SPECIAL OFFER

Saturday, March 26, 2011

Movie: Sucker Punch





Sempena Earth Hour ni, Elle dan Mr Hall pun sambut jugak. Sambut di pawagam. Kira sambutlah kan, tutup lampu semua. Heee... Movie kali ni ialah Sucker Punch. Mr Hall mula-mula tak nak tengok kat wayang sebab Sucker Punch ni sama macam D.O.A (Dead or Alive) di mana perempuan-perempuannya pakai seksi dan lawan tak seberapa tapi seksi jer lebih. Tapi ntah kenapa tadi sebab takde filem yang lebih menarik kot dan dah banyak movie yang kitorang dah tengok, Mr Hall pun ajak Elle tengok Sucker Punch di TGV, Jusco Bandar Perda.

Filem ni mengenai Baby Doll yang kematian ibunya. Baby Doll tinggal bersama adiknya dan bapa tiri. Suatu malam, bapa tirinya cuba untuk merogol Baby Doll. Selepas bergelut dengan bapa tirinya, dia dikunci di dalam bilik dan bapa tirinya beralih untuk merogol adiknya pula. Baby Doll yang menyelinap keluar dari tingkap untuk selamatkan adiknya cuba untuk menembak bapa tirinya tetapi tembakannya tersasar dan terkena adiknya sendiri. Dia dibawa ke Institut Mental oleh bapa tirinya dan di situlah segala fantasinya bermula.




Di institut itu Baby Doll berjumpa dengan Sweet Pea, Rocket, Blondie dan Amber. Bersama mereka Baby Doll merancang untuk melepaskan diri dari Institut itu. Untuk melepaskan diri mereka memerlukan 5 benda.
1. Peta
2. Api
3. Pisau
4. Kunci
5. jeng jeng jeng

Apakah benda yang kelima tue, korang kenalah tengok. Elle confuse gak sebab in the end cerita ni baru Elle faham. Ceritanya macam Inception. Kalau Inception mimpi dalam mimpi, Sucker Punch pulak imaginasi dalam imaginasi. Elle suka part imaginasi berlawan tu. Macam dalam game. Overall tak la menghampakan sebab ada jalan cerita.







Korang boleh baca review dan kritikan di IMDB. Lebih info lagi di Wikipedia.
Watch the trailer.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...