SPECIAL OFFER

Friday, August 7, 2015

Hameed Pata Mee Sotong

Penggemar Mee sekalian, kalau pergi Penang jangan lupa singgah makan Mee Sotong di Padang Kota Lama (Esplanade). Kalau pergi time cuti sekolah memang korang kena beratur panjang. Ingat makan Nasi Kandar je ke beratur.

I kalau nak pergi, time I saja balik Penang, bukan sebab cuti sekolah ke apa. Barulah tak beratur panjang. Ya Allah, mee sotong ni memang my favourite. Mee Sotong sebenarnya, mee goreng yg diletakkan sambal sotong. Kalau korang tak nak atau memang tak suka makan sotong, jangan risau, still boleh minta yang kosong.

Macam biasa I pergi, memang order Mee Sotonglah. Adik I memang suka mee hoon (kitorang dah biasa panggil bihun), so dia order bihun goreng. Kalau tak nak mee goreng, korang still boleh order Mee Rebus. Pergh! Mami approve.


Ais Kacang ni dari gerai minum sebelah yg jugak terkenal dengan Coconut Shake. Kitorang tak minum hari tu so takde gambar.





Harga pun tak mahal dan memang berbaloi sangat. Harga Mee Sotong dan Mee Rebus boleh dapat dengan harga RM4 - RM6 terpulang kepada portion. Kalau korang nak pergi, cari Fort Cornwallis di Padang Kota Lama yang berhampiran dengan menara jam. Ada Food Court sebelah Fort Cornwallis tu, kat situlah Mee Sotong setia menanti. 


Waktu Operasi: 11:30am – 8:00pm (Isnin - Sabtu) Ahad tutup
Lokasi: Food Court bersebelahan Fort Conrwallis, Padang Kota Lama
GPS:  N05° 20′ 14.6” E100° 18′ 37.6″


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...