SPECIAL OFFER

Monday, October 24, 2011

Movies 80's Yang Best

Setelah kesangapan dan kepeningan setelah menyiapkan kerja ni, aku pun mulalah surf IMDB. Kemudian terjumpa pula dengan satu senarai filem tahun 80-an. Memang tak dinafikan zaman 80-an dulu memang banyak movie yang menarik. Aku tak pernah jemu tengok movie ni dari kecil (80's) sampailah sekarang. Kalau korang pun babies in 80's, korang mesti familiar dengan movie ni. Ini antara senarai movie yang aku suka tengok.


1. Back To the Future I (1985), II (1989) & III (1990).




Cerita ni sangat legend dan sangat best. Michael J Fox sangat famous sebab movie ni. Ini citer futuristik dari imaginasi orang 80-an. Sampai sekarang masih takde kereta yang boleh terbang.

2. Indiana Jones...



Aku suka tengok cerita Indiana Jones ni dari Raiders of the Lost Ark (1081) sampailah yang terbaru Indiana Jones and the Kingdom of Crystal Skull (2008). Memang terbaiklah. Tambahan lagi aku suka filem genre adventure macam ni. Tiba-tiba rasa macam nak buat marathon tengok Indiana Jones ni.

3. Coming to America

Memang lawaklah bila Putera raja dari negara lain yang nak cari isteri yang bijak, bukannya isteri yang hanya menurut perintah. Putera ni pun membawa diri ke Amerika untuk mencari isteri yang bijak. Bayangkanlah putera raja yang gosok gigi sendiri pun hamba abdi yang gosokkan, sanggup hidup susah untuk mencari cinta. Filem melayu pun ada juga buat filem macam ni. Tajuk filem tu Putera.

4. Short Circuit I (1986) & II (1988)

Robot Johnny 5 ni memang macam manusia. Siap ada perasaan lagi dan sangat comel.

5. Mannequin

Citer ni sangat best. Kalau korang tau lagu "Nothing Gonna Stop Us Now", itulah lagu dalam soundtrack filem ni. Roh seorang gadis yang hidup di zaman Mesir masuk ke dalam badan patung pada zaman sekarang. (Masa zaman 80's tu le). Patung ni dibina oleh Jonathan Switcher yang akhirnya dapat peluang untuk menjadi penghias patung (aku lupa lak nama kerja tu) di satu shopping mall. Yang bestnya, patung ni hanya hidup bila berduaan dengan Jonathan saja. Kalau korang peminat Sex & the City, korang mesti familiar dengan watak Samantha lakonan Kim Catrall tu kan? Itulah patung dalam filem ni. Ada sekuel kedua, Mannequin 2 tapi kurang best.

6. My Stepmother is an Alien

Aku lupa macam mana alien ni boleh kawen dengan bapak dia tapi alien ni baik sangat dan finally in love dengan suami dia yang manusia tu. Yang bestnya, handbag dia tu sebut apa je, benda tu akan keluar.

7. When Harry Met Sally

Filem ni pun agak legend. Soooo romantic.

8. High Spirits

Aku suka sangat cerita ni tapi tak dapat cari. DVD ke download ke memang tak jumpa. Filem tentang istana lama yang digunakan oleh seorang lelaki yang kononnya berhantu dan nak tarik minat pelancong untuk mendapatkan duit. Memang tak menjadi langsung taktik dia nak menakutkan pelancong-pelancong tu. Tapi satu hari, salah seorang daripada pelancong tu sendiri terserempak dengan hantu perempuan yang cantik jelita. Terus jatuh chenta.

9. Neverending Story I, II & III

Cerita fantasy dari buku cerita yang sangat best. Nak tengok lagiiiiiii......

10. The Naked Gun (1988)

Korang suka filem Pink Panther dan Johnny English? Ini filem genre yang sama. Sewel, mengarut dan agak tak senonoh sebenarnya tapi memang lawak giler.

Ini baru Part 1, nanti aku sambung pula Part 2. Kan dah cakap banyak filem best masa 80-an.

4 comments:

shazlynn fazlynn said...

HEEHEH ADA ANTARA FILEM DI SITU YANG PERNAH DI TONTON SANGAT BEST...TAPI NOW NAK TENGOK LAGI TAPI DAH TAK ADA
;(

Me Elyssa said...

kannn..... banyak movie yang susah nak cari.

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

cerita kegemaran ksu dan mamu sepanjang zaman ialah grease lakonan john travolta ngan olivia newton john... nak carik CD dia x jumpa2 gak smpai skrg...mmg best sungguh, teringat2 kegedikan semua pelakonnya..

Me Elyssa said...

citer paling best zaman 70's dulu. favourite lyss dan mama. kami mesti pilih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...