SPECIAL OFFER

Monday, October 31, 2011

Freshkon dan Ipanema

Hari tu aku cakap kat Mr Hall yang kitorang asyik kerja je dan tak spend apa-apa pun untuk diri sendiri. Kalau beli pun barang keperluan. Jadi last weekend kitorang pun shoppinglah sikit untuk diri sendiri. Aku dan Mr Hall jalan-jalan kat Alamanda lepas balik kerja, kat center Alamanda tu ada promotion Focus Point. Ada jual cermin mata, sunglasses, contact lens dan solution untuk contact lens. Aku memang dah plan ada duit sikit nanti nak beli colour contact lens. Yang membuatkan aku teruja tu, Fresh Kon Fusion ada promotion buy 2 free 1 dengan harga RM120. Satu kotak untuk sepasang boleh pakai untuk sebulan. Alang-alang beli 3 kotak terus aku sambar warna biru, kelabu dan coklat. Kelabu dan brown ni memang dah biasa pakai cuma biru ni aku was-was sikit sebab takut bila pakai nanti nampak cam hantu. Sebabnya ada di antara member aku yang pakai contact lens biru tapi nampak macam hantu. Tambah pula dengan bedak ala tepung. Sangat scary okay! Tapi setelah dibelek-belek, warna biru ni gelap sikit jadi aku pun ambillah.


[FreshKon Fusion]

[3 warna kecuali hijau]
First time nak pakai nervous gak aku sebab tak tau macam mana rupa aku nanti. Kalau muka dah sambal belacan tu, walaupun bermata biru tetap sambal belacan. Adakah kemungkinan nanti Mr Hall jalan satu kilometer dari aku sebab tak sanggup jalan seiringan? Alhamdulillah! Muka aku tak horror dan aku rasa lens ni enlarge mata aku jadi lebih besar ala kartun anime. Yang penting Mr Hall suka. Bukan setakat promotion buy 2 free 1 tapi aku dapat free gift cermin fresh kon dan recycle bag. Bila dah beli contact lens kena le beli solution atau pencucinya. Maka aku ditarik oleh salesgirl Complete untuk beli solution ni pula. Selalunya memang aku akan pakai Complete atau Solo Care jer. Brand Renu tak sesuai untuk mata aku sebab bila aku cuci dan rendam, atau bila cuci dan pakai, mata aku sakit macam ditoreh. Beli le promotion 2 kotak besar free 2 travel pack (botol kecil), dapat free travel pack lagi satu dan travel pack untuk Brand baru. Plus aku dapat main game dan menang Complete titik mata. Walaupun aku rabak aku tau salesgirls tu sangat gembira.


[Solution pilihan hati]

[Solution baru di pasaran. Dapat travel pack untuk percubaan. Mahal sikit dari Complete]
The next day, kitorang pergi Midvalley. Dah 2 tahun aku tak datang sini. Pernah sekali kitorang datang Midvalley tapi tak dapat cari parking. Akhirnya, aku pergi bayar tiket dan kitorang terus keluar. Membazir duit tiket dan minyak kereta je. Tak banyak berubah dan ramai sungguh manusia. Weekend le katakan. Mr Hall memang plan nak cari perfume dan akhirnya tertarik nak beli Armani sebab Mr Hall selalunya akan pakai Armani atau Hugo Boss. Dapat beli satu set perfume plus deodorant, dapat pula bergambar ala model. Seronoklah Mr Hall bergambar. Lepas tu Mr Hall terus ajak aku masuk ke Studio R. Part yang dituju ialah Ipanema. Aku minat few sandals yang memang cantik-cantik tapi lebih suka Ipanema Designer by Gisele Bundchen. Lagipun kasut Ipanema aku yang bertahan selama 2 tahun tu tapaknya dah haus dan rupa pun dah buruk. Nangessss! Happylah aku bila Mr Hall belikan sandal baru. 

[IPANEMA Gisele Bundchen Grenada Ladies Flip Flop Lilac]
Klik gambar kasut untuk ke website Ipanema.

[My new Baby]


[Nama kat sandal ni yang penting okay, ]

Apa lagi yang aku buat masa weekend? Nanti aku update lagi.

4 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

so..??apa feel lepas pakai sandal tu, adakah anda rasa segojes gisele jugak..?? hehehehe...auuwwww i like her leg, so panjang...hehehe

Elyssa said...

tetiba jer catwalk. meow meow. kasut ipanem yg lama tu dah haus dah tapak dia. itu yg beli baru. 2 thn pakai sandal lama tu

intan Norafzan said...

aku pun suka pakai ipanema....slalu ada sale kd RSH kan. hehe

Elyssa said...

sale???? dua2 kasut ipanema aku beli kat studio r. takde sales pun. RSH tu apa? ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...