SPECIAL OFFER

Wednesday, February 2, 2011

Food: Restoran Seri Idaman




Lokasi: Penang
Ramai orang yang bila Elle tanya "Pernah tak makan kat Seri Idaman?", ada yang akan tanya Elle "Cam Kedai Pengantin jer bunyi." Blerh! Ada ke kedai pengantin. Tapi unik jugak kan. Selalu kedai tomyam akan guna nama 'Abu Tomyam' (Ini contoh) atau 'ABC Cafe' tapi ini 'Seri Idaman'. Saper yang tak tau ini restoran makanan Thai atau kedai tomyam okay. Bakal pengantin jangan datang sini beli barang pengantin, tapi datang sini untuk kenyangkan perut-perut bakal pengantin. Yang bukan bakal pengantin pun dialu-alukan datang sini.


[Gambar dari Facebook Seri Idaman]

Kenapa Elle suka datang sini? Sebab persekitaran dia menarik, kedai bersih, waiter (berbaju batik)/waitress (berbaju kebaya) semua sopan santun dan makanannya sedap. Saya mesti pilih. Kalau tak silap Elle owner kedai makan ni Chef hotel. Dari gambar-gambar kat kaunter bayaran ler yang Elle nampak. Cara hidangan pun ada stail. I like! Cam hidangan kat hotel gitu. Kawan-kawan, benci baca bebelan? Mari layan makanan yang Elle dah try dan sempat ambil gambar.

[Nasi Goreng Idaman Roll]

[Nasi Goreng Idaman aka santapan maharaja- ini Elle yg bg nama]

[Kuey Teow Goreng]
  
[Ayam Masak Pedas]


[Dari kiri; Orange Jus+Susu, Teh O Ais dan Epal suam]


[Clockwise; Telur Dadar, Kerabu Mempelam, Ayam Masak Padprik]


[Siakap Masak 3 Rasa]




[Tomyam Campur] 


[Dah ada lauk ada la nasi kan]


[Air Sirap dan tangan hiasan 'Saya mesti pilih']

Sorrylah kamera fon biasa jer bukan DSLR. Mr Hall sangat dahaga jadi dia order air lagi, air sirap. Bila sirap sampai sempat lagi Mr Hall cakap, "Cam kat kenduri pulak minum air sirap."

So, ini antara makanan dan minuman yang Elle sempat ambil gambar. Jadi kalau nak tengok lagi gambar makanan dan persekitaran restoran ni bolehlah pergi ke Facebook diorg di Seri Idaman Facebook.
Seri Idaman asalnya dibuka di Teluk Tempoyak, Batu Maung dan sekarang dah buka cawangan di Sungai Ara. Kalau sesiapa yang tahu restoran Hussein Tomyam, Seri Idaman ni bertentangan jer. Harga makanan pun berpatutan. Ini peta lokasi (location map) Seri Idaman di sungai Ara. Yang kotak merah tu lah Seri Idaman.

[Seri Idaman di kotak merah]

Ini restoran dan makanan yang pertama Elle kongsi. Makanan ni ikut tekak masing-masing jadi mengikut tekak Elle, memang serasi dan Elle dan Mr Hall antara pelanggan tetap kat sini. Kalau bulan puasa, boleh booking kat sini tapi kena cepatlah. Selamat mencuba!

2 comments:

Ms.TinyFeet said...

wow i didnt' knew that near to my grandma house ada tempat mkn best, hahahha, well, can't blame anyone cuz selalu balik jer mesti time raya and bila raya semua tempat mkn best2 tutup...now rasa mcm nak balik penang, sudah rindu! pasti cuba bila pulang nanti =) thanks elle

Elle Elyssa said...

Dekat jer Dear. Balik Penang nanti bolehlah ajak family and Hubby makan kat sini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...