SPECIAL OFFER

Tuesday, January 3, 2012

Terimalah Seadanya

Happy new year semua. For me, it's just another year where my age is increasing and so do life experience. I tak sambut new year kat mana-mana pun. Lepas tengok bola kat kedai mamak, I  terus balik ke rumah. Rasanya masa orang sibuk countdown, I dah berdengkur pun. Semua orang sibuk dengan azam baru walaupun yang lama pun belum capai lagi. Depends on each person. Untuk I, kalau nak berubah atau nak letakkan matlamat, tak perlu tunggu tahun baru. Kalau boleh esok, sejam lagi atau 5 minit dar sekarang I dah buat.

Tak salah nak buat azam baru sempena tahun baru ni. Dari takde inisiatif langsung nak buat perubahan dalam hidup. Terimalah aku seadanya. Betul, kita nak pasangan kita terima kita seadanya tapi tak salahkan kalau perubahan itu ke arah kebaikan.

1. Terimalah seadanya...... badan saya berbau.
Korang nak pasangan yang cantik dan wangi tapi bau badan sendiri dan macam kambing. Apa salahnya rajinkan diri mandi dan pakai perfume, deodorant tapi janganlah mandi perfume sampai bau wangi tu terlalu menusuk hidung. Lagipun sebagai umat Islam kita digalakkan sentiasa bersih dan berbau harum macam Rasulullah.




2. Terimalah seadanya.... pakaian saya selekeh
Sama macam di atas. Nak pasangan yang cantik/hensem dan pakaian menarik tapi diri sendiri selekeh. Tak salah kalau korang perbaiki cara korang berpakaian. Tak semestinya kena beli barangan berjenama. Banyak je baju-baju yang korang boleh dapat harga bawah RM50 asalkan korang pandai mix and match. Korang boleh rujuk pada majalah, Internet dan kawan-kawan. (Kalau kawan-kawan tu ikhlaslah). Tak perlu pakai shawl ala Hana Tajima pun korang boleh bergaya. Asalkan kemas. Jangan pula jadi mangsa fesyen.


3. Terimalah seadanya..... perangai saya baran.
Selalu kita dengar 'Sabar adalah separuh daripada Iman'. Apa salahnya korang control baran korang tu? Kalau rasa nak marah, cuba selawat, tarik nafas banyak-banyak atau terus ke tandas basuh muka. Lebih afdal korang ambil wudhu terus. Kita tak suka orang marah-marah sebab benda yang kecil jadi jagalah kemarahan kita tu. Setan ni lagi suka bila korang marah. Lagi disimbah minyak. Belum kahwin lagi dah baran, pukul-pukul girlfriend. Sama juga dengan orang perempuan. Kurangkanlah baran dan terus serang pasangan korang. Bagi peluang pasangan kita bagi penjelasan dulu. Kalau tersalah kan malu. Banyak-banyaklah bersabar. (Kata-kata dari seorang yang baran suatu masa dahulu).



4. Terimalah seadanya..... saya pengotor
Kalau korang nampak kacak atau cantik je orang tu, belum tentu lagi bilik dia secantik empunya bilik tu. Ada beza antara pengotor dan pemalas. Pemalas, mungkin hari-hari sibuk dengan kerja atau study tak sempat nak mengemas tapi hujung minggu diperuntukkan untuk mengemas. I pun kadang-kadang camtu sebab balik kerja dah letih terbongkang atas katil. Tapi pengotor ni, sentiasa kotor dan berselerak bilik tu. Entah hidupan lain apa la yang tinggal bersama. Adakah encik semut, lipas atau tikus? Mungkinkah badak sumbu? Owh besar sangat tu. Apa kata azam tahun baru ni, rajinkan diri menjadi pengemas. Sampah-sampah yang basah jangan dibiarkan berulat kat dapur tu sampai orang lain yang tinggal kat rumah tu muntah sebab nak bersihkan. Sila rajinkan diri anda dan sudah-sudahlah jadi pengotor tu.

5. Terimalah seadanya....... perangai saya yang over ni.
Over kat sini ialah keterlaluan. Gelak sampai jiran selang 2 rumah boleh dengar. Ada bezanya orang yang santai, sempoi dan orang yang over. Betul, be yourself tapi janganlah sampai keterlaluan sampaikan orang kat sekeliling korang pun rasa tak selesa. Cakap terjerit-jerit kat tempat awam. Mungkin masa korang remaja korang berperangai macam tu tapi memandangkan tahun bertambah dan umur korang meningkat, perbaikilah perangai korang tu. Kitorang tak nak dengar korang mengumpat bergosip atau cerita seluar korang berlubang. Biar kawan korang je yang dengar.



Banyak lagi sebenarnya. Perkara ni berbangkit semasa I dan Mr Hall berbual. Janganlah pula kalau orang tu pendek, gelap atau apa-apa benda fizikal yang sememangnya tak boleh ubah tapi korang suruh pasangan korang ubah. Ada benda yang kita boleh cakap.

"Terimalah saya seadanya."

[Walaupun I gelap, I tetap jadi supermodel. Kau ader?]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...