Selamat Hari Raya semua! Sekejap jer dah habis cuti. Tak terasa pun. Dah start balik rutin harian menjadi zombie pergi kerja setiap hari. Aku tau korang semua masih mood holiday kan kan?
Walaupun yang tak sambut raya still bercuti sakan, kan kan?
Macam mana sambutan raya korang? Meriah tak?
Puas hati? Best tak, best tak?
Best tak berebut-rebut shopping last minute?
Best tak berhimpit-himpit dengan pelbagai bauan di shopping complex atau Jalan TAR?
Best tak tersangkut dalam jem sebab nak balik beraya?
Best tak dapat makan ketupat dan lemang dan lauk pauk yang sangat awesome oh wow itu?
Best tak dapat tengok movie Nur Kasih walaupun tak pernah tengok yang siri dan terpaksa cousin yang baik hati cerita balik kat kita?
Best tak dapat beraya jumpa sanak saudara walaupun tak dapat duit raya tapi kita yang memberinya?
Best tak dapat kunjungan istimewa sempena Hari Raya?
Best tak balik ke KL dan tersangkut dalam jem lagi sambil bergaduh dengan staff Petronas sebab kekwat tuduh kita tak beratur padahal dah lama giler beratur tapi member dia yang tak layan-layan kita? Owh, itu tak best.
Kesemua yang kat atas sebelum tu semuanya best. Jem tak hengat. Masa balik Penang hujan lebat tak hengat, balik sini jem tak hengat punya. Tapi memandangkan kitorang tak mengejar masa maka cubalah enjoy supaya tak stress dan muka semakin banyak kedut. Sampai jer KL terus kitorang serang NZ Wangsa Maju untuk mengisi perut. Lapar dowh! Mimin lak sepanjang perjalanan tido. Sampaikan Mr Hall tipu dia kononnya kat Tanjung Malim padahal dah lepas Sungai Buloh, pun dia percaya. Itulah adik kesayangan.
Raya kali ni satu adventure. Berbeza tau merantau sambil belajar dengan merantau sambil kerja. Bak kata Mimin, "Tunggulah nanti Santa Claus balik dari KL". Sungguh hampeh adikku itu. Dah kerja ni, bila time balik raya, Ell dan Mr Hall sibuklah shopping last minute untuk kitorang dan family masing-masing. Betullah kata Mimin, balik jer Penang, dapatlah family sorang satu hadiah raya. Terbayang diri sendiri pakai baju santa claus sambil pakai heels. Walaupun banyak juga duit habis nak balik beraya ni, tapi kitorang puas. Puas sebab dapat beli macam-macam untuk family sendiri. Ell masih teringat bila Ell menjadi Santa Claus atau lebih kepada Santarina, mengeluarkan barang-barang yang dibeli untuk seisi keluarga dan seisi keluarga sangat gembira sambil shuffle ramai-ramai. Ye, saya tipu. Part shuffle hanyalah Danny sorang. Baba pun sambut birthday sehari sebelum Hari Raya. Selamat Hari Lahir Baba!
Penang - KL ambil masa 8 jam. Selalunya dalam 4 atau 5 jam dah sampai. Kalau korang yang jenis speeding tak pedulikan speed trap 3 jam jer boleh sampai. Sunggu laju. Alhamdulillah! Selamat juga sampai. Tahun ni sessi camwhoring dah kurang tak macam tahun lepas. Tak tau kenapa. Mungkin sebab dah tak berapa nak muda atau sibuk melantak. Tapi memang sibuk melantak pun. Almaklumlah, makcik kesayangan Ell Cici Ina
ni dah buka kedai nasi kandar kat rumah Dadima. Haruslah asyik ulang alik ke dapur melantak dengan sopan santunnya.
Sayang kan, terlupa nak ambil gambar untuk tatapan kita bersama sambil terliur. Ell tido kat rumah Dadima 2 malam bersama family dari KL. Memang meriah rumah Dadima selama dua hari tu. Sejak dah kerja ni, dah tak dapatlah duit raya, maka haruslah kita yang memberinya. Tapi kadang-kadang dapat jugak duit raya dan tahun ni dapatlah gak dua. Thanks to Dadima ku seorang lagi di Penang dan Abang Ayie. Ell seronok dapat
berjumpa sedara-mara yang memang jarang kita dapat jumpa. Yelah nak harapkan raya atau kenduri je boleh jumpa. Hari biasa susah sikit nak cari masa yang free. Especially kalau yang dah berfamily, nak luangkan masa ngan anak-anak lagi.
*Terbayang diri sendiri bersama anak-anak berlari berkejaran di taman.*
Sekarang back to work. Tak tau lah raya haji nanti dapat balik Penang ke tak. Selamat pulang ke rumah masing-masing dan selamat kembali mengadap komputer yang merindui kita kat ofis. Party is over!
2 comments:
ntah kenapa, sambil membaca setiap patah demi patah perkataan itew..daku lak yang tersengih2.. mungkin sama dgn cerita ku, cuma beza, santarinalinda kejohor dan santarinaelle ke kedah...hehehe
first time kak su. merantau pastu balik jauh2 bawak hadiah balik penang. tengok family seronok kita jugak yg gembira dan rasa dah matang
Post a Comment