SPECIAL OFFER

Wednesday, July 4, 2012

Ada Ke Duit Nak Beli Barang Ni


Ramai orang suka shopping. Tak dapat shopping, window shopping pun jadilah. Kadang-kadang kita survey dulu, bila dah dapat gaji terus pergi beli. Lagi hampeh, time nak beli tu barang dah takde stock. Kalau nasib baik, display pun kita rembat. Dah banyak dah baju display yang aku rembat. Yelah, stock dah takde, baju pulak cantik, saiz pun ngam, maka bogellah patung display itu. Yang penting akak chantek.

Dalam seronok nak shopping tu, kadang-kadang bengang jugak dengan perangai salesgirl atau promoter yang bertugas. Aku pernah jadi salesgirl atau nama sedapnya Retail Associate dan aku juga selalu jadi customer. So, aku tengok berdasarkan kedua-dua perspektif. Salesgirl selalu complain customer banyak karenah dan customer pula complain salesgirl tak reti nak buat kerja. Aku nak cakap satu benda jer, dua-dua pihak manusia yang macam-macam karenah.

Dari perspektif pelanggan atau customer, kita nak dilayan dengan sepatutnya dan servis yang memuaskan hati. Tak kiralah fast food ke restoran ke kedai pakaian ke butik mahal ke, kita nak layanan yang memuaskan hati. Customer tak nak dilayan macam orang bodoh.

Contohnya, hari tu aku tak plan pun untuk shopping tapi dah kebetulan kedai yang aku nak pergi tu berdekatan jadi aku pun singgahlah. Memandangkan aku pakai simple dan tak menarik, salesgirl yang bertugas tu kemain lagi pandang aku atas bawah cam aku ni pengemis masuk butik Louis Vuitton. Siap mengumpat lagi tu dengan member dia. Walaupun kau cakap dalam bahasa ibunda yang aku tak faham 100%, tapi gerak geri tu obvious sangat mengumpat aku. Woi perempuan, kau keje kat Watson je kot, bukannya butik Prada. Kalau perangai ni kerja kat butik Prada tah cemana berlagaknya dia lagi. Sesetengah customer keluar dari kedai tu bukannya takde duit nak beli, tapi setakat nak survey dan beli kemudian atau sebab annoying dengan perangai kekwat kau tu. Bila aku datang balik, dress up sket, barulah nak promote itu ini layan kemain lagi.



Ada banyak kes jugak, promoter perfume. Kadang-kadang kalau ada new promotion, banyak brand perfume yang akan buka booth di tengah-tengah laman shopping mall untuk kenalkan keluaran terbaru. Kalau dah nama promoter, promote je la barang kau tu. Jangan nak memilih sangat. Marketing 101, don't ever underestimate your customer. Kau ingat yang pakai kasut tinggi dress up kemain, bawa beg LV fake tu potential customer ke? Kadang-kadang yang pakai simple, seluar pendek itulah yang bawa BMW 5 Series. Banyak kali, aku dan Mr Hall bercadang nak beli perfume. Kadang-kadang tu kitorang saja jer jalan dekat-dekat diorang. Kalau time tengah dress up tu ada jugak yang datang. Kalau time comot sket sebab sehari suntuk dalam ofis pastu terus pergi shopping, memang invisible jer kita di mata dia. Dari niat nak beli tu terus hilang sebab promoter sendiri berlagak.

Jadi janganlah pandang customer dari segi penampilan masa tu je dan customer pun janganlah kekwat berlagak kemain lagi. Mommy selalu ajar aku, cakap elok-elok dengan salesgirl atau waiter/waitress, diorang pun seronok nak layan kita. Aku tau sebab aku pun pernah ada di situasi diorang.

Akhir kata dari pesanan khidmat masyarakat,

Sopan Santun Amalan Mulia



1 comment:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

yes sgt setuju.. tambah2 promoter perfume..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...