SPECIAL OFFER

Saturday, April 23, 2011

Movie: Limitless





Pernah tak korang terfikir, apa yang mampu korang lakukan kalau korang dapat access 100% otak korang. Kalau manusia biasa beberapa percent jer yang kita boleh access. Banyak sebenarnya info yang tersimpan dalam otak tapi kita tak mampu access semuanya. Sebab tulah kita akan terfikir, benda ni macam pernah aku baca, macam pernah aku lihat. Semuanya tersimpan dalam otak cuma kita yang tak mampu untuk access otak kita sepenuhnya.

[Pics from Wikipedia]
Itulah yang terjadi pada Eddie Mora (Bradley Cooper) selepas berjumpa dengan bekas adik iparnya Vernon. Eddie seorang penulis, rumahnya bersepah dan dirinya sendiri pun tak terurus. Eddie masih berkawan dengan bekas kekasihnya Lindy (Abbie Cornish). Selepas terserempak dengan Vernon, Eddie telah diperkenalkan dengan sejenis ubat yang bernama NZT yang membolehkan manusia access info sepenuhnya dari otak kita. Selepas telah ubat itu, Eddie tiba-tiba jer jadi bijak, lebih peka dengan keadaan sekeliling, lebih bertenaga dan baru sedar yang rumas dia bersepah tahap tong sampah. Betul korang. Lepas makan ubat tu, baru Eddie sedar, macam manalah dia boleh hidup dalam rumah tu.

Selepas kesan ubat tu hilang, Eddie pun kembali kepada dirinya yang asal. Senang cerita, a loser. Eddie pun pergi ke rumah Vernon untuk dapatkan lagi ubat tu dan setuju untuk beli breakfast dan ambil laundry semata-mata nak dapatkan ubat tu. Kalau tak silap Elle sebiji ubat tu berharga USD800. Sebiji ye bukan sepaket. Tapi balik jer dari ambil laundry untuk Vernon, Eddie terkejut tengok Vernon dah jadi mayat kerana ditembak. Selepas panik dan call 911, Eddie teringatkan ubat NZT tu dan terus geladah rumah Vernon. Nasibnya baik sebab dia jumpa ubat NZT tu. Bermulalah hidup Eddie yang baru, lebih baik dan lebih banyak benda yang dia explore. Tapi kena bergantung pada ubat tulah. Eddie berjaya couple balik dengan bekas kekasihnya, Lindy dan dapat menjana duit beribu riban.

Kata bergantung pada ubat yang tak test sepenuhnya, jadi mestilah ada kesan sampingan kan. Eddie mula pening, muntah, badan terlalu aktif sampai dia sendiri tak sedar apa yang dia buat. Bayangkan Eddie tiba-tiba berada di tempat yang lain hanya dengan berjalan kaki. Bila dah sampai satu tempat tu, Eddie sendiri hairan macam mana dia sampai di situ. Sampailah dia berjumpa dengan bekas isterinya, Melissa, kakak kepada Vernon. Melissa pun bagitau yang dia pun guna ubat NZT tu. Tapi dia stop ambil. Orang lain yang ambil NZT tu samada mati ataupun koma. Dan Eddie, apa jadi kat Eddie Mora? Itu korang kena ke panggung.

IMDB kasi rating 7.4/10. Korang lepas tengok, bagilah rating sendiri ye. More info in Wikipedia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...