Chinese New Year lepas Elle dan family ambil kesempatan untuk bercuti. Elle dah le susah cuti so sekali dapat direct 4 hari ni apa lagi kan. Mari beronggeng. Macam yang Elle post di entry yang lepas pasal Hotel Vistana tu, banyak tempat-tempat yang Elle dan family pergi. First day, Shopping Complex. Jalan-jalan di KLCC. First day sampai KL pun dah petang. Masing-masing letih sebab Elle and Daddy yang driving.
Malamnya kitorang pergi The Curve.
Saja jalan-jalan, sebab masing-masing tak nak dinner yang fancy selain mahu menjimatkan duit Daddy. Anak-anak dan isteri yang soleh/solehah kan. Memandang kitorang tak pernah pergi Ikea (kesian kan) dan Ikea pun dekat dengan The Curve sempatlah singgah sekejap masuk bangunan Ikea tu. Hasrat nak jalan-jalan tengok barang dalam Ikea pun terbantut sebab masing-masing dah kelaparan dan mood nak mengamuk tu berstatus Ready jer. Sebelum gaduh-gaduh sebab lapar, kitorang pun pergilah mencari makanan. Cadang nak jumpa sepupu Elle pun tak sempat. Semua lapar nyer pasal. (Salahkan lapar kah?)
Dinner kitorang sempoi je, makanan Thai di gerai Mek Tomyam kat area PWTC. Gerai biasa jer tapi masakannya not bad. Sedap.
Hari kedua.
Pagi-pagi lagi Daddy dan Danny pergi Aquaria di KLCC. Daddy banyak rakam video so tak dapatlah Elle tepek kat sini. Lunch kitorang menghala ke Kampung Baru. Selalunya kalau ke KL lunch atau dinner kitorang akan ke Kampung Baru. Pusing-pusing, sekali Daddy decide nak makan dia Nasi Padang Garuda. Masakan minang. Restorannya bersih dan makanan sedap. Lagu yang dipasang pun lagu Minang. Memang tak faham sepatah pun. Tapi layan jer. Tak sempat nak ambil gambar. Masa mula-mula masuk dan duduk dalam restorang ni, kitorang agak terkejut sebab tiba-tiba waiter dan waitress dia terus hidang bermacam-macam lauk? Erk? Macam mana nak bayar lepas ni. Since kitorang tourist kat KL ni dan tak pernah datang sini, Daddy pun tanya diorang macam mana diorang akan kira harga lunch kitorang. Katanya, yang mana tak dimakan diorang takkan kira. Diorang akan kira lauk pauk yang kita ambil sahaja. Tapi cam psyco orang suruh makan pun ada gak. Lauk banyak atas mejaa, telan liur jer la yang mana tak makan tu. Ikutkan selera masing-masing habis licin semua lauj disebat tapi nak membayar tu boleh pengsan juga la kalau tengok bil. Tapi kitorang puas hati sebab sedap.
Lepas lunch kitorang semua ke Zoo Negara. Last Elle datang sini tahun 1994. Kecil lagi masa tu. Sekarang ni bawak Danny pula. Bukan sahaja budak-budak exicted, kakak budak pun sangat exicted. Ha! Aquria takde gambar tapi yang ini banyak gambar.
[Weee... kat Zoo Negara]
[Tengok map dulu. Jangan sesat]
[Giraffe aka Zirafah]
[Gajah yang penyayang. Main-main dengan orang yang datang]
[Tak, bukan Black Swan, ini White Swan.]
[Harimau Malaya... Reow]
[Sangat suka okay main-main dengan guni tu]
[Sarang lebah yang fake aka beehive]
[Tortoise!!!]
[Ini tak pergi Zoo pun boleh tengok. Arnab aka Rabbit]
[Children World ni diorang tempatkan semua anak-anak binatang. Anak lembu, anak kambing, anak rusa.]
[Flamingo. Bukan Flamingo by the lake or beach]
Selain jalan-jalan tengok binatang di Zoo Negara, Elle dan family singgah ke rumah cousin Elle kat Lembah Keramat. Rumah Kak Ida ku. Dah lama giler (eh, tak, belum giler lagi) tak berjumpa dengan cousins Elle. Last Elle jumpa especially Emie, still budak-budak lagi tapi sekarang dah anak satu pun. Comelnya Kelly! Kelly! Kelly! Ehem! Dah penat bersembang, bergebang, bergossip, kitorang pun minta diri nak balik ke hotel. Lepas balik ke hotel, mandi dan bersiap. Seterusnya ialah acara mengisi perut. Ke mana? Kitorang ke Kampung Baru... Yeay yeay! Restoran terpilih ialah Juara Tomyam. Apa? Tomyam lagi? Nak buat macam mana. Masing-masing nak makan nasi. Masakannya sedap dan cepat walaupun orang ramai. Dan Elle first time dapat minum air Barbican Arab tu. Selalu dengar jer Mimin dan Mr Hall berborak pasal air Barbican. Adik Elle mimin ni selalulah minum sebab selalu lepak kat Castle dengan kawan-kawan dia.
Kalau tengok botol memang ingat liquor tapi sebenarnya cam air gas jugak. Dan sedap. Elle cuba perisa strawberry. Nice flavor. Maybe I'll try other flavor next time.
Hari Ketiga.
Dah nak balik dah pun. Tapi sebelum balik ke Penang sempat jugak singgah ke Sungei Wang dan Pavillion. Shopping-shopping sikit. Elle beli Baby Tee MNG. Dah ada sebenarnya warna dark blue tapi memandangkan baju ni comfy Elle beli lagi satu warna merah. Mimin, macam biasa shopping jer keje dia. Habis shopping, kitorang pun bertolak ke Cyberjaya hantar Mimin balik ke MMU. Masa hantar ni Mummy emosilah jugak. Mimin kalau takde kat rumah agak sunyi. Sebab dia ni suka memeriahkan suasana dengan otak bengong dia. I like!
Sepanjang perjalanan ke Penang tu, di sesetengah tempat hujan lebat. Elle dah pesan kat Daddy kalau tak larat biar Elle yang drive. Tapi since he insist to continue driving, I'll just be ready anytime he need to swap. Syukur kitorang menghala ke Utara sebab jalan menghala ke Selatan sangat jam. Cuti 4 hari kan, siapa yang tak nak cuti-cuti Malaysia. Nasib baik esoknya masih cuti. Kalau tak MC ler jawabnya. Itu jer la cuti-cuti Malaysia ke KL. Alasan nak hantar Mimin padahal semua nak bercuti. Yang penting enjoy!
No comments:
Post a Comment