SPECIAL OFFER

Thursday, September 15, 2011

Pot Luck aka Jamuan Hari Raya

Sesiapa yang tengok entry wordless wednesday yang pertama tu, itu adalah gambar aku masa Iftar di J.W. Marriot. Sengaja ambil gambar macam tu dan memang plan nak edit untuk Mr Hall. Tadi masa lunch kitorang baru je lepas habis buat pot luck aka jamuan hari raya. Semua orang Islam di ofis ni contribute makanan dan duit untuk jamuan yang dihadiri oleh semua staff di ofis ni.

Kalau pasal makan jer laju kan. Pagi-pagi lagi dah sibuk nak prepare hidangan pot luck ni. Kerja aku ialah meracik-racik ayam soto tu. Sampai sekarang aku masih berbau ayam. Dibantu oleh bibik Ms Feroz. Sambil racik, sambil menyanyi dan sambillah bercerita. Itu tak penting. Yang penting korang mesti nak tau kan apa menu kitorang hari ni. Wah! Silalah terliur.




[Roti Jala dan Kari ayam]

[Bihun untuk dimakan dengan kuah soto]

[Kuah Soto... aku share bayar jer]

[Apam pisang]

[Spaghetti yang masih suci dalam balutan]

[Kuah Bolognese untuk spaghetti]

[Kuih muih wajib ada]

[Siap tulis lagi kat whiteboard]

[Kuih Seri Muka, Apam Pisang dan dessert Zahar, bak kata dia resepi turum temurun tuh]

[Lemang dan rendang ayam, menu wajib ada]
Gambar yang tak sempat ditangkap ialah Satay yang mula-mula sekali habis kena serbu dan nasi dagang by Kak Wan. Time diorang letak 2 menu tu aku pulak tengah sibuk. Air bandung by Kak Chah. Maka sessi camwhoring dan makan pun bermula. Sambil camwhoring sambil makan. Sangat multitasking kan.

Semua melantak tak hengat dunia. Aku terus menerus melantak sampai dah tak boleh bernafas. Sangat buruk lantak okay. Janji aku kenyang. Lepas tu, sempat pulak aku seludup kuih seri muka, semperit dan dadih ke meja. Aku kan multitasking. Jadi sambil bekerja aku mengunyah. Itulah kelebihan badan aku bila metabolisma badan tinggi. paling kuat pun buncit jer. Wah! Buncit jer tu lah yang aku bising siang malam. Bila teringat jer perut membuncit terus buat sit up. Pastu kepenatan, dan..... lapar. Macam motif kan senaman pastu lapar pasty buruk lantak lagi. Silalah insaf ye cik Elyssa.

Aku happy hari ni bukan saja sebab pot luck, tapi sebab esok Malaysia Day bermakna aku cuti. Bolehlah aku tido puas-puas cuti 3 hari ni. Kalau korang gi tengok perarakan di Dataran Merdeka esok updatelah ye dalam blog sebab aku tak pergi.

Happy Malaysia Day!

2 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

best nya kalau kerja.. ada jamuan makan. huhuhu.. rindu suasana keja.. apakan daya kehendak en hubby nak mummy besarkan baby sendiri.

Elle Elyssa said...

xpe kak. baby tu nanti mesti membesar dgn penuh kasih sayang cam ell ngan adik2. mama kitorang pun berhenti kerja sebab nak besarkan kitorg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...