SPECIAL OFFER

Saturday, March 19, 2011

Movie: The Adjustment Bureau





Suka sangat hari ni. Siang dapat pergi kenduri Awie di Taiping. Balik kenduri Elle dan Mr Hall pergi Queensbay untuk aktiviti mewayangkan diri. Tengok wayang ye kawan-kawan bukan buat wayang. Filem yang dipilih ialah The Adjustment Bureau. Filem yang memang Mr Hall nak tengok.

[Image from IMDB]

Filem ni mengisarkan percintaan David Norris (Matt Damon), seorang ahli politik dan Elise (Emily Blunt), seorang penari ballet yang terhalang oleh satu pasukan dipanggil Adjustment Bureau. Mengikut mereka, semua manusia mempunyai peta dan pelan jalan hidup yang ditulis oleh "Chairman" dan tugas mereka ialah memastikan semuanya terjadi mengiut pelan yang sudah tertulis. Jika sesuatu berlaku tersasar dari pelan, mereka harus memastikan orang tu akan kembali kepada pelan yang asal. Mengikut pelan David, dia dan Elise tidak sepatutnya bersama kerana jika mereka terus bersama, impian David untuk menjadi Presiden dan Emily untuk menjadi penari ballet terkenal akan musnah. Namun kerana terlalu cintakan Elise dan mereka dapat rasa yang mereka memang ditakdirkan bersama, David dan Elise berjuang untuk berjumpa dengan "Chairman" dan mengubah pelan agar mereka dapat bersama.

Moral of the story, dalam hidup ni kita ada peluang kalau kita betul-betul mahukan sesuatu dan berusaha untuk dapatkannya. Pasukan Adjustment Bureau ni ada juga yang menggelarkan mereka sebagai Angel dan "Chairman" adalah simbolik kepada Tuhan. Tuhan yang menentukan takdir. Dan bagi Elle, Elle percaya Allah telah menetapkan takdir kita. Tetapi kita diberi peluang untuk menggunakan akal untuk membuat pilihan. Apa yang kita pilih, itulah takdir kita.

Allah berfirman, "Tidak akan Ku ubah nasib umat sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubahnya sendiri."

Jadi, Elle cadangkan korang pergi ke wayang untuk menonton filem ni. Have fun ya!
Rating dari IMDB ialah 7.2/10. Cerita ni tak berat sangat jadi dan diklasifikasikan sebagai PG13. Full story dan info yang lebih boleh dibaca di Wikipedia.
Korang juga boleh melawat Official Website filem ni.

Watch the trailer here.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...