SPECIAL OFFER

Sunday, January 15, 2012

Movie: Songlap

Filem dan drama kita banyak menyajikan kisah cinta. Cinta tak kesampain, cinta 3 segi, cinta bentuk pentagon dan banyak lagi tapi ada tak cerita pasal persaudaraan? Persaudaraan sesama adik beradik perempuan maybe ada tapi lelaki? Lelaki kan ego. Walaupun sayang adik beradik takdenya dia tunjuk atau peluk. Maybe ada atau I tak teringat sekarang ni tapi filem Songlap arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak ada elemen persaudaraan tentang 2 adik beradik lelaki. Pemilihan pelakon yang bagus, dapat menghidupkan watak seolah-olah kita menonton suatu realiti, bukannya lakonan. Lakonan Shaheizy Sam dan Shafie Naswip memang patut dipuji sampai ada ketika dalam filem ni hati I tersentuh melihat persaudaraan dua beradik ni.

[Image from Google]



Jalan cerita mengenai Am(Shaheizy Sam) dan Ad(Shafie Naswip) yang menyara hidup dengan terlibat dalam sindiket penjualan bayi kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Anak-anak ini diperolehi dari perempuan-perempuan yang mengandung luar nikah atau dipanggil terlajak dan tidak mahukan bayi mereka. Walaupun perbuatan ni keji tapi bagi aku lebh baik dari menggugurkan kandungan atau buang bayi dalam tong sampah. At least denga cara ini, bayi-bayi itu diberikan pada orang yang mahukan mereka. But then, niat tidak menghalalkan cara dan bagi mereka, it; all about business. Tambah lagi dengan ibu yang mereka hanya melihat dari jauh dan tidak pernah kenal anak-anaknya. Sampailah Ad bertemu dengan Hawa (Sara Ali) adik kepada teman baiknya yang mati kerana dadah, Ad cuba melarikan Hawa dan bayi itu ke Pahang, tempat kakak Hawa tinggal. Bagaimana Hawa mengandung anak luar nikah? Terlajak atau dirogol?

I suggest korang tengoklah filem ni. Lain dari kebiasaan, penuh dengan isi. Bila kita merungut dengan hidup dan apa yang kita ada, pernahkah kita terfikir bagaimana orang lain survive? Thanks for a great movie.
Shaheizy sangat berbakat dan dia boleh bawak watak lebih berat berbanding watak sebagai mat rempit atau mat motor.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...