SPECIAL OFFER

Wednesday, August 17, 2011

Movie: Captain America







Captain America was awesome. Even better than Transformers 3. Tak tau kenapa bagi Ell Transformer kali ni tak menarik seperti sebelumnya. Ell dari kecik lagi minat Transformers. Maybe Ell letak expectation terlalu tinggi, well I don't know. But... but people you should go and watch Captain America.
Kalau korang peminat komik Avengers, korang mesti dah tengok Hulk, Ironman, Thor dan mesti tengok Captain America. Sebabnya, tahun depan around May 2012, filem Avengers akan ditayangkan dan semua hero kita ni akan berkumpul termasuklah Black Widow yang muncul dalam Ironman2. The only heroin okay. In the end of the movie, ada trailer untuk filem Avengers yang membuatkan orang-orang yang bangun nak meninggalkan panggung tu samada berdiri atau duduk balik sebab nak tengok trailer Avengers.
Ell puas hati sangat dapat tengok movie ni bersama Mr Hall. Memang kitorang plan nak tengok movie ni sebelum bulan puasa.

Captain America ni mengisahkan Steve Rogers yang fizikalnya kecil dan banyak penyakit tapi semangat untuk mempertahankan negera sangat kuat. 5 kali Steve cuba untuk diterima sebagai askar tetapi tetap ditolak kerana keadaannya. Pada suatu malam, Steve mengikut rakannya, Bucky ke expo Howard Stark yang juga bapa kepada Tony Stark aka Ironman. Kalau korang dah tengok Ironman, korang boleh tengok le kegilaan dalam teknologi dan kaki perempuannya tu diwarisi dari siapa.

Dr Abraham Erskine terdengar perbualan antara Steve dan Bucky tentang Steve takkan berputus asa untuk mencuba sehingga diterima sebagai askar. Steve diterima sebagai askar menjadi eksperimen super soldier yang dikendalikan oleh Dr Erskine, Colonel Phillips dan Peggy Carter. Gabungan serum yang direka oleh Dr Erksine dan peralatan yang direka oleh Howard Stark, Steve ditukar menjadi super soldier yang mempunyai kekuatan luar biasa. Serum yang direka oleh Dr Erksine itu akan bertindak mengikut personaliti orang yang disuntik itu. Good become better, bad become evil.

Johann Schmidt aka Red skull juga mengambil serum yang direka Dr Erkskine tetapi serum yang diambil itu belum sempurna dan meninggalkan kesan kepada rupa fizikalnya. Namun serum untuk Steve kali ini telah sempurna. Johann berjaya jumpa Kiub Kosmik yang memiliki kuasa dewa yang boleh menyalurkan tenaga yang berterusan dan sangat berkuasa. Dengan kiub inilah Johann atau Red skull akan menakluk dunia di bawah kumpulan Hydra pimpinannya.

Setelah eksperimen ke atas Steve berjaya, salah seorang daripada orang suruhan Hydra yang dikendalikan oleh Red skull menembak mati Dr Erskine yang mati di tempat kejadian. (Macam berita lak bunyinya.)
Colonel Phillips yang tidak yakin dengan kebolehan Steve tak benarkan Steve pergi berjuang di medan perang tetapi hanya duduk di dalam makmal. Steve akhirnya dibawa membuat persembahan sambil memakai kostum Captain America. Sehinggalah suatu hari apabila Steve mendapat tahu pasukan Bucky mengalami kekalahan. Tak mahu menerima khabar kononnya Bucky telah meninggal, Steve pergi ke lokasi di mana Red skull berada untuk menyelamatkan Bucky dan askar yang lain. Dengan kebolehannya yang luar biasa, Steve berjaya menyelamatkan Bucky dan askar-askar yang lain. Setelah yakin dengan kebolehan Steve, Colonel Phillips membenarkan Steve dan pasukannya menyerang kilang-kilang dan kubu milik Hydra.

Satu persatu mereka musnahkan sehingga ke kubu yang terakhir, Red skull melarikan diri menaiki jet diikuti oleh Steve. Semasa kedua-duanya bertempur, bekas yang menyimpan Kiub Kosmik itu rosak. Red skull yang cuba menyelamatkan Kiub Kosmik itu ghaib terkena kuasa kiub tu. Terlepas dari pegangan Red Skull, kiub itu terjatuh ke dasar air yang dijumpai oleh Howard Stark selepas itu. Untuk menyelamatkan New York dari dibom dengan jet yang dinaikinya itu, Steve membawa jet itu ke arah glasier yang menyebabkan Steve hilang selepas itu.

Yang penting, habis jer movie ni, korang jangan keluar panggung lagi. Ada trailer Avengers yang bakal ditayangkan tahun depan. Ell dan Mr Hall exicted giler. Memang puas hati dan happy sangat dapat tengok.

Nak tahu lebih lanjut pasal jalan cerita, korang boleh baca di Wikipedia. IMDB pula bagi 7.4/10. Korang bagilah rating sendiri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...