PHD ni dah jadi satu penyakit fitnah yang kronik. Lebih menyedihkan bila PHD ni ada pada sedara mara kita sendiri atau kawan-kawan rapat. Kau nak dengki-dengki pun sedara mara kau jugak. Kawan-kawan yang dengki pulak jadilah episod tikam belakang atau backstabbers. Ell dan Mummy bukanlah spesis yang suka cakap besar malah kitorang ni bersederhana jer. Tak elok riak, nanti Allah marah. Turun bala masa tu juga, apa kau nak buat?
Sebab ada penyakit PHD ni lah, ada yang ekstrimis sampai menggunakan ilmu hitam atau yang lebih pyscho bunuh jer terus. Tengoklah apa yang didengkikan tu. Dengki dengan kekayaan, kebahagiaan, kecantikan dan keseronokan orang lain. Kononnya, eleh tak heran pun si Senah tu dapat kerja besar. Anak aku pun kerja besar gak. Padahal nan adooo. Kesianlah anak tu dibandingkan dengan orang lain padahal cari rezeki yang halal. Rezeki masing-masing kan. Siapa yang usaha dialah yang dapat. Usaha di sini bermaksud usaha dengan ikhlas dan gigih ye, bukan usaha untuk menjatuhkan orang dan mengipas bos malah ada yang menggunakan aircond. Dasyat!!! Lebih menyedihkan anak dia pun join sekali berkompang dengan mak dia.
AKULAH HEBAT!!
Lebih menakutkan bila Ell baca surat khabar especially Harian Metro, menakutkan betul orang-orang yang ada PHD ni. Dah sampai tahap membunuh. Banyaknya tentang dengki dengan kebahagiaan orang lain. Dengan menggunakan moto "Kalau aku tak dapat kau, siapa pun tak boleh dapat", beramai-ramailah bekas kekasih atau kekasih yang menyembelih pasangan mereka seperti menyembelih lembu pada Hari Raya Korban. Ini namanya kasihku terkorban. Pastu salahkan syaitan padahal syaitan pun lari tengok perangai ko. Takut Ell tengok. Dah jadi satu trend sembelih menyembelih orang macam sembelih ayam ni. Sah psycho.
Ell kalau tengok orang lain gembira dan bahagia, Ell tumpang gembira sebab Allah murahkan rezekinya. Mungkin orang tu dah berusaha bersungguh-sungguh jadi berbaloi segala usahanya. Kalau dah usaha tapi takde rezeki juga, mungkin Allah nak uji kita setakat mana kesabaran dan semangat kita. Alhamdulillah juga Mummy pun bukannya jenis orang yang suka bercakap besar tentang diri dan anak-anaknya. Nyampah tau kalau orang yang cakap besar ni bila kita tahu keadaan sebenarnya, tapi nak juga dia menipu tambah segala garam, perisa Cukup Rasa Maggi nak bagitau yang dia dan anak-anak yang nan adooo tu hebat. Kalau ko hebat pun so what? Bukan dapat hadiah pun. Tak matang sungguh. Kalau budak-budak fahamlah, kata budak-budak kan. Kadang-kadang nak tergelak pun ada gak dengar kisah dongeng dia tapi dengarkan je lah. Dah dia dengki ngan kita kan.
Ell pun pelik gak kadang-kadang dengan orang yang dengki ngan Ell ni. Ell ni bukannya Gisele Bunchen atau Adriana Lima. Ops! Kenal ke? Kata mentaliti rendah kan. Takpelah, kita pakai contoh yang senang, Siti Nurhaliza. Ell suka sangat tengok Dato Siti sebab Ell pernah jumpa dia secara live kat Mid Valley few years back. Memang cantik sangat dan kulit sangat flawless. Sebab dia senang, ada business sendiri, kerjaya yang legend dan hebat, orang dengki kat dia. Dulu masa dia baru lagi dalam dunia seni orang cerca dia. Dah senang dan ada nama sendiri pun orang nak cerca jugak. Cerca mencerca bukan amalan kita tapi spesis PHD.
Dah lama tak update blog ni, terus update luahan hati. Hampeh tul. Pesanan kepada spesis PHD,
"BAWA-BAWALAH BERTAUBAT.
BERSIHKANLAH HATI TU SEMPENA BULAN RAMADHAN NI."
3 comments:
lama xupdate mcik...:)
tak brani nak kata kat org..mungkin diri ni biasa2 jek, tp ada anak, tak tau apa yg akan jd kat anak2 kita..so, doakan yg terbaik buat semua..semoga doa yg baik tu akan dapat ke kita semula..:)
tu la pasal. sekali update terus emosi. setuju ngan kak su. daripada dengki dan burukkan orang lain, baik kita doakan yg terbaik buat semua orang. tapi sedih tau bila orang burukkan kita padahal tak buat apa-apa pun :(
i agree ngan u elle... biasanya orang ni memang cenggitu... kita x usik dia, dia usik kita...tapi bila orang sekali usik dia mula la dia melenting.... phd tu memang dah jadi typical sangat amongst malaysian... :(
Post a Comment