SPECIAL OFFER

Wednesday, February 2, 2011

Movie: The Tourist




Salah satu aktiviti favourite Elle dan Mr Hall ialah menonton wayang. Wargh! Aktiviti yang best bila movie yang ditonton itu juga best. Terbaru Elle dan Mr Hall tonton citer The Tourist. Yang memanggil-manggil untuk ditonton adalah hero dan heroinnya yang Elle minat sangat-sangat. Johnny Depp dan Angelina Jolie. Dua pelakon yang Elle suka sangat tengok. Ramai orang letak expectation since kedua-dua pelakon utama ni bukannya pelakon sembarangan. Cerita ni tak berat pun, simple jer. Yang bestnya lokasi movie ni kat France dan Venice, Italy. Bilalah nak gi Italy kan, naik gondola. (Sengih sorang-sorang).


IMDB kasi rating 6/10. Jalan cerita biasa-biasa jer, tapi in the end ada twist sket. Whether you like or not, I enjoy the movie. Cerita pasal boyfriend (Alexander Pearce)  Angelina Jolie aka Elise Clifton-Ward diburu oleh pihak polis. Cerita bermula di France, Elise diekori dan diperhatikan oleh pihak polis di sana. Rasa seksi sangat Angie cakap French. (Motif?). Alexander diburu sebab larikan duit 2 billion dari gangster bernama Shaw dan lari dari bayar tax pada kerajaan Britain. (Sila bayar income tax okay). Alexander suruh Elise cari somebody yang psychically menyerupai dirinya dan buatkan polis percaya yang orang itu adalah diri dia sendiri. Jadi dalam keretapi ni, Elise berjumpa dengan Frank Tupelo (Johnny Depp), tourist dari Amerika yang minat baca novel spy. (Tak, bukan spy leman).

Sepanjang cerita ni kita boleh tengok macam mana Frank nak melepaskan diri dari polis dan juga gangster yang memburu Alexander. Memang lawak la tengok Frank. In the end cerita ni ada twist sikit. Elle dan Mr Hall enjoy tengok movie ni. Movie yang ringan dan lawak. Tak tau kenapa tiap kali tengok Johnny Depp asyik terbayang watak Jack Sparrow. Salah akukah sebab minat giler Pirates of the Carribean? Pada yang teringin nak tengok, kat wayang sekarang tak available dah. Jadi tunggulah DVD original keluar dan kalau support piracy pergilah download.

Sini-sini : Kalau tak mau tengok boleh ler baca jalan cerita di Wikipedia. Tapi kalau baca sini ada ler spoiler. So kalau nak saspen dan nak tengok cerita ni jangan baca ye. Ish orang cakap jangan click nanti korang tau apa twist dalam citer ni. Eh, dah click dah?

Watch the trailer.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...