SPECIAL OFFER

Wednesday, May 25, 2011

Jom Semak Makanan Halal






Risau pula sekarang ni banyak restoran dan kedai makan yang tak halal dan kalau kita nampak sijil halal ditampal pun, bila check dalam website Halal takde pula. Sekarang ni pun ntah apa-apa kita makan. Asal lapar jer rembat. Dah tak peduli makanan tu berkhasiat atau halal.

Kat Facebook pun heboh makanan tak halal lah, ada DNA babilah. Tak dapat bayang makanan yang kita selalu makan, especially makanan favorite kita tu sebenarnya tak halal. Hampeh tul. Dah makan bertahun-tahun, dah jadi darah daging. Macam mana nak tau restoran atau produk tu halal ke tak, checklah kat website HALAL ni atau website JAKIM. Link ni terus buka direktori halal. Korang search lah kat situ.

5 comments:

KAMIHIDUP said...

rujuklah pada yang pakar. :)

Elle Elyssa said...

betul tu. baru puas hati

adib syazwan said...

makanan jadi darah daging tu~

Elle Elyssa said...

yelah, apa yang kita makan akan jadi sebahagian dari badan kita.

Luke said...

Bagi pengusaha restoran orang Islam rasanya tak perlu sijil halal ni, kena yakin dan percaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...