SPECIAL OFFER

Wednesday, May 4, 2011

PMC dan BB





Bila tengah busy le macam-macam idea nak tulis kat blog. Bila dah free ni tak tau pulak nak tulis apa. Macam hampeh. Selepas siri sakit perut dan menonton filem Thor hari tu, Mr Hall bawa Elle makan malam di Puncak Mutiara Cafe yang terletak di Kampung Pelet, Kubang Semang, Pulau Pinang. Dah lama dah Elle tahu pasal tempat tu tapi tak pernah dapat pergi. Mula-mula Elle dapat tahu dalam newspaper, pastu tunjuk kat Mummy.
"Sedap kan Mummy?"
"A'ah sedap. Macam bast jer tempat tu. Nanti kita pergi."
Perbualan terhenti sampai situ dan tak pernah bersambung atau merancang nak pergi pun.

Perbualan seterusnya dengan Mr Hall.
"Tau tak Puncak Mutiara Cafe tu? Dekat dengan kawasan rumah Uols."
"Yeke, Iols tak tau pun."
Perbualan kedua tu pun berhenti di situ tanpa sambungan.


Maka selepas Mr Hall bawa parents dia sempena menyambut birthday Ayahanda tercinta di PMC, Mr Hall sangat bersemangat nak bawa Elle makan di situ. Maka selepas menonton filem Thor, Mr Hall pun bawalah budak yang sakit perut ni makan kat PMC (Puncak Mutiara Cafe). Tiap kali sebut PMC mesti teringatkan CMP (Che Mat Poi) dalam AC Di Sini tu. (Tetiba iklan). Sampai jer kat sana, memang orang sangat ramai. Maklumlah cuti 3 hari kan. Semua nak jalan-jalan cari makan. Kitorang pun dapat duduk di satu meja yang agak selesa. Elle tengok jer menu tu, mak aih, tak tahu nak pilih yang mana. Perut Elle sekarang ni sensitif. Silap makan mesti sesentap. Ada daging arnab, burung unta tapi yang Elle order, Nasi Daging Merah.

"Yang, kat Seri Idaman pun ada Nasi Daging Merah." Kata Mr Hall.
Elle muncung.
"Minum bagi Barli Suam." Elle order air.
"Yang, kat Pelita pun ada Barli suam."
Elle mencebik lagi.
"Sakit perutlah. Tak tau nak makan apa."
Since mulut dah sedia muncung, pakai shades dan terus ambil gambar dari sudut atas. Gaya femes adik-adik kita sekarang ni. Betul, Elle tipu. Motif pakai shades pada malam yang kelam tu pastu ambil gambar.
"Ala cian, lain kali kita datang makan satay ostrich okay."
Elle sengih dengar cadangan Mr Hall tu. Satay ostrich uols.

Sampai je makanan kitorang pun melantak dengan sopan santun. Sambil ditemani lagu-lagu dari Broery Marantika. Sampai je kat restoran tu dah pasang lagu favourite Elle, Jangan Ada Dusta di Antara Kita. Sangat layan. Harus call mummy terus bagi dengar background music sambil makan.
"Kat rumah pun ada CD Broery" Kata Mummy. (Imaginasi semata-mata).

Elle tak buat proper review sebab nak wat review kena la ada gambar. Baru korang teruja sambil menjerit "Nak makan kat PMC".
Lain kali Elle pergi, Elle tangkap gambar banyak-banyak ye. Konsep restoran ni sangat menarik. Memang kawasan dalam kampung, pastu pondok-pondok dibina sebagai tempat makan. Korang pergilah try sendiri.

[Picture from Google]

The next day, Mr Hall bawa Elle pergi Bukit Bendera. Dah lama tak pergi. Sekali tu Elle dan Mr Hall nak pergi tapi tutup untuk renovation. Barisan yang beratur sangat panjang tapi nasib baik cepat. Tren pun dah baru. Ada aircond lagi. Tak macam dulu, open air. Tren baru ni pun tak perlu tukar-tukar tren sampai kepala anak terhantuk kat pintu sebab berebut. (Itu Mimin, bukan Elle). Suasana kat atas tak sejuk sangat. Adakah kerana ramai manusia maka banyak haba dilepaskan begitu saja? Kat atas takde perubahan sangat. Yang Elle tengok kedai makan yang banyak-banyak tu disumbat dalam satu tempat tertutup yang dah serupa keadaan Stesyen Bas Puduraya yang lama. Agak ngeri. Kitorang beli air jer lepas tu lepak kat luar.

Masa berjalan di satu taman tu (tak ingat lak taman apa tapi ada pokok-pokok), owner taman tu mula-mula cakap kat kitorang "Ahlan Wa Sahlan", pastu "Namaste". Elle dan Mr Hall feeling-feeling foreigner. Tapi memang ramai pun yang confuse dengan asal Elle yang sebenar bila tengok muka Elle ni. Ada yang cakap singh, Arab, Hindustan tapi ramai gak yang tahu Elle Melayu. Kalau yang cakap anak mami tu memang betullah saya anak mami Pakistan. Mr Hall pun orang kadang-kadang confuse jugak. Banyak kali dia pergi interview orang cakap, "You look international." Elle cerita jer, buka perasan okay. Dia jemput masuk tapi sebab bukan free dan berbayar kitorang tolak pelawaannya elok-elok. Ramai family yang bawa anak-anak dan yang baby pun ada. Kitorang berjaya jumpa satu spot untuk melepak. Borak-borak kat situ, then turun balik ke bawah. Sama juga masa makan di PMC, tiada gambar. Adakah sakit perut menghalang Elle untuk mengambil gambar? Not really. Maka gambar ditempek dari Google.

[Old train.. thanks to owner of the picture]

[New Train... extract from Google]

1 comment:

zakuan said...

Salam, visit my blog zakuanhasan.wordpress.com

Ur blog simple

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...