Tips untuk interview ni adalah dari pengalaman Ell sendiri. Like the wise man said, "Experience is the best teacher" dan Ell akui kebenaran ni. Ada sebabnya kita tidak sempurna dan kita melakukan kesalahan. Kesalahan adalah untuk dipelajari supaya kita tak buat benda yang sama sekali lagi dan bukan untuk diratapi sambil mendengar lagu Melukut di Tepi Gantang.
*Sebut lagu ni tiba-tiba teringatkan Lien*
1. Interview adalah proses pembelajaran.Kepada fresh graduates, walaupun dah banyak interview yang korang pergi tapi masih tak dapat kerja, jangan sesekali kecewa. Kenapa? Interview adalah satu proses pembelajaran. Apa yang korang belajar dari Interview? Korang belajar bagaimana karenah orang yang interview dan apa yang diorang harapkan dari
korang sebenarnya. Lain Interviewer lain kehendaknya tapi in the end lebih kurang sama jer. Jadi asal dapat jer interview korang pergi. Tak rugi pun sebab korang akan dapat pengalaman.
2. Datang awal.
Datang awal ni menunjukkan keinginan korang untuk jawatan yang diminta dan adakah korang ni pentingkan masa. Kerja bukan macam study. Lambat masuk kelas pastu terus duduk sambil buat muka ketat. Masa ni penting sebab bila dah kerja korang kena pergi meeting, jumpa client dan benda-benda lain yang mementingkan ketetapan masa. Kalau boleh datang awal sejam atau keluar dari rumah awal 2 jam bagi mengelakkan sesat dan traffic jam.
3. Survey tempat interview.
Bagi mengelakkan korang lewat ke interview, survey kawasan ofis yang bakal korang pergi untuk interview tu. Melainkan korang dah memang tau lokasi dan mahir untuk pergi ke situ. Survey tempat yang korang boleh parking kalau korang drive sendiri.
4. Berpakaian kemas
Jangan pakai selekeh atau ala-ala whassap my nigga atau indie dan jangan pakai jeans. Tengoklah jawatan yang korang minta. Kalau termasuk dalam golongan professional, eloklah pakai blazer atau kot sekali. First impression penting. Bukan time nak jumpa buah hati jer menarik. Ingat ye kawan-kawan, kemas dan menarik. Jangan lupa senyum sentiasa tapi jangan sampai sengih nampak gigi pulak.
5. Bina keyakinanKalau korang ni jenis pemalu, memang Ell nasihatkan banyak-banyak pergi interview. Korang boleh berlatih bercakap. Memang korang akan nervous tahap nak pengsan terutama sekali first interview tapi bila dah lama-lama pergi interview tu korang akan ada keyakinan dan dapat agak apa soalan yang interviewer akan tanya. Bila korang ada keyakinan semasa interview, interviewer akan rasa tertarik untuk mengambil
korang berkerja dan ini akan membantu untuk tips ke 6.
6. Terapkan perasaan ingin belajar.
Bukan setakat isi kat resume , 'I'm willing to learn' jer. Bila korang ada keyakinan dan korang benar-benar maksudkan yang korang ada keinginan untuk belajar, interviewer akan consider untuk ambil korang berkerja atau pergi ke stage seterusnya. Especially korang yang fresh graduates ni. Tunjukkan yang korang berminat dengan jawatan tu.
7. Bawa pen. (dan calculator - Optional)
Tengok juga pada jawatan yang korang minta. Kenapa perlu bawa pen? Selalunya korang kena isi form tentang diri korang. Kadang-kadang terfikir gak, penat kita karang resume 7 hari 7 malam tapi kena isi form yang kandungan dan jawapannya semua ada dalam resume. Motif kan? Ada sesetengah company nak
menjimatkan masa, dia akan attach form tu dalam email yang dihantar pada korang. Jadi korang kena print, isi borang tu dan bawa pada hari interview. Kebanyakan interview yang Ell pergi, calon interview kena buat test. Samada IQ test, personality test or technical test. Sometimes ada maths test yang memerlukan korang membawa calculator. Ada juga interview yang takde test langsung. Jadi terpulang pada jawatan yang korang
minta lah ye.
Finally, berdoalah banyak-banyak minta segala urusan dipermudahkan tak kiralah apa agama sekali pun. Selamat interview kepada mereka yang nak pergi interview nanti. By the way, banyak lagi tips interview yang korang boleh dapat dari majalah dan juga internet. Tips diatas ni Ell kongsi berdasarkan pengalaman sendiri.
No comments:
Post a Comment