskine tetapi serum yang diambil itu belum sempurna dan meninggalkan kesan kepada rupa fizikalnya. Namun serum untuk Steve kali ini telah sempurna. Johann berjaya jumpa Kiub Kosmik yang memiliki kuasa dewa yang boleh menyalurkan tenaga yang berterusan dan sangat berkuasa. Dengan kiub inilah Johann atau Red skull akan menakluk dunia di bawah kumpulan Hydra pimpinannya.
Setelah eksperimen ke atas Steve berjaya, salah seorang daripada orang suruhan Hydra yang dikendalikan oleh Red skull menembak mati Dr Erskine yang mati di tempat kejadian. (Macam berita lak bunyinya.)
Colonel Phillips yang tidak yakin dengan kebolehan Steve tak benarkan Steve pergi berjuang di medan perang tetapi hanya duduk di dalam makmal. Steve akhirnya dibawa membuat persembahan sambil memakai kostum Captain America. Sehinggalah suatu hari apabila Steve mendapat tahu pasukan Bucky mengalami kekalahan. Tak mahu menerima khabar kononnya Bucky telah meninggal, Steve pergi ke lokasi di mana Red skull berada untuk menyelamatkan Bucky dan askar yang lain. Dengan kebolehannya yang luar biasa, Steve berjaya menyelamatkan Bucky dan askar-askar yang lain. Setelah yakin dengan kebolehan Steve, Colonel Phillips membenarkan Steve dan pasukannya menyerang kilang-kilang dan kubu milik Hydra.
Satu persatu mereka musnahkan sehingga ke kubu yang terakhir, Red skull melarikan diri menaiki jet diikuti oleh Steve. Semasa kedua-duanya bertempur, bekas yang menyimpan Kiub Kosmik itu rosak. Red skull yang cuba menyelamatkan Kiub Kosmik itu ghaib terkena kuasa kiub tu. Terlepas dari pegangan Red Skull, kiub itu terjatuh ke dasar air yang dijumpai oleh Howard Stark selepas itu. Untuk menyelamatkan New York dari dibom dengan jet yang dinaikinya itu, Steve membawa jet itu ke arah glasier yang menyebabkan Steve hilang selepas itu.
Yang penting, habis jer movie ni, korang jangan keluar panggung lagi. Ada trailer Avengers yang bakal ditayangkan tahun depan. Ell dan Mr Hall exicted giler. Memang puas hati dan happy sangat dapat tengok.
Nak tahu lebih lanjut pasal jalan cerita, korang boleh baca di Wikipedia. IMDB pula bagi 7.4/10. Korang bagilah rating sendiri.
Friday, June 3, 2011
Movie: X-Men First Class
Tweet
Seriously, memang first class. Ell sebagai peminat X-Men dari kecil lagi (kartun dia kat TV of course) dan tengok semua filem X-Men ni rasa happy sangat dapat tengok prequel X-Men kali ni iaitu X-Men First Class. Ell dan Mr Hall memang tertunggu-tunggu filem ni selepas filemX-Men Origins: Wolverine. Dalam semua watak dalam filem ni Ell memang suka dengan Wolverine.
![]() |
[pics from IMDB] |
Ell dan Mr Hall beli tiket wayang ni advance 2 hari. Kalau nak harap pergi hari tu pastu baru nak beli memang takde tiket dah le. Ada pun kerusi depan sekali dan lepas keluar dari wayang kepala kau teleng. X-Men First Class ni mengisahkan pertemuan dua orang founder X-Men, Professor X dan Magneto. Daripada kawan baik ibarat adik dan abang, mereka bermusuh kerana tidak sehaluan. Dan kalau korang nak tau macam mana Professor X boleh lumpuh, soalan tu terjawab dalam movie ni.
Antara watak utama lain ialah Mystique dan Beast. Korang boleh tengok macam mana rupa Beast sebelum dia bertukar rupa menjadi biru. Ell tengok filem ni baru Ell tau Mystique dan Professor X rapat rupanya, dah macam adik beradik. Dan satu lagi watak popular X-Men yang korang boleh tengok ialah Emma Frost yang boleh bertukar menjadi berlian dan kalis peluru.
![]() |
[Watak-watak dalam X-Men. Pics extract from google] |
Ell memang puas hati tengok filem ni. Kalau korang peminat X-Men korang mesti pergi tengok filem ni dan kalau korang bukan peminat X-Men dan baru nak mula tengok, filem ni sesuai sebab filem ni menceritakan permulaan pembentukan X-Men dan bagaimana diorang mula-mula rekrut first batch X-Men ni.
Ini senarai filem X-Men mengikut turutan:
X-Men (2000)
X2 (2003)
X-Men: The Last Stand (2006)
X-Men Origins: Wolverine (2009)
X-Men: First Class (2011)
Elle memang puas hati dapat tengok filem ni lepas tak dapat tengok filem Fast Five dan Pirates of the Carribean: The stranger's Tide.
More info in IMDB.
More info in Wikipedia.
Sunday, May 29, 2011
Movie: Knight and Day
Tweet
Filem ni dah lama sebenarnya tapi Elle suka tengok cerita ni. So sementara tunggu game Man Utd dan Barcelona, kitorang tengok filem ni. Saper suka Mr & Mrs Smith mesti suka filem ni. Action-comedy-romantic, memang best. Knight and Day ni mengisahkan Roy Miller (Tom Cuise) seorang perisik yang dikejar oleh agensinya dengan tuduhan belot kerana melarikan 'bateri' yang dicipta oleh saintis Simon Fleck. Dalam perjalanan ke Boston, Roy bertemu dengan June Havens (Cameron Diaz) yang tidak sepatutnya menaiki penerbangan ke Boston itu.
June akhirnya terperangkap dalam usaha Roy untuk menyelamatkan 'bateri' dan Simon Fleck dari agensi dan pembelot sebenarnya Fitzgerald (Peter Saarsgard). Agensi perisik itu menyangka June bersubahat dengan Roy dan mereka diburu. Macam-macamlah kisah menarik dan lucu terjadi antara mereka. June yang tak biasa dengan situasi tembak menembak selalu panik tetapi Roy sentiasa tenang dalam menangani keadaan dan keselamatan June. Dalam tak sedar kedua-duanya jatuh cinta.
Elle memang minat Mr & Mrs Smith, jadi filem yang sama genre macam ni memang Elle suka. Since filem ni pun dah lama dan DVD filem ni dah dijual. Jadi kalau korang ragu-ragu nak tengok, Elle cadangkan korang tengok filem ni. You will like it. IMDB bagi rating 6.4/10. Nak tau lebih lanjut sipnosis filem ni, tengok kat Wikipedia.
![]() |
[extract from google] |
Monday, May 16, 2011
Filem Cun
Tweet
Elle jarang tengok filem melayu. Banyak tengok filem Hollywood. Tapi malam ni, Elle dan family spend time tengok filem Cun kat rumah. Filem Cun ni lakonan Maya Karin dan Remy Ishak. Sepanjang filem ni kitorang gelak jer. Filem romantik komedi yang menghiburkan.
![]() |
[Image extract from google] |
Cerita Cun mengisahkan pengacara rancangan gosip terkenal Luna Latrisya (Maya Karin) yang sentiasa mencari gosip panas dalam rancangan Meletops. Tapi apabila rating menurun, kisah cinta Luna pula yang menjadi bahan rancangannya sendiri apabila terkantoi tunangnnya Luna, Ryan (Jehan Miskin) bersama pelakon wanita (lakonan Marsha). Kecewa dengan apa yang terjadi, Luna melarikan diri ke kampung pembantunya, Tom (Faezah Elai) di Kedah. Di kampung itulah Luna bertemu dengan Atan (Remy Ishak). Semasa menghabiskan masa bersama Tok Jah (Kartina Aziz), Manis dan Putat, Luna berasa gembira dengan kehidupan di kampung dan mula jatuh cinta dengan Atan dan banyak kejadian yang melucukan berlaku.
Elle ni takde kampung. Bila dapat tengok suasana kampung dengan sawah padi tu rasa best sangat. Rasa tenang. Dan telatah keluarga Atan memang menghiburkan. Biasalah orang bandar masuk kampung, macam-macam yang terjadi tapi Luna tak sombong langsung malah baik dengan adik Atan, Manis yang terencat akal tu. Yang kelakarnya, habis kerbau diorang yang bernama Kembang dimekapkan. Cerita ni memang menghiburkan. Santai dan lawak. Something yang filem melayu perlukan dari berlumba keluarkan cerita seram yang banyak sangat di TV dan wayang. Seriously, membosankan. Elle harap banyak lagi filem melayu yang pelbagai genre dihasilkan berbanding cerita seram je. Kalau korang nak filem yang santai, filem Cun ni sesuai sangat untuk korang tonton. Dah ada kat Astro First. Apa lagi? Langganlah.
Sunday, May 1, 2011
Movie: Thor
Tweet
Sempena Elle mengalami beberapa siri sakit perut ni, Mr Hall yang penyayang (battling eyes) telah membawa Elle keluar dari rumah setelah beberapa hari terperuk di rumah. Untuk menggembirakan hati Elle, Mr Hall bawa Elle tengok filem Thor. Kitorang memang ternanti-nantikan filem-filem dari hero Avengers ni. Hulk, Ironman dan sekarang Thor. Lepas ni Captain America pulak. Mr Hall cakap movie Avengers next year.
![]() |
[Pic from Wikipedia] |
Filem Thor mengisahkan pahlawan yang bernama Thor (Chris Hemsworth) seorang waris kerajaan Asgard yang sombong, degil dan angkuh. Kedegilannya menyerang Jotunheim yang didiami oleh puak Frost Giants. Raja kerajaan Asgard, Odin telah mengambil senjata atau sumber kuasa utama mereka semasa peperangan sebelum ini untuk menghalang puak Frost Giant dari menguasai kesemua 9 alam bermula dengan bumi. Kerana kedegilan Thor, bapanya Odin Alfather telah menghalau Thor ke bumi dan menarik semua kuasa yang ada padanya. Thor kini seperti manusia biasa. Dan King Odin juga telah membuang bersama tukul besi dipanggil Mjolnir ke bumi. Setelah Thor layak mendapat semula kuasanya, Thor akan dapat memiliki semula Mjolnir. Sementara itu, Mjolnir terlekat pada rekahan batu yang sesiapa pun tak boleh mengambilnya.
Di bumi Thor berjumpa dengan Jane (Natalie Portman), pembantunya Darcy (Kat Dennins) dan mentornya Dr Erik Selvig (Stellan Skarsgard). Kecewa dibuang bawanya dan gagal untuk mencabut Mjolnir dari rekahan batu kerana sudah hilang kuasa, Thor belajar untuk menjadi seorang yang penyabar dan menghabiskan masa bersama Jane. Thor juga kecewa apabila Loki (Tom Hiddleston), adiknya turun ke bumi dan memberitahu Thor yang bapa mereka sudah meninggal dunia. Tanpa pengetahuannya, Loki sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Apa agenda Loki dan siapa Loki sebenarnya? Korang kenalah tengok di pawagam.
Saturday, April 23, 2011
Movie: Limitless
Tweet
Pernah tak korang terfikir, apa yang mampu korang lakukan kalau korang dapat access 100% otak korang. Kalau manusia biasa beberapa percent jer yang kita boleh access. Banyak sebenarnya info yang tersimpan dalam otak tapi kita tak mampu access semuanya. Sebab tulah kita akan terfikir, benda ni macam pernah aku baca, macam pernah aku lihat. Semuanya tersimpan dalam otak cuma kita yang tak mampu untuk access otak kita sepenuhnya.
![]() |
[Pics from Wikipedia] |
Selepas kesan ubat tu hilang, Eddie pun kembali kepada dirinya yang asal. Senang cerita, a loser. Eddie pun pergi ke rumah Vernon untuk dapatkan lagi ubat tu dan setuju untuk beli breakfast dan ambil laundry semata-mata nak dapatkan ubat tu. Kalau tak silap Elle sebiji ubat tu berharga USD800. Sebiji ye bukan sepaket. Tapi balik jer dari ambil laundry untuk Vernon, Eddie terkejut tengok Vernon dah jadi mayat kerana ditembak. Selepas panik dan call 911, Eddie teringatkan ubat NZT tu dan terus geladah rumah Vernon. Nasibnya baik sebab dia jumpa ubat NZT tu. Bermulalah hidup Eddie yang baru, lebih baik dan lebih banyak benda yang dia explore. Tapi kena bergantung pada ubat tulah. Eddie berjaya couple balik dengan bekas kekasihnya, Lindy dan dapat menjana duit beribu riban.
Kata bergantung pada ubat yang tak test sepenuhnya, jadi mestilah ada kesan sampingan kan. Eddie mula pening, muntah, badan terlalu aktif sampai dia sendiri tak sedar apa yang dia buat. Bayangkan Eddie tiba-tiba berada di tempat yang lain hanya dengan berjalan kaki. Bila dah sampai satu tempat tu, Eddie sendiri hairan macam mana dia sampai di situ. Sampailah dia berjumpa dengan bekas isterinya, Melissa, kakak kepada Vernon. Melissa pun bagitau yang dia pun guna ubat NZT tu. Tapi dia stop ambil. Orang lain yang ambil NZT tu samada mati ataupun koma. Dan Eddie, apa jadi kat Eddie Mora? Itu korang kena ke panggung.
IMDB kasi rating 7.4/10. Korang lepas tengok, bagilah rating sendiri ye. More info in Wikipedia.
Thursday, April 14, 2011
Movie in Elle's waiting list
Tweet
Banyaknya movie yang Elle ternanti-nati nak tengok. Habislah duit aku. Wargh! Korang pun mesti ada movie yang korang tertunggu nak tengok kan. Ini movie yang Elle nak tengok kat wayang. Kalau tak sempat tu download atau beli DVD le jawabnya. Isk!
APRIL 2011
![]() | ||
Release Date: 21 April 2011 |
![]() | |
[Release Date: 28 April 2011] |
MAY 2011
![]() |
[Release Date: 5 May 2011] |
![]() |
[Release Date: 19 May 2011] |
Abang jack sparrow aiii.... I love you! [Lompat bintang]. Ehem... err.. seterusnya..
JUNE 2011
![]() |
[Release Date: 2 Jun 2011] |
![]() |
[Release Date: 30 June 2011] |
Heroin untuk Transformer 3: Dark of the Moon ni ialah Victoria Secret Angel, Rosie Huntington-Whiteley. Megan who? [Berlari dikejar peminat Megan Fox]
Last but not least, The Twilight Saga: Breaking Dawn. Part 1 will be release 18 Nov 2011 and Part 2 on 16 Nov 2012. Ini ler senarai movie yang Elle tunggu tapi Elle maybe akan tengok movie lain jugak. So once dah tengok, Elle akan review kat sini.
Wednesday, April 13, 2011
Movie: Easy A
Tweet
Hari Elle rasa bosan then Elle pun download lah movie Easy A ni. Elle suka gak tengok teenage movie ni and one of my favourite is mean girl. Easy A ni cerita apa ye? Korang tahu kan macam mana zaman sekarang ni informasi tersebar macam virus and it's worldwide. Itulah yang terjadi dalam cerita ni bila rumours dan gosip tersebar sangat-sangat cepat dan rumours juga yang boleh buat korang famous atau jatuh gedebuk especially benda memalukan.
Easy A mengenai seorang gadis bernama Olive Panderghast (Emma Stone) yang asalnya seorang remaja yang bijak dan tiada sesiapa pun yang beri perhatian padanya. Bermula dengan rumour pertama, asalnya dia menipu pada best friendnya, Rhiannon (Alyson Michalka) yang dia dah hilang dara dengan seorang budak kolej. Olive menipu sebab rimas dengan Rhiannon yang asyik mendesak Olive untuk menceritakan apa yang berlaku pada hujung minggu yang lalu. Padahal, Olive menari-menari dengan anjingnya di rumah sambil mendengar lagu Pocketful of Sunshine.
![]() |
[Pics from Wikipedia] |
Tanpa disedari Marianne yang berada di dalam tandas yang sama terdengar. Marianne ni ekstrimis Kristian. Marianne menyebarkan berita tu dengan cepat. Keesokan harinya, semua orang memandang dan bercakap tentang Olive. Selepas itu, Olive bertemu dengan kawannya Brandon yang selalu dibuli kerana dirinya gay. Brandon memujuk Olive untuk menipu dengan mengatakan mereka telah melakukan seks ketika berada di salah satu party di mana semua pelajar di sekolah itu hadir. Ketika itu jugalah Olive terserempak dengan Todd (Penn Badgley) yang mengingatkan Olive pada game Seven Minutes in Heaven di mana mereka sepatutnya bercium tetapi Todd meminta Olive supaya berbohong kononnya mereka bercium kerana dia tidak bersedia untuk first kiss lagi.
Selepas itu, seorang demi seorang datang meminta bantuan Olive untuk berbohong kononnya dia meniduri mereka. Dengan itu semua losers tu boleh dapatkan perempuan lain. Totally loser. Selepas bergaduh dengan besties Rhiannon dan digelar dirty skank, Olive mula berpakaian seksi dan menjahit huruf A pada setiap pakaiannya, diilhamkan dari buku novel yang mereka gunakan dalam pelajaran The Scarlett Letter. Hinggakan pada suatu hari Olive sanggup membantu guru kaunseling mereka Mrs Griffin yang mempunyai chlamydia dan menjalinkan hubungan sulit dengan kekasih Marianne, Micah. Micah yang panik ketika diberitahu doktor di hadapan ibunya mengatakan penyakit itu berjangkit dari Olive kerana tidak mahu kekasih gelapnya Mrs Griffin dibuang kerja. Kaunseling la sangat kan.
Olive terfikir mengapa ramai yang datang dan minta dia berbohong kononnya mereka melakukan hubungan seks dengan Olive tapi takde seorang pun yang pernah mengajak Olive keluar. Akhirnya Anson yang menjadi pujaan hati Rhiannon, mengajak Olive keluar untuk makan malam. Selepas makan malam, Anson mengeluarkan duit dan Olive bertanya apa yang harus dia bohong untuk Anson. Sebaliknya Anson mahu melakukan hubungan seks dan membayar Olive untuk itu. Olive menolak kerana dia hanya menerima bayaran untuk berbohong. Olive yang sedang menangis ditegur oleh Todd dan dihantar pulang. Apa tindakan Olive selepas itu? Korang beli ler DVD atau download dan tengok movie ni. Menarik gak movie ni.
Kalau nak tau ending cerita tu jugak, bacalah di Wikipedia. Lebih detail siap bagi ending lagi. Filem ni dapat 7.2/10 di IMDB. More info dan barisan pelakon boleh check di IMDB.
Saturday, March 26, 2011
Movie: Sucker Punch
Tweet
Sempena Earth Hour ni, Elle dan Mr Hall pun sambut jugak. Sambut di pawagam. Kira sambutlah kan, tutup lampu semua. Heee... Movie kali ni ialah Sucker Punch. Mr Hall mula-mula tak nak tengok kat wayang sebab Sucker Punch ni sama macam D.O.A (Dead or Alive) di mana perempuan-perempuannya pakai seksi dan lawan tak seberapa tapi seksi jer lebih. Tapi ntah kenapa tadi sebab takde filem yang lebih menarik kot dan dah banyak movie yang kitorang dah tengok, Mr Hall pun ajak Elle tengok Sucker Punch di TGV, Jusco Bandar Perda.
Filem ni mengenai Baby Doll yang kematian ibunya. Baby Doll tinggal bersama adiknya dan bapa tiri. Suatu malam, bapa tirinya cuba untuk merogol Baby Doll. Selepas bergelut dengan bapa tirinya, dia dikunci di dalam bilik dan bapa tirinya beralih untuk merogol adiknya pula. Baby Doll yang menyelinap keluar dari tingkap untuk selamatkan adiknya cuba untuk menembak bapa tirinya tetapi tembakannya tersasar dan terkena adiknya sendiri. Dia dibawa ke Institut Mental oleh bapa tirinya dan di situlah segala fantasinya bermula.
Di institut itu Baby Doll berjumpa dengan Sweet Pea, Rocket, Blondie dan Amber. Bersama mereka Baby Doll merancang untuk melepaskan diri dari Institut itu. Untuk melepaskan diri mereka memerlukan 5 benda.
1. Peta
2. Api
3. Pisau
4. Kunci
5. jeng jeng jeng
Apakah benda yang kelima tue, korang kenalah tengok. Elle confuse gak sebab in the end cerita ni baru Elle faham. Ceritanya macam Inception. Kalau Inception mimpi dalam mimpi, Sucker Punch pulak imaginasi dalam imaginasi. Elle suka part imaginasi berlawan tu. Macam dalam game. Overall tak la menghampakan sebab ada jalan cerita.
Korang boleh baca review dan kritikan di IMDB. Lebih info lagi di Wikipedia.
Watch the trailer.
Movie: 17 Again
Tweet
Semalam bosan-bosan, Elle tengok movie lama, 17 Again lakonan Zac Efron. Filem ni tahun 2009 tapi baru sekarang Elle dapat tengok. Not a fan of his or high school musical but just want to watch that movie but never had a chance before. So Elle pun layan cerita ni di laptop. Well, I gotta say I enjoy the movie. It's about you getting a second chance. Peluang kedua. Kitakan selalu suka cakap,
"Kan bagus dapat balik ke zaman sekolah."
"Sekolah tak best kena pakai uniform. Kolej best" (Ini Mimin nyer ayat)
![]() |
[Pic from IMDB] |
Mike kembali ke sekolah lamanya dan ternampak gambar dia dan basketball team tahun 1989. Dia berbual dengan seorang janitor yang tua dan berkata alangkah bagusnya jika dia dapat kembali menjadi 17 tahun. Janitor tua tu tersenyum. Dalam perjalanan ke rumah Mike ternampak janitor tua sedang berdiri di atas jambatan dan cuba untuk menyelamatkannya. Apa yang terjadi ialah Mike jatuh ke dalam pusaran air dan kembali berumur 17 tahun. Bayangkan korang dah tua bangka, anak 3 tiba-tiba jadi 17 tahun balik. Dengan bantuan best friend dia, Ned, Mike bersekolah bersama anak-anaknya dan waktu itu Mike menyedari yang banyak perkara yang dia tak tahu tentang anak-anaknya. Menyamar sebagai saudara jauh mereka bernama Mark, Mike membantu Alex masuk ke basketball team dan menjauhkan Maggie dari boyfriend nya yang tak serupa orang tu. Mike menjadi rapat dengan keluarganya sendiri tanpa mereka mengetahui yang itu ada bapa mereka dan suami Scarlett.
Dalam diam, Scarlet berasa pelik kerana Mark (bukan nama sebenarnya), terlalu mirip dengan suaminya. Sehinggalah Mike muncul dan membaca surat pada hari kes penceraian mereka dibicarakan, Mike sebenarnya meluahkan apa yang dirasa dan surat yang kononnya dibaca itu sebenarnya lokasi mahkamah. Scarlet berasa pelik tetapi sukar untuk percaya itu sebenarnya Mike. Mike yang patah hati kerana menyangka Scarlett meneruskan hasrat untuk bercerai dengannya.
Pada perlawanan basketball di mana Mike cuba untuk mendapatkan scholarship buat kali kedua, Scarlet datang menonton perlawanan itu. Mike memandang Scarlet dan membuat flying kiss yang hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Terkejut melihat keadaan itu dan tidak menyangka Mike menjadi 17 tahun kembali, Scarlet berlari keluar dari dewan itu, sama seperti apa yang terjadi 20 tahun lalu. Dan Mike membuat perkara yang sama yang dilakukan 20 tahun lalu mengejar Scarlett keluar dari dewan itu. Sewaktu berlari mendapatkan Scarlett, Mike bertukar semula menjadi dewasa. Scarlet yang nampak perubahan itu masih terkejut dan mereka kembali bersama. So tak jadi ler bercerai ye Uols. Inilah dia sipnosis penuh. Korang bosan-bosan boleh tengok filem ni sebab cerita dia memang lawak.
IMDB bagi rating 6.5/10. Full synopsis in English, check in Wikipedia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Iklan Churpchurp
ANYTHING INTEREST YOU?
Jom join Churp Churp
Katakan #taknakseludup dan jauhkan diri dari membeli rokok seludup
Bestnya kulit makin lembap dan ceria berseri bersama krim pencerah ini!
Nak tahu tips untuk temuduga? You should watch this clip
Can you imagine Pacman as the bad guy?
Nak something extra semasa tetamu datang beraya?
Jom join Churp Churp
Katakan #taknakseludup dan jauhkan diri dari membeli rokok seludup
Bestnya kulit makin lembap dan ceria berseri bersama krim pencerah ini!
Nak tahu tips untuk temuduga? You should watch this clip
Can you imagine Pacman as the bad guy?
Nak something extra semasa tetamu datang beraya?