Dah lama tak tengok wayang. Asyik sibuk kerja, pastu sakit lah. Haih macam-macam. Jadi untuk melepaskan gian kitorang weekend lepas, aku dan Mr Hall pun pergilah tengok filem Real Steel. Nampak trailer cam best jer. Tambahan lagi abang Hugh Jackman yang berlakon. Wah! Lagi berkobar-kobar lah semangat nak tengok.
|
[Image from Wikipedia] |
Ceritanya pasal Charlie Kenton (Hugh Jackman), bekas peninju yang cuba untuk dapatkan duit melalui perlawanan di antara robot. Selepas robot miliknya kalah dan hutangnya semakin bertambah, Charlie terima berita tentang ex-girlfriendnya yang sudah meninggal dan dia kena hadir ke perbincangan hak penjagaan anaknya Max (Dakota Goyo). Kakak kepada ex-girlfriend Charlie, Debra. Dalam diam Charlie dan suami Debra, Marvin membuat perjanjian. Charlie akan serahkan hak penjagaan penuh ke atas Debra dengan syarat Marvin akan membayar $100,000 kepadanya. Max akan tinggal bersama Charlie untuk 3 bulan, dan hanya kembali kepada Debra selepas mereka pulang dari bercuti. Marvin menyerahkan $50,000 kepada Charlie dan akan menyerahkan bakinya selepas mereka kembali dari bercuti.
Charlie memang nampak bapa yang tak bertanggung jawab sebab tak pernah langsung jumpa anaknya dari baby sampailah dah besar. Dalam cerita ni korang boleh tengok macam mana Charlie dan Max cuba menyesuaikan diri dan dalam diam mula menyayangi satu sama lain. Yang bestnya, anak dia pun berkongsi minat yang sama dan degil macam bapak dia. Korang boleh enjoy aksi robot berlawan dan unsur kekeluargaan dalam cerita ni. Memang sesuai untuk family. Lepas tengok cerita ni terus teringatkan Danny dan budak Max tu memang comel.
So, apa lagi korang. Ajaklah satu family tengok cerita ni.
|
[Charlie Kenton and Atom] |
|
[Robot yang comel tapi gagah, ATOM] |
|
[Arghhhh pengsan kejap tengok gambar ni.] |
|
[Max aka Dakota Goyo, anak Charlie] |
|
[Awek mesti ada gak walaupun watak lebih tumpu pada 3 hero yang lain, Evangeline lilly] |
|
[Charlie Kenton aka Hugh Jackman] |
Lebih info korang boleh jenguk ke
IMDB dan
Wikipedia.
No comments:
Post a Comment