Iftar kali ni pula kat Secret Recipe, One Utama (OU). OU kan besar, penat jugak mencari restoran untuk booking. Mulanya nak book meja di Paparich tapi diorang tak buat booking untuk buka puasa. Frust. Kalau nak pergi last minit terhegeh-hegeh nak cari tempat memang kirim salam je la. Ini nak makan untuk berbuka. So, kitorang teruslah berjalan lagi dan akhirnya decide nak makan kat Secret Recipe.
Selalunya restoran akan buat offer kan sempena Ramadhan ni. Kat Secret Recipe, setiap course meal akan dapat percuma kurma dan air sirap. Kalau nak jimat tak nak order air pun boleh. Jadi dalam pukul 4 camtu kitorang booking meja dan siap bayar di Secret Recipe. Sementara menunggu tu kitorang jalan-jalan lagi window shopping. Cepatlah weh masuk gaji. Ehem! Maaf teremo.
Banyak lagi restoran yang buat offer sempena bulan Ramadhan ni tapi memandangkan kitorang pun dah booking tak kisahlah. Janji ada tempat untuk berbuka. Sempat lagi singgah di Secret Garden yang ada di roof top sementara tunggu waktu berbuka. Best sangat dapat jalan tengok pokok. Terapi mata katanya tapi tetap rabun. Dalam 6.50 petang kitorang pun pergilah ke Secret Recipe. Dah ramai orang. Ada yang datang last minit tapi memang dah penuh. Masa pukul 4 camtu Ell jalan-jalan ngan Mr Hall pun dah banyak sebenarnya restoran yang dah penuh. Nasib baik cepat. Pandai diorang set masa sebab makanan sempat dihidang sebelum berbuka. Macam biasalah, bila berbuka dalam shopping complex ni, aku tengok kau, kau tengok aku. Tunggu dah boleh berbuka ke belum. Tapi waitress Secret Recipe yang comel ni datang dari meja ke meja bagitau dah boleh berbuka. Kalau kedai mamak dah jerit dah, "Sudah boleh! Sudah boleh". Makanan Secret Recipe mana-mana pun samalah. Still sedap.
|
[Assam Chicken with Plain Rice - RM15] |
|
[Fried Rice with Satay - RM13.80] |
|
[Air Sirap - FREE] |
|
[Kurma - FREE] |
|
[Jasmine Green Tea - RM6] |
|
[Chocolate Milkshake - RM8.50] |
Alhamdulillah, puas makan hari ni. Secret Recipe ni terletak di New Wing. Dekat dengan lift nak ke Secret Garden tu. Hari sebelum ni, lepas jalan-jalan di Jalan TAR dan Jalan Masjid India, kitorang beli juadah berbuka kat Bazar Ramadhan Wangsa Maju. Rasa macam nak bawa Bazar ni ke Cyberjaya. Boleh pergi tiap-tiap hari. Makanannya memang menyelerakan.
Weekend kali ni rezeki kitorang murah. Dapat makan yang sedap-sedap. Hari biasa apa yang sempat je. Kadang-kadang tu sedih sebab dah la mahal tapi tak sedap. Seminggu lagi untuk berbuka puasa. Takpe, lepas ni kalau rasa nak berbuka puasa, silalah puasa sunat atau puasa ganti ye.
No comments:
Post a Comment