SPECIAL OFFER

Wednesday, January 4, 2012

Kau Open Minded ke?

Wahai rakan-rakan sekalian! Kita selalu dengar perkataan open minded. Tapi tahukah korang open minded dan dirty minded tu berbeza? According to Dictionary.com, open minded is having or showing a mind receptive to new ideas or arguments. Maksudnya di sini, kau boleh terima perkara baru dan boleh terima idea atau pandangan orang lain. Masing-masing ada pendapat sendiri jadi terimalah pendapat orang lain. Tapi ramai manusia kat muka bumi ni fikir open minded ni sama maksudnya dengan dirty minded.

Dirty minded is tending to have vulgar, obscene, or lewd thoughts, interpretations, etc yang boleh disamakan dengan pervert. Ada orang cakap otak kuning. Channel otak dia melalut tah ke mana-mana je. Tak faham? Maksudnya orang yang suka berfikiran tak senonoh. Ramai yang salah faham dengan dua perkataan ni. Fahaman ramai orang kat luar sana tu, open minded tu kuat bersosial, tak ambil berat pasal agama dan benda-benda lain yang tak senonoh.

Perkara ni pernah jadi kat dulu masa zaman chatting MIRC.




Zaman sekolah I dulu tak banyak sosial networking. Once dah lanjutkan pelajaran barulah ada Friendster dan Myspace. Soalan pertama lelaki dalam dunia chatting, mesti nak tanya

"You/Awak ni open minded tak?"

Being someone who open minded I pun jawablah, "Ye."

Ingatkan nak borak pasal perkara yang membolehkan kau berfikir contohnya macam bincang pasal satu topik yang masing-masing boleh bagi pendapat. Ini tidak. Mulanya tanya perihal diri. A/S/L (Age/Sex/Location). Pastu start tanya pakai baju apa? Tidur pakai bra ke tak? I hangin jer bila lelaki start tanya macam ni. Bila I marah sebab start cakap pasal benda tak senonoh, boleh lak dia cakap kat I,

"Tadi you/awak kata open minded."

Tahan sabar.....


Sabar lagi.....


"Itu bukan open minded, itu dirty minded, bodoh."

Kan free je kena bodoh ngan I. Bukan semua perempuan korang boleh sex talk dan jangan gunakan alasan open minded untuk sex talk sebab maksud open minded tu pun takde kena mengena dengan benda tak senonoh. I percaya situasi ni masih berlaku especially social networking dan chatting platform semakin banyak sekarang. So entry ni I buat khas untuk lelaki di luar sana, ini adalah maksud open minded.


*Images extract from Google.

2 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

yes, penah alaminya jgak kat irc... mcm geli jek...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

itu gatal minded namanya tu .. gerammm je org yg gatal2 camtu kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...