SPECIAL OFFER

Thursday, June 2, 2011

I Nak Striker, Bukan Cheerleader





Saper suka filem dan siri Gol dan Gincu? Aku adalah salah seorang dari peminat filem dan siri ni. Dua musim siri ni aku ikut dan siap kumpul lagi siri yang didownload oleh kawan aku. Kalau sesiapa yang tengok Legally Blonde mesti perasan filem Gol dan Gincu seakan sama jalan ceritanya dengan Legally Blonde. Tapi kan tapi kan...... Gol dan Gincu berjaya menjadi sebuah filem yang bagus dan menarik sehingga dijadikan siri. Kisah tentang seorang gadis yang minat dengan fesyen kemudian ditinggalkan oleh teman lelakinya yang bercouple dengan perempuan yang lebih hebat, kononnya. Dalam usaha untuk mendapatkan kembali bekas teman lelakinya, dia menyahut cabaran yang bertentangan dengan dirinya tetapi dapat melakukannya dengan berjaya dan berjumpa dengan lelaki yang lebih menghargainya.



[Pelakon Gol dan Gincu]



Itu jalan cerita yang sama untuk kedua-dua filem tu tapi Elle Woods dalam Legally Blonde sahut cabaran menjadi peguam dan Putri dalam Gol dan Gincu berjaya menubuhkan pasukan futsal sendiri yang selepas filem ni keluar di panggung wayang makin ramai perempuan yang semakin aktif main futsal. Ell teringat dialog Eddy lakonan Ashraf Daniel,

"I don't want a cheerleader yang selalu support, Maybe I want a striker"

Dialog sebegitu juga pernah diucapkan oleh somebody pada aku dulu tapi bukan Mr Hall. Bukan terkenang kisah lama tapi aku terfikir apa sebenarnya lelaki mahu dari seorang perempuan. Lelaki nak Cheerleader yang sentiasa menyokong mereka di sisi atau Striker yang lebih berdikari dan dapat mencapai impiannya sendiri?
But I say..... 
(pakai spek itam ala Horatio dalam CSI Miami)



"We, women can be both"
Yeahhhh..... (muzik CSI berkumandang)




One liner Horatio yang menjadi favorite Mr Hall. Maksud aku di sini, perempuan zaman sekarang boleh berdikari, tak membebankan lelaki dan boleh mencapai impian tanpa taktik kotor tapi dalam masa yang sama sentiasa menyokong orang yang tersayang. Adakah dengan kawen dua korang akan dapat sorang cheerleader dan sorang striker? Wah, sensitif. Terpulang pada korang asalkan adil ok. Terpulang pada masing-masing sebenarnya apa yang korang nak dari pasangan korang tak kiralah korang perempuan, lelaki atau unknown. Yang penting korang hargai pasangan korang dan terima dia seadanya. Tak salah berubah menjadi lebih baik tapi jangan mengubah sampai dah somebody else.

Naper meraban pasal benda ni? Sebab tetiba teringat citer Gol dan Gincu ni dan terasa cam nak tengok tapi takpe nanti boleh tengok. Tapi kan dalam filem ni aku suka Sasha lakonan Sazzy Falak. Tah naper aku suka watak antagonist. Motif kan.

Just My Thoughts: Both film is inspiring. Aku tau ramai kutuk pelakon-pelakon Gol dan Gincu seksi pakai short skirt tapi filem dan siri ni memberi inspirasi kepada perempuan untuk yakin dengan diri sendiri. Kita semua dikurniakan akal kan, jadi ikut yang baik, yang buruk janganlah. All pics extract from google.

2 comments:

KAMIHIDUP said...

oh melisa mauren. :)

Elyssa said...

peminat melissa maureen ya? suka dia jugak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...