SPECIAL OFFER

Friday, May 20, 2011

Elyssa Kardashian





Wah sejak bila lak Elle jadi family Kardashian ni? Takde kena mengena pun. Tapi Elle memang suka sangat tengok Keeping Up With The Kardashian dari first season lagi. Kenapa Elle suka tengok rancangan realiti ni? Elle suka bond di antara semua family especially the Kardashian sisters. Diorang pun sama macam adik beradik biasa, bergaduh lepas tu berbaik balik. Karenah diorang pun dah jadi satu drama tapi memang menghiburkan.


[Keeping Up With The Kardashian, first season]

Bintang utama yang terkenal ialah Kim atau Kimberly Kardashian yang suatu masa dulu pernah heboh tentang video seksnya yang tersebar. Bapa Kim, mendiang Robert Kardashian adalah American Armenian dan ibunya Kris kacukan Dutch dan Scottish. Kim adalah anak kedua pasangan itu dari empat adik beradik. Kakak sulungnya, Kourtney, masih bersama boyfriendnya Scott Disick dan anak mereka Mason. Adik Kim, Khloe sudah berkahwin dengan bintang basketball Lamar Odom dan yang bongsu ialah Rob.


Selepas bercerai dengan bapa Kim, Robert Kardashian, Kris berkahwin dengan Bruce Jenner dan mempunyai 2 anak perempuan iaitu Kendall dan Kylie. Bila tengok family diorang, macam seronok jer ada adik beradik yang ramai. Elle cuma 3 adik beradik dan jarak di antara kami pun jauh. Selepas rancangan ini ditayangkan hingga ke musim 4, dua rancangan lain pula diterbitkan iaitu Khloe and Kourtney Takes Miami dan Kourtney and Kim Takes New york. Dua rancangan ini berkisar dengan rancangan mereka meluaskan perniagaan mereka, DASH ke Miami dan New York. Terbaru, Khloe dan Lamar pun ada siri mereka sendiri.

Elle terhibur dengan telatah mereka. Bagi yang tak suka tengok tu mungkin akan rasa meluat. Tapi ni mat saleh kan. Memang life diorang macam tu. Elle tengok just for fun bukan untuk dijadikan teladan.

[Scott, Kourtney and Mason]

[Lamar and Khloe]

[Kim Kardashian]

[Kris and Bruce Jenner]

[Kendall and Kylie]

[Rob Kardashian]
*All images extracted from google

5 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

cerita ape ni... cam cunnnn jerk pelakon2 nye :)

daddyzkool said...

tengok cerita ni pasal kim , itu jer...hehe

Elle Elyssa said...

ini siri realiti tv pasal family Kardashian. tak dinafikan daddy, memang ramai tengok sebab Kim

Fathiah Hamim said...

adoii. cair tengok diorang. :O

Elle Elyssa said...

suka tengok diorang juga ke fathiah?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...