SPECIAL OFFER

Saturday, March 26, 2011

Movie: 17 Again





Semalam bosan-bosan, Elle tengok movie lama, 17 Again lakonan Zac Efron. Filem ni tahun 2009 tapi baru sekarang Elle dapat tengok. Not a fan of his or high school musical but just want to watch that movie but never had a chance before. So Elle pun layan cerita ni di laptop. Well, I gotta say I enjoy the movie. It's about you getting a second chance. Peluang kedua. Kitakan selalu suka cakap,
"Kan bagus dapat balik ke zaman sekolah."
"Sekolah tak best kena pakai uniform. Kolej best" (Ini Mimin nyer ayat)

[Pic from IMDB]
Ceritanya mengenai Mike O'Donnel (Zac Efron), pemain basketball yang hebat di Hayden High School mengorbankan peluang mendapat scholarship ke kolej untuk mengahwini kekasihnya yang mengandungkan anak mereka. 20 tahun kemudian kita dapat lihat Mike (Matthew Perry) menumpang di rumah best friendnya kerana dalam proses penceraian dengan isterinya, Scarlett (Leslie Mann). Anak-anaknya Maggie dan Alex tidak mempedulikannya. Scarlett minta cerai sebab selama 20 tahun Mike asyik merungut yang hidupnya akan lebih baik kalau dia dapat masuk ke kolej.

Mike kembali ke sekolah lamanya dan ternampak gambar dia dan basketball team tahun 1989. Dia berbual dengan seorang janitor yang tua dan berkata alangkah bagusnya jika dia dapat kembali menjadi 17 tahun. Janitor tua tu tersenyum. Dalam perjalanan ke rumah Mike ternampak janitor tua sedang berdiri di atas jambatan dan cuba untuk menyelamatkannya. Apa yang terjadi ialah Mike jatuh ke dalam pusaran air dan kembali berumur 17 tahun. Bayangkan korang dah tua bangka, anak 3 tiba-tiba jadi 17 tahun balik. Dengan bantuan best friend dia, Ned, Mike bersekolah bersama anak-anaknya dan waktu itu Mike menyedari yang banyak perkara yang dia tak tahu tentang anak-anaknya. Menyamar sebagai saudara jauh mereka bernama Mark, Mike membantu Alex masuk ke basketball team dan menjauhkan Maggie dari boyfriend nya yang tak serupa orang tu. Mike menjadi rapat dengan keluarganya sendiri tanpa mereka mengetahui yang itu ada bapa mereka dan suami Scarlett.

Dalam diam, Scarlet berasa pelik kerana Mark (bukan nama sebenarnya), terlalu mirip dengan suaminya. Sehinggalah Mike muncul dan membaca surat pada hari kes penceraian mereka dibicarakan, Mike sebenarnya meluahkan apa yang dirasa dan surat yang kononnya dibaca itu sebenarnya lokasi mahkamah. Scarlet berasa pelik tetapi sukar untuk percaya itu sebenarnya Mike. Mike yang patah hati kerana menyangka Scarlett meneruskan hasrat untuk bercerai dengannya.

Pada perlawanan basketball di mana Mike cuba untuk mendapatkan scholarship buat kali kedua, Scarlet datang menonton perlawanan itu. Mike memandang Scarlet dan membuat flying kiss yang hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Terkejut melihat keadaan itu dan tidak menyangka Mike menjadi 17 tahun kembali, Scarlet berlari keluar dari dewan itu, sama seperti apa yang terjadi 20 tahun lalu. Dan Mike membuat perkara yang sama yang dilakukan 20 tahun lalu mengejar Scarlett keluar dari dewan itu. Sewaktu berlari mendapatkan Scarlett, Mike bertukar semula menjadi dewasa. Scarlet yang nampak perubahan itu masih terkejut dan mereka kembali bersama. So tak jadi ler bercerai ye Uols. Inilah dia sipnosis penuh. Korang bosan-bosan boleh tengok filem ni sebab cerita dia memang lawak.

IMDB bagi rating 6.5/10. Full synopsis in English, check in Wikipedia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...