Lama giler tak update blog ni. Sorry bloggy musyukku. Tuanmu busy sangat dengan hidup baru. Hidup pun still tunggang langgang tak stabil lagi. Maklumlah, hidup baru di tempat baru dan kerja baru. Tak payah tunggu New Year pun. Semuanya dah baru.
Kepada korang yang singgah blog Ell ni walaupun dah mula berhabuk, Ell ucapkan terima kasih sangat-sangat. Ell sebenarnya dah lama nak tulis entry ni tapi Ell tak dapat cari masa yang sesuai. Ini adalah drama interview. Giler tol! Selama Ell dalam alam pekerjaan ni, tak pernah pun ada drama masa nak interview. Kepada mereka yang tak tahu, Ell memang dah lama mencari kerja yang lebih baik dan lumayan di KL. (Lumayan la sangat kan). Setelah putus asa mencari kerja di Penang sebab banyak sangat preferences dia, Elle dan Mr Hall telah meluaskan pencarian kitorang sehingga ke KL. Tempat yang Ell memang nak mula kerja selepas Ell habis study dulu. Tetapi, disebabkan parents Ell yang minta Ell balik ke Penang setelah bertahun merantau menuntut ilmu. Mengalahkan merantau warrior. Setelah 3 tahun bekerja di Penang, Ell akhirnya dapatlah few interviews kat KL.
Interview pertama tu kebetulan, Ell pergi bercuti bersama family. Jadi hari terakhir sebelum balik Penang tu sempatlah Ell pergi Interview di company N di Kelana Jaya. Test memang fail. Memang Ell tak ingat apa pun masa tu. Tengok soalan macam tau, bila nak jawab tu blur ya amat. Haih! Verbal interview okay. Balik jer Penang, next week dapat lagi satu interview. Kali ni pergi sendiri ler kan. Itulah bermulanya pengalaman Ell bersama Aeroline. Pagi tu Ell hampir-hampir tak dapat pergi KL. Bayangkan esoknya ada interview tapi hari ni tak dapat naik bas pergi KL. Semuanya kerana tiket salah print. Ell cuma check masa jer masa dapat tiket tapi tak perasan yang tarikhnya salah. Atas budi bicara driver dan akak yang check tiket, ditambah pula dengan satu passenger ni tak datang, dapat jugak Ell naik bas. Syukur sangat!
Selepas perjalanan Ell yang mabuk darat ni, sampailah kat KL. Terus Ell ke KLCC tunggu Mimin. Pening dan kelaparan, once Mimin sampai jer, teruslah adik dan kakak yang kelaparan ni makan kat food court KLCC. Lepas tu terus balik ke rumah Mimin. Mr Hall pun ada interview di KL plus dia ada kenduri sedara di situ. Jadi Mr Hall cakap esok kalau sempat dia akan hantarkan Ell ke tempat interview. Malam tu Ell spend time memalaskan diri bersama Mimin. Dalam malas-malas tu sempat gak study untuk interview nanti. Takut tak dapat jawab langsung macam hari tu.
Esoknya, Ell bersiap untuk pergi interview dan ready untuk balik terus ke Penang. Masa nak keluar jer dari rumah Mimin, Mr Hall call dan bagitau yang dia dah on the way nak ambil Ell pergi interview. Interview session Mr Hall pagi, Ell pulak pukul 2 petang. Maka berpandukan maps dari google maps tu, kitorang pun carilah tempat Ell nak interview. Pening juga cari sebab asyik salah masuk jalan dan bangunan yang dicari pun tak jumpa. Dah penat round dan berpeluh-peluh, kitorang decide untuk tanya orang di tepi jalan.
Rupa-rupanya, bangunan yang kitorang cari tu depan mata jer. Dah pusing bangunan tu 5 kali baru nak tanya orang kan. Malu bertanya sesat jalan.
Mr Hall parking dan tunggu Ell pergi interview di company L. Macam biasa, kebanyakan interview ada writing test kan. Satu test tu Ell dapat perfect mark, tapi satu lagi rendah sangat markahnya. Selepas verbal interview, Mr Hall pun hantar Ell naik bas untuk balik ke Penang. Mr Hall ngan family balik esoknya ke Penang. Lepas dua interview tu, Ell terima bertubi-tubi interview di KL tapi memandangkan tiap kali pergi interview kat KL duit banyak habis, Ell terpaksa tolak dan minta postpone interview yang Ell terima tu.
Minggu seterusnya Mr C yang interview Ell dari company L hari tu hantar email untuk Ell buat online quiz ASP.NET. Alhamdulillah dapat perfect mark kali ni selepas study. Lepas tu dia suruh Ell buat satu program ASP dan hantar padanya. Mak aih! Dah le dah lama tak buat programming sebab banyak buat system analyst jer. Ell pun minta tunjuk ajar sifu di ofis yang sudi membantu Ell untuk start nak buat program tu. Memandangkan Ell sibuk dan takde masa nak buat program tu, Ell pun ambil MC sehari. Kebetulan pula Ell memang tak sihat sangat masa tu. Habis buat, Ell hantar kepada Mr C dengan harapan dapat dengar berita gembira. Ell hanya akan tau jawapannya minggu depan. Berdebar dan resah Ell nak tunggu jawapannya minggu seterusnya. Hanya Allah dan Mr Hall jer yang tau macam mana perasaan Ell ni. Akhirnya penantian Ell tak sia-sia. Ell dapat kerja dari interview yang Ell pergi di company C tu. Ell syukur sangat. Selama Ell pergi interview atau cari kerja ni, tak pernah Ell hadapi drama interview. Tapi drama ni sangat berbaloi. Ell bersyukur sangat segala usaha dan doa Ell berbalas. Ini adalah satu permulaan baru untuk Ell. Syukur juga sebab parents Ell yang dulunya suruh kerja di Penang memahami dan banyak beri sokongan pada Ell.
Itulah drama interview yang Ell nak ceritakan kat korang. Ell rasa korang pun ada drama yang lebih teruk dari pengalaman korang pergi interview kan. Nanti Ell akan update bagaimana permulaan hidup Ell di tempat yang baru ye.
No comments:
Post a Comment