SPECIAL OFFER

Tuesday, December 27, 2011

Movie: Mission Impossible - Ghost protocol

Weekend kali ni aku ngan Mr Hall bantai tengok wayang jer. Almost 2 minggu masing-masing sibuk, jumpa pun kejap2 jer jadi plan nak tengok 2 movie. First of all, mestilah Mission Impossible - Ghost Protocol. As usual, nama pun Mission Impossible, banyak le aksi-aksi impossible. Especially part memanjat Burj Khalifa yang tinggi giler tu.  Untuk korang yang tak pernah ikut Mission Impossible ni, ini adalah sekuel yang keempat. Team kali ni banyak malfunction, ada je yang tak kena. Agent perempuan tak dapat kawal perasaan la, masalah teknikallah tapi action dan storyline memang superb.

[Image from IMDB]


Watak utama mestilah Ethan Hunt (Tom Cruise), dengan teamnya Agent Carter (Paula Patton) dan Agent Dunn (Simon Pegg). Selepas disalahkan atas pengeboman yang berlaku di Rusia, team IMF bersama William Brant, IMF analyst yang dulunya agen berusaha untuk menghalang perang nuklear yang dirancang oleh Kurt Hendrick. 

Aku suka jalan cerita MI kali ni. Banyak twist dan memang korang tak sangka benda yang berlaku adalah sebaliknya. Nak tau best ke tak kenalah gi menonton. Aku cakap 2 movie kan. So, movie kedua akan menyusul selepas ini.

Source:
IMDB 



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...