SPECIAL OFFER

Thursday, August 18, 2011

ERL Setiap Hari

Salah satu daripada kemudahan awam yang Ell guna tiap-tiap hari pergi keje ialah ERL (Express Rail Link) ataupun KLIA Transit. Pagi-pagi buta dah tercangak tunggu ERL datang. Sebelum start keje, Ell dah feeling yang Ell bolehlah lelapkan mata jap sementara nak sampai KL Sentral tapi...... nan hado. Ramai rupanya orang berulang-alik dari Putrajaya/Cyberjaya ke KL. Ell agak maybe pasangan diorang atau family tinggal kat Putrajaya tapi diorang kerja kat KL. So naik ERL jer lah. Tren akan datang setiap 30 minit jadi kalau korang terlepas 1 tren tunggulah lagi 30 minit.
 
[Image from Wikipedia]



Destinasi Ell setiap hari ialah Putrajaya Sentral ke KL Sentral dan sebaliknya. Tambang normal ialah RM9.50 satu hala. Memandangkan Ell travel hari-hari, ERL ada Travel Card untuk mingguan dan bulanan.

Normal: RM 9.50
Mingguan: RM75
Bulanan: RM285

Ni Ell tempek untuk rujukan korang.

KLIA Transit Train Fares




- Free travel for children below two years old. Seat reservations not required.
- Fares and schedules are subject to change. Terms and conditions apply.

Ini pula Travel Card yang Ell guna selalu.




  • Monthly card for travel within 31 days (maximum 60 trips)
  • Weekly card for travel within 7 days (maximum 14 trips)
  • Discounted fare applicable only between specified stations.
  • Travel to other stations is chargeable based onfull one-way fare.
Travel bulanan adalah untuk 30 hari pergi balik bermaksud ada 60 trip yang korang boleh guna. Kalau ikutkan rugi jugak sebab sabtu dan ahad tak guna tapi sebenarnya lebih jimat kalau dikira untuk sebulan. Maybe sabtu atau ahad Ell kena pergi ofis ke nak berseronok tak hengat dunia kat kL ke, Ell dah boleh guna Travel Card ni untuk weekend. Senang sebab pagi-pagi Ell dah tak payah beratur panjang nak beli tiket.
Kadang-kadang ada jugak stewardest Air Asia dan MAS yang naik KLIA TRansit ni. Korang dengar stewardest naik ERL mesti sibuk naik ERL juga kan. Hampeh. Kalau korang dari KL, instead of nak terperuk dalam kereta tersekat dalam jam tu baik korang naik jer ERL ni. Kalau nak direct pergi KLIA boleh naik KLIA Express. Boleh check in lagi di KL Sentral tapi tengok jugalah flight apa. Seingat Ell MAS boleh.

Kalau bukan peek hour, korang boleh duduk, enjoy dan relax sambil menikmati pemandangan indah. Destinasi terakhir ERL ni ialah KLIA. Kalau nak pergi LCCT, korang turun di Salak Tinggi dan ambil shuttle bas ke LCCT. Nak tau lebih lanjut mengenai ERL, korang bolehlah Official Website KLIA Express ni.

Itulah salah satu daripada pengankutan awam yang Ell guna untuk pergi kerja setiap hari. Memandangkan Ell selalu travel during peek hour, berdiri jerlah sepanjang jalan. Perjalanan mengambil masa 20 minit dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral tapi tak terasa sangat pun. Sebab sibuk berangan menikmati pemandangan yang indah.


Important notice:

3 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

jauhnyerr lis duduk, awat x carik yg dkt skit yang oit..tp mmg btul, penat sgt drive...ksu yg taman melati ngan bank negara area nih pun, naik moto jek..tak lalu nak hadap jem tiap ari..

Elle Elyssa said...

dah cari area kl tapi xde yg ok. tapi x kisah pun dok kat cyber ni. lg pun dok ngan adik.

wah, kak su merempit tiap2 ari. cayalah

Anonymous said...

tapi skrg harga dah naik kan. sy beli rumah kat salak tinggi. tp rumah tak siap2 lg. tgh terpk, mcm mn la agknya nnt kl dah ddk salak tinggi tu. kena bgn pkl berapa. dah tak blh nak lewat2.. waaaaa..!! sedihnyaaaaaaaa... :((

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...