SPECIAL OFFER

Sunday, May 29, 2011

Movie: Knight and Day





Filem ni dah lama sebenarnya tapi Elle suka tengok cerita ni. So sementara tunggu game Man Utd dan Barcelona, kitorang tengok filem ni. Saper suka Mr & Mrs Smith mesti suka filem ni. Action-comedy-romantic, memang best. Knight and Day ni mengisahkan Roy Miller (Tom Cuise) seorang perisik yang dikejar oleh agensinya dengan tuduhan belot kerana melarikan 'bateri' yang dicipta oleh saintis Simon Fleck. Dalam perjalanan ke Boston, Roy bertemu dengan June Havens (Cameron Diaz) yang tidak sepatutnya menaiki penerbangan ke Boston itu.


June akhirnya terperangkap dalam usaha Roy untuk menyelamatkan 'bateri' dan Simon Fleck dari agensi dan pembelot sebenarnya Fitzgerald (Peter Saarsgard). Agensi perisik itu menyangka June bersubahat dengan Roy dan mereka diburu. Macam-macamlah kisah menarik dan lucu terjadi antara mereka. June yang tak biasa dengan situasi tembak menembak selalu panik tetapi Roy sentiasa tenang dalam menangani keadaan dan keselamatan June. Dalam tak sedar kedua-duanya jatuh cinta.

Elle memang minat Mr & Mrs Smith, jadi filem yang sama genre macam ni memang Elle suka. Since filem ni pun dah lama dan DVD filem ni dah dijual. Jadi kalau korang ragu-ragu nak tengok, Elle cadangkan korang tengok filem ni. You will like it. IMDB bagi rating 6.4/10. Nak tau lebih lanjut sipnosis filem ni, tengok kat Wikipedia.

[extract from google]

1 comment:

Kendra Bing said...

Discover blogs, pics and videos you otherwise wouldn't have at http://kendrabing.com. Or submit your blog postings to be part of the big collection.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...