SPECIAL OFFER

Friday, June 3, 2011

Movie: X-Men First Class





Seriously, memang first class. Ell sebagai peminat X-Men dari kecil lagi (kartun dia kat TV of course) dan tengok semua filem X-Men ni rasa happy sangat dapat tengok prequel X-Men kali ni iaitu X-Men First Class. Ell dan Mr Hall memang tertunggu-tunggu filem ni selepas filemX-Men Origins: Wolverine. Dalam semua watak dalam filem ni Ell memang suka dengan Wolverine.

[pics from IMDB]


Ell dan Mr Hall beli tiket wayang ni advance 2 hari. Kalau nak harap pergi hari tu pastu baru nak beli memang takde tiket dah le. Ada pun kerusi depan sekali dan lepas keluar dari wayang kepala kau teleng. X-Men First Class ni mengisahkan pertemuan dua orang founder X-Men, Professor X dan Magneto. Daripada kawan baik ibarat adik dan abang, mereka bermusuh kerana tidak sehaluan. Dan kalau korang nak tau macam mana Professor X boleh lumpuh, soalan tu terjawab dalam movie ni.

Antara watak utama lain ialah Mystique dan Beast. Korang boleh tengok macam mana rupa Beast sebelum dia bertukar rupa menjadi biru. Ell tengok filem ni baru Ell tau Mystique dan Professor X rapat rupanya, dah macam adik beradik. Dan satu lagi watak popular X-Men yang korang boleh tengok ialah Emma Frost yang boleh bertukar menjadi berlian dan kalis peluru.

[Watak-watak dalam X-Men. Pics extract from google]

Ell memang puas hati tengok filem ni. Kalau korang peminat X-Men korang mesti pergi tengok filem ni dan kalau korang bukan peminat X-Men dan baru nak mula tengok, filem ni sesuai sebab filem ni menceritakan permulaan pembentukan X-Men dan bagaimana diorang mula-mula rekrut first batch X-Men ni.

Ini senarai filem X-Men mengikut turutan:
X-Men (2000)
X2 (2003)
X-Men: The Last Stand (2006)
X-Men Origins: Wolverine (2009)
X-Men: First Class (2011)

Elle memang puas hati dapat tengok filem ni lepas tak dapat tengok filem Fast Five dan Pirates of the Carribean: The stranger's Tide.

More info in IMDB.
More info in Wikipedia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...