SPECIAL OFFER

Tuesday, September 6, 2011

Movie: The Smurfs

I'm finally smurfy home last Saturday. It was smurfing jam that took us forever to reach Cyber. Today I start working but my soul wish that I could smurfing at home. Did I just using word smurf in all my sentences? Oh my smurf! What the smurfing going on here?

Kannnn.... Penangan smurf. Dulu kecik-kecik selalu tengok kartun Smurf, baca komik Smurf, buku mewarna pun nak Smurf, pensil warna biru pun cepat jer habis. Ell dah gi tengok filem The Smurf. Memang smurfing smurf. Kalau korang peminat Smurf zaman muda kanak-kanak dulu, korang kena tengok filem ni. Kalau korang bukan peminat tapi in the mood of laughing pun kena tengok filem ni. Tak rugi. Sangat smurfing best. 

[Image from IMDB]

Ceritanya tentang Papa Smurf yang dapat bayangan masa depan or vision yang semua smurfs akan ditangkap oleh ahli sihir Gargamel, Clumsy menggunakan tongkat sakti dan Gargamel menjadi sangat berkuasa. Untuk mengelakkan banyangan tu menjadi kenyataan, Papa Smurf suruh Clumsy tinggal jer dalam desa dan tak perlu keluar untuk ambil akar smurf. Tapi Clumsy keluar jugak senyap-senyap dan dikejar oleh Gargamel dan kucingnya Azrael. Kucing dia sangat comel. Bukan muka jer, perangai pun. Gargamel yang kejar Clumsy pun berjaya jumpa desa diorang yang telah disembunyikan oleh Papa Smurf selama ini. Semua smurfs dalam desa tu sedang menyediakan persiapan untuk menyamput perayaan Blue Moon tapi habis lari bertempiaran dikejar Gargamel. Semasa melarikan diri Clumsy telah mengikut arah yang salah iaitu ke arah gua terlarang. Papa, Smurfette, Grouchy, Brainy dan Gutsy terpaksa mengikut Clumsy untuk menghalang Clumsy dari terus pergi ke gua terlarang itu.

Tiba-tiba pintu portal di gua itu terbuka menyedut masuk kesemuanya termasuklah Gargamel dan kucingnya, Azrael. Diorang akhirnya sampai di alam lain iaitu New York. Di New York mereka berjumpa dengan Patrick dan Grace yang sedang menantikan cahaya mata. Semasa tinggal di rumah Patrick dan Grace, Smurfs berjaya menjalin hubungan yang rapat dengan mereka. Untuk kembali ke alam mereka dan membuka portal, mereka memerlukan buku sihir. Buku yang dicari itu berjaya dijumpai di kedai antik tapi Gargamel berjaya menjejaki mereka dan menangkap Papa smurf. Berjayakah Papa Smurf diselamatkan? Berjayakah? Berjayakah wei?

Sila ke panggung wayang berdekatan untuk tau ending citer ni tapi betul uols, sangat berbaloi. Ell asyik gelak jer sepanjang cerita ni dengan aksi-aksi comel smurfs yang kiut miut ni. Memang enjoy. Silalah ye bawa seisi keluarga pergi menonton. Bawa satu kampung pun boleh, booking satu panggung tu. Pasti meriah.

Untuk info yang lebih lanjut korang boleh ke Wikipedia dan IMDB.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...