SPECIAL OFFER

Tuesday, July 31, 2012

Food: Iftar di Bumbu Desa


Selalu dengar member-member citer pasal Bumbu Desa. Teringin jugak nak makan. So, last week masa tengah cari tempat untuk berbuka puasa, kitorang pun merayau la dalam Midvalley. Mr Hall ajak makan kat Bumbu Desa memandang kitorang tak pernah cuba dan I pun asyik teringin tiap kali lalu depan Bumbu Desa. Makanan ni ikut lidah kita la. Lain orang lain rasanya tapi sebab I dengan Mr Hall sehati sejiwa serasa (perghh), komen kitorang cuma ini je. "Worth every penny." Sedapnya sampai naik juling mata I. Rasa puas hati lepas seharian berpuasa, berbuka pula tempat yang sedap cam kat Bumbu Desa ni. Dah la sedap, suasana restoran ni pun selesa. Hiasan dalaman pun menarik. Rasa macam kat Indonesia je walaupun tak pernah pergi.




Hiasan patung-patung yang disusun. Ada hiasan lain tapi aku kan guna kamera BB jer jadi kalau amik gambar pun gelap gelita.



So, apa lauk pauk yang kitorang pilih? Meh sini tengok.

[Main dishes]

[Ayam Cabai Ijo]

[Tumis Kangkung]
Memandangkan first time makan, kitorang tak tahu nak agak portion setiap dish ni banyak ke sikit. Nampaknya memang potion untuk seorang makan je. Apa lagi, sila tambah lauk yer.

[Kalau tak silap Gulai Cumi (Sotong)]


[Ayam Bakar]

Sambal yang diminta tambah lagi. Pasangan bahagia ni makanan kena ada pedas cili. Baru laju menyuap.


Kitorang order nasi putih. Next time nak order Nasi Liwet pulak lah.


Buka jer menu minuman terus dengan gembiranya I sebut "Soda Gembira" sampai tergelak waiter tu. Macam kanak-kanak exicted dapat Ribena atau Ho Ho licks.


Pencuci mulutnya nyummeh... Tak ingat apa namanya tapi yang aku tau, Banana with Chocolate & Caramel syrup. Bestnya pencuci mulut ini.


Asalnya nak letak harga setiap makanan tapi resit tah ke mana tah. Yang I ingat total dalam RM62 camtu campur tax ngan service charge sebab jumlah asalnya dalam RM58 camtu jer. Untuk kesedapan makanan dan keselesaan restoran ni bagi I murah. Yang pastinya I akan datang lagi untuk mencuba lauk pauk yang lain. Tak tahu nak makan apa untuk Iftar? Pergi official website Bumbu Desa, pilih menu dan call untuk booking. Kalau ke Midvaller tempat kitorang pergi ni, Bumbu Desa terletak di S-045 di South Court sebelah Amarin dan juga Jusco.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...