SPECIAL OFFER

Friday, September 9, 2011

Food: TGIF Papa

Kalau dengar atau nampak jer TGIF, apa yang korang fikir? Kalau orang yang dah bekerjaya cam aku dan kerja waktu normal isnin sampai jumaat, memang Thank_God-It's_Friday sebab akhirnya barulah boleh berehat setelah penat bekerja walaupun sempat menjenguk FB dan blog. Kadang-kadang tu terlampau sibuk kedua-duanya pun tak sempat. Tak pun korang terbayang-bayang Katy Perry sedang menari-nari dengan braces dia dalam video klip tu? Tak pun kalau korang lapar mesti terbayangkan restoran TGI Friday kan? Kan? Kan?

TGIF yang aku nak citer kat korang ni restoran TGI Friday ler. Kalau aku nak buat entry TGIF sebab finally dah sampai hari jumaat pukul 6pm aku boleh shuffle dari ofis balik rumah, jawabnya tiap-tiap hari jumaat aku buat entry TGIF macam Wordless Wednesday. Isi entry cuma, yeay finally jumaat. Esok boleh bangun lambat. Motif kan. Papa teringin sangat nak pergi kat TGI Friday. Tiap kali lalu depan TGI Friday kat Queensbay Mall, Papa akan kat cakap aku,

"Nanti birthday Papa kita makan sini ye."



Sebagai anak yang baik aku pun menjawab, "InsyaAllah Papa!".

Memang niat aku nak belanja Papa aku kat TGI Friday sempena birthdaynya nanti. Tapi kawan-kawan.... tetapi.... birthday Papa tahun ni ialah sehari sebelum raya. Di mana aku telah pokai dan sengkek menjadi Santarina dari KL.

Disebabkan teringin sangat, kitorang pergi jugak ke TGI Friday yang disponsor oleh birthday boy sendiri. Kesian. Birthday sendiri, sendiri bayar. Next time ye Papa. Tak payah tunggu birthday! Maka kitorang buatlah reservation untuk berbuka puasa. Dalam bulan Ramadhan, jika anda bukan seorang penyabar dan baran, silalah reserve awal-awal tempat untuk berbuka supaya tak ke hulu ke hilir mencari tempat untuk berbuka bila azan Maghrib dah nak berkumandang beberapa minit lagi. Tapi ada juga kes yang dah reserve, staff restoran tu bagi orang lain pulak yang duduk. Dah gaduh, especially bila dah bayar full amount. Dan selalunya tempat reserve ada tapi makanan sampai lambat atau tak sampai langsung sebab 'ter'skip order untuk meja kita.

Ramai orang dalam TGI Friday masa tu, jadi kitorang pun sabar menunggu. At least air dah sampai dulu. Nak masak steak bukan cam goreng ikan. Ambil masa. So, berlakulah sessi bergambar bersama keluarga. Apa yang kitorang makan hari tu? Meh kita layan sambil terliur. Sedap weh!

[It's Fry-day! Bak kata Rebecca Black dalam suara yg sgt annoying]
 
[Hot Chocolate]
 
[Hot Tea]
 
[Chicken Tenesse]
[Sirloin Steak - Makanan birthday boy]


[Beef Bacon Cheeseburger]
Kalau nak tau apa lagi yang ada di dalam menu TGI Friday, bolehlah ke official website diorang. Sorry ler, gambar tak lawa. Ini pun dah edit. Kalau tak memang lagi gelap. Birthday boy sangat gembira dapat makan Sirloin steak. Papa, dah lama dah kan Papa tak masak steak kat rumah. Nanti bila 2 orang princess Papa balik ke pulau, kita masak ye. (Kelip-kelipkan mata tanda gedik). Makanan memang mahal but what do you expect? Western food kan. Walaupun mahal tetap puas hati sebab sedap dan lebih sedap sebab special occasion. Sekali sekala pampered perut ni apa salahnya kan... Lepas makan kat TGI Friday bolehlah kita ramai-ramai menyanyi lagu Last Friday Night (TGIF) Katy Perry secara berkumpulan. Meriah gitu!


"Do it all again!"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...