Bangga bila Filem Pendek 'Anak' karya Abang Martias menang Golden Halo Awards di Cochin, India. Mana tak bangga sebab abang sedara sendiri yang menang award ni. Berbaloi la penat lelah abang Yaz dan pihak produksi menghasilkan filem ni. Elle pun belum tengok lagi tapi baca komen semuanya cakap bagus. Isteri Abang Yaz, Kak Ida pun seronok dapat jalan-jalan di India. Kalau nak tau apa cerita Kak Ida masa trip ke sana bolehlah singgah blog Kak Ida. Kak Ida tu sepupu Elle. Dua pupu to be exact tapi dua pupu ke, tiga pupu ke kupu-kupu ke (erk?) yang penting kita bersaudara.
Kat bawah ni keratan akhbar dari Harian Metro tentang kemenangan file pendek 'Anak' ni. Tahniah abang Yaz.
[Abang Yaz dan awardnya. Syabas bete!]
Penghargaan untuk Anak
PENGIKTIRAFAN masyarakat dunia terhadap filem Malaysia menerusi majlis anugerah seperti festival menjadi pencapaian terbaik pada produser tempatan terus menghasilkan karya bertaraf antarabangsa.
Kejayaan ini bukan saja bersifat peribadi, tetapi dianggap kayu pengukur dalam menilai sejauh mana hasil kerja anak seni tanah air kita mampu menandingi karya luar negara yang sudah tentu mempunyai kelebihan dari aspek bajet dan tenaga produksi besar.
Jika dilihat pada kejayaan antarabangsa sebelum ini, filem tempatan sudah menembusi pasaran dunia. Filem Kaki Bakar arahan U-Wei Saari menjadi filem pertama negara ditayangkan pada acara berprestij, Festival Filem Cannes, Perancis pada 1995.
Turut menjadi kebanggaan apabila filem Karaoke arahan Chris Chong Chan Fui menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary, Kanada, dua tahun lalu.
Begitu juga, Allahyarham Yasmin Ahmad diangkat Pengarah Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-54 berlangsung di Taiwan pada awal Disember tahun lalu. Kemenangan menerusi filem Muallaf ini adalah kejayaan tertinggi filem tempatan di pertandingan antarabangsa itu.
Meneruskan kegemilangan, filem pendek Anak arahan Martias Mohd Ali pula berjaya meraih anugerah khas juri pada pertandingan filem pendek dikenali Festival Social & Corporate Responsibility International Promotional Theatre (Script 2011) diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Gokulam, Cochin Metropolis, India selama dua hari pada 28 Januari lalu.
Martias yang menjadi wakil tunggal negara ke sana berkata, acara julung kali anjuran Rotary Club of Cochin Metropolis dengan kerjasama Public Broadcasting Service Trust dan Indian Documentary Producers Association (IDPA) ini menyaksikan enam karya bertanding untuk kategori Antarabangsa termasuk Sepanyol sebanyak tiga penyertaan, Australia (1) dan Austria (1).
Walaupun filem Sepanyol, Boy In The Closet menang anugerah Filem Pendek Terbaik tetapi Anak, terbitan Two Tones Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tetap berbang�ga dengan kejayaan Golden Halo Awards.
“Sambutan yang diterima daripada karyawan mahupun penonton di sana terhadap Anak memang cukup hebat. Ada antara mereka bukan saja bertepuk tangan apabila Anak selesai dipertontonkan tetapi ada yang berjumpa saya menyatakan filem ini mampu menang.
“Bagi saya, kejayaan anugerah ini menjadi pencapaian awal untuk penyertaan
di festival seterusnya. Maklum balas yang diterima, penonton menyatakan Anak adalah suatu karya yang menarik perhatian ramai dan tidak pernah terfikir mengenai subjek pemanasan global yang ingin diperjuangkan.
“Malah, juri berkata, Anak mencetuskan tanda tanya pada penonton pada peringkat awal dan akhirnya memberi kesedaran pada semua penonton.
“Pada pertandingan ini, ada juga subjek lain diketengahkan seperti kelaparan, pembunuhan gajah dan ikan paus, sebaliknya hanya Anak membawa kisah mengenai kepentingan menjaga pokok.
“Jika dilihat, karya lain yang bertanding memang cukup hebat pada aspek penceritaan dan penyampaian. Saya turut kagum hasil Boy In The Closet membawa kisah budak lelaki menyelamatkan adiknya ketika peperangan seolah-olah filem cereka,” katanya.
Kata Martias, enam juri dipertanggungjawab mengadili karya bertanding iaitu bekas pemenang Aktres Terbaik, Revathy Menon; wartawan dan juga pemenang anugerah International Journalist Author & Documentary Film Maker, Anita Pratap; editor filem, Bina Paul Venugopal; bekas Naib Presiden IDPA, Ajithan G Kurup; wakil akhbar Indian Express, E P Unny dan juruaudit, Jose Dominic.
“Saya melihat penganjuran acara ini juga mencatat kejayaan. Menariknya, ada produser di sana yang berhasrat menjalin kerjasama untuk projek seterusnya.
“Dari aspek CGI, mereka juga kagum. Malah, Anak bukan saja mencatat kemenangan tetapi secara tidak langsung mempromosikan Malaysia apabila membuatkan mereka tertarik melancong ke sini.
“Daripada 17 penyertaan Anak yang dihantar ke pertandingan seluruh dunia, Jepun dan Barcelona sudah memberi maklum balas filem ini disenarai pendek. Begitu juga, Festival Filem Cannes masuk peringkat kedua proses pemilihan.
“Biarpun Anak gagal menang pada Anugerah Profima, baru-baru ini tetapi kejayaan di Script 2011 tetap mengubat kekecewaan. Langkah seterusnya, saya masih berusaha ingin menayangkan Anak sempena Hari Bumi pada 22 April nanti.
“Untuk itu, saya ingin mengajak syarikat korporat untuk bekerjasama. Saya juga berhasrat mengadakan pertandingan filem pendek atas tujuan korporat, sosial dan tanggungjawab (CSR).
“Harapan saya, jika Anak dapat ditayangkan sekurang-kurangnya di 10 negara, ia sudah menjadi kebanggaan pada saya dan produksi ini,” katanya.

1 comment:
pewittttttttttttttt!! =)
Post a Comment