SPECIAL OFFER

Monday, August 22, 2011

Iftar di Marriot

Iftar! Hari Jumaat lepas Ell dapat makan free di J.W.Marriot yang disponsor oleh company yang Ell bekerja. Wah exicted ni especially pada hari tersebut. Selalunya tunggu time habis kerja sebab nak balik rumah tapi kali ni exicted tunggu nak balik sebabnya nak berbuka puasa di J.W.Marriot. Company yang bayar kan. Nak harap duit sendiri nan hado. Bazar je la jawabnya.

Habis jer kerja terus pergi J.W.Marriot tapi memandangkan masih awal lagi, kitorang sempat singgah ke Pavilion. Sempatlah window shopping. Tengah sengkek kan tunggu gaji. Jadi windows shopping jer lah. Masa nak balik ke JW Marriot tu, hujan lebat. Nasib baik Ell selalu bawa protection. Payung! Tapi tak cukup nak payungkan kelima-lima kitorang ni, jadinya sorang je yang tumpang, yang lain berlarilah dalam
hujan. Ala-ala hindustan pun ada.



Masuk je ke tempat berbuka di tingkat 4, banyak stall yang dah ready. Tapi lupa lak nak ambil gambar sebab exicted sangat nak ambil makanan. Memang patut ambil cepat pun sebab orang makin ramai dan beratur panjanglah jugak nak ambil makanan. Nasib baik Ell cepat dan tangkas. Ambil makanan pun ambil untuk semua satu meja. Rajin kan. Bertuah bakal mak mertua Ell. Ngeee...

Ini di antara makanan yang sempat snap. Main course semestinya Nasi putih / Nasi Tomato (saya mesti pilih), lauk pauk yang Ell ambil Daging Masak Pedas, Rendang Daging, Tonggeng Ayam dan sayur Masak Lemak Pucuk Paku. Ada lagi lauk lain macam Keli Masak Cili, Ikan Bakar, Daging BBQ dan banyaklah lagi. Satay pun ada satay ayam dan daging. Nasib baik Ell ambil awal, kalau lambat beratur panjanglah jawabnya. Sempat lagi ambil salad tapi pastanya besar giler. Yang penting bila dah bercampur dengan dressing Thousand Island sangatlah menyelerakan. Dessert pun ada bread pudding, Chocolate Cake dan banyaklah lagi. Mula-mula masuk dah nampak desserts dulu. Macam mana tu, appetizer pun belum dah melompat ke desserts.


[Penuh meja. Makanlah korang]


[Nasi Tomato dan lauk pauk Ell yang punya]

[Nak minum? Minta Kak Odah yang tuangkan]

[One of the dessert siap ada peach lagi tu. I loike!]
 
[Satay kegemaran ramai.]
Ada roti canai, nasi ayam, laksa, bubur, sup, cendol dan banyak lagi makanan menanti. Cuma sup tomyam tu Ell kecewa sebab tak rasa tomyam. Tercari-cari jugak spagethi sebab selalunya buffet ada spagethi. Takde pun takpelah. Tak merasa pun semua makanan. Air yang disediakan atas meja ialah air sirap. Semua takut nak tuang tapi yang expert tuang air ialah Kak Odah. Sangat bergaya. Air lain yang self service ialah air tebu, air soya, teh tarik dan ada lagi 2 air Ell tak ingat air apa. Keseluruhannya memang memuaskan dan sedap. Ell kenyang sampai ke time berbuka esoknya. Serius ni bukan main-main. Sahur makan kurma je.

Ell happy sangat dapat peluang untuk berbuka kat Marriot dengan officemates. Macam-macam lawak sampai dah sakit perut gelak. Dah le perut penuh dan kekenyangan. Syukur Alhamdulillah. Dalam Ramadhan kali ni, ini antara Iftar yang menarik dan Ell puas makan. Iftar lain yang bestnya mestilah dengan Mr Hall.

Ramadhan tinggal lagi seminggu. Kalau korang teringin boleh lah ke J.W.Marriot sebab harga dia actually not bad. Refer below:

Priced at RM54.00++ per person at the Starhill Conference Centre (Level 4) and RM68.00++ per person at the poolside (level 6).
For reservations, call 03-2719 8666 or e-mail to bukapuasa@ytlhotels.com.my

Info source.

Ada sesetengah hotel lagi mahal, jadi apa lagi, buat reservation cepat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...