SPECIAL OFFER

Wednesday, January 25, 2012

Movie: Underworld Awakening

Exictednya dapat tengok filem Underworld semalam. Almaklumlah, aku ni peminat filem Underworld. Kepada korang yang tak ikut filem ni, Underworld: Awakening adalah filem Underworld yang keempat. Kalau ikutkan ending filem ni, maybe akan ada Underworld 5.





Underworld mengisahkan Selene (Kate Beckinsale), vampire yang cuba melarikan diri dengan kekasihnya, Michael Corvin, hybrid vampire dan werewolf, tapi berjaya ditangkap oleh manusia semasa operasi pembasmian. Masa tu ramai yang jadi vampire dan werewolf, seolah-olah satu wabak yang menyerang manusia. Selepas ditangkap, dan dikurung di Antigen selama 12 tahun, Selene dilepaskan oleh Subject 2. Keupayaan Selene untuk berkongsi vision dengan Subject 2 yang disangkakan Michael Corvin sebenarnya adalah anak Selene, Eve. Antigen sebenarnya tempat penyelidikan Lycans yang mengambil darah dan genetik Eve untuk dijadikan bahan imunisasi kepada perak yang disuntik dalam badan mereka. Dengan darah Eve, Lycans yang diketuai oleh Dr Jacob dan anaknya, Quint akan membuat Lycan lebih kuat dan besar.

Filem ni memang ganaslah especially anak Selene, Eve tu. Walaupun takut-takut tapi bila dah bertukar memang ganas dan menyeramkanlah. Kalau tanya aku, aku lebih suka action dalam Underworld 2: Evolution dan jalan cerita dalam Underworld 3: The Rise of Lycans. Yang buat aku puas hati kualiti filem ni memang cantik. Kepada pengikut siri filem ni silalah ke panggung wayang okay. Kalau tak pernah tengok pun boleh gi tengok jugak sebab permulaan citer ni ada brief story dari ketiga-tiga movie sebelum ni.

Additional info:
Wikipedia
IMDB

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...