SPECIAL OFFER

Wednesday, May 11, 2011

My Forever Sweetheart





Siapakah forever sweetheart itu? Elle tengok tengok gambar-gambar dalam google dan Elle ternampak sweetheart busyuk kesayangan Elle yang dah lama Elle tak ambil tahu pun. Siapa? Bukan Mr Hall. Mr Hall tu soulmate, ini kesayangan lain. Kesayangan ini Elle sayang sejak Elle kecil lagi. Dulu dia pernah menjadi teman Elle tidur dan Elle peluk sepanjang malam. Kesayangan ini sangat comel dan sangat famous macam biskut Famous Amos. Siapakah kesayangan ini? Siapa wei siapa?


[Pose sexy.. Arghhh terus peluk screen laptop]
Ada ke sesiapa yang tak kenal karakter kartun yang famous ni? Ada ke? Lorh! Tak tau ye. Dulu setiap hari ahad, Elle akan tunggu Daddy beli akhbar The Star. The Star hari ahad akan memuatkan komik Garfield ni. Tajuk Garfield tu pun macam-macam design. Elle akan gunting dan simpan. Bertahun jugak la Elle kumpul komik Garfield ni. Tapi sekarang rasanya Daddy dan Mummy dah buang kot. Tsk! Sedihnya. Elle suka sangat Garfield. Walaupun dia gemuk, malas dan suka buli tuan dia, Garfield adalah seekor kucing yang comel.

Komik Garfield adalah hasil karya Jim Davis dan nama Garfield diambil sempena nama datuknya. Karakter utama yang lain ialah tuan Garfield iaitu Jon Arbuckle dan Odie, anjing peliharaan Jon. Sesekali akan mucul watak kekasih Jon iaitu Dr Liz Wilson. Komik ini mula diterbitkan pada 19 June 1978. Disebabkan kecomelan Garfield ni, pada tahun 2004 keluarkan filem Garfield: The Movie arahan pengarah Peter Hewitt dan pada June 2006, sekuel Garfield menyusul Garfield: A Tail of Two Kitties.




Comel kan kan kan.... Wuarghhhhhh comelnya. Ehem ehem.
Dulu masa study parents Elle belikan patung Garfield untuk menemani tidur malam Elle. Tidur lena uols peluk Garfield. Tapi tak tau kenapa patung Garfield ni hidungnya suka tertanggal. Kat bilik Elle masa tu seorang lagi housemate Elle pun ada patung Garfield jadi untuk tidak tertukar, Elle telah memakaikan rantai Elle pada patung Garfield Elle. Makanan kegemaran Garfield ialah Lasagna. Makanan kegemaran kita samalah yayang.

Rindu nak baca komik Garfield. Dan rindu terubat dengan bantuan Google. I love you lah Google.






*All pictures extract from google.

More info:
Garfield in Wikipedia
Official Website

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...