SPECIAL OFFER

Monday, May 16, 2011

Filem Cun





Elle jarang tengok filem melayu. Banyak tengok filem Hollywood. Tapi malam ni, Elle dan family spend time tengok filem Cun kat rumah. Filem Cun ni lakonan Maya Karin dan Remy Ishak. Sepanjang filem ni kitorang gelak jer. Filem romantik komedi yang menghiburkan.

[Image extract from google]

Cerita Cun mengisahkan pengacara rancangan gosip terkenal Luna Latrisya (Maya Karin) yang sentiasa mencari gosip panas dalam rancangan Meletops. Tapi apabila rating menurun, kisah cinta Luna pula yang menjadi bahan rancangannya sendiri apabila terkantoi tunangnnya Luna, Ryan (Jehan Miskin) bersama pelakon wanita (lakonan Marsha). Kecewa dengan apa yang terjadi, Luna melarikan diri ke kampung pembantunya, Tom (Faezah Elai) di Kedah. Di kampung itulah Luna bertemu dengan Atan (Remy Ishak). Semasa menghabiskan masa bersama Tok Jah (Kartina Aziz), Manis dan Putat, Luna berasa gembira dengan kehidupan di kampung dan mula jatuh cinta dengan Atan dan banyak kejadian yang melucukan berlaku.

Elle ni takde kampung. Bila dapat tengok suasana kampung dengan sawah padi tu rasa best sangat. Rasa tenang. Dan telatah keluarga Atan memang menghiburkan. Biasalah orang bandar masuk kampung, macam-macam yang terjadi tapi Luna tak sombong langsung malah baik dengan adik Atan, Manis yang terencat akal tu. Yang kelakarnya, habis kerbau diorang yang bernama Kembang dimekapkan. Cerita ni memang menghiburkan. Santai dan lawak. Something yang filem melayu perlukan dari berlumba keluarkan cerita seram yang banyak sangat di TV dan wayang. Seriously, membosankan. Elle harap banyak lagi filem melayu yang pelbagai genre dihasilkan berbanding cerita seram je. Kalau korang nak filem yang santai, filem Cun ni sesuai sangat untuk korang tonton. Dah ada kat Astro First. Apa lagi? Langganlah.

3 comments:

cik sakura said...

hee..cik sakura baru tengok cerita ini..apa-apa pun jalan cerita filem ini menghiburkan juga..

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

best ye..leh la carik pas nih.. lis penah tgk cita gol dan gincu atau pisau cukur tak..??? cita lama tapi cita dia pun best, sgt2 santai..gelak2 tgk..

Elyssa said...

goldan gincu sangat favourite. movie, series season 1 ngan season 2 lis tgk. pisau cukur pun best

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...