SPECIAL OFFER

Tuesday, March 22, 2011

Blog Tabloid Berita Bohong - Harian Metroll





Semalam masa Elle ngan Mr Hall surfing website sambil baca blog Beautiful Nara. Macam-macamlah cerita dan gosip termasuk le pasal Miera Leyana pakai baju seksi sampai ternampak boobies... Tapi Miera dah minta maaf pun pasal pakaiannya tu.

[Kredit picture to Budiey]
Lepas tu, kitorang terjumpa  satu entry tentang luahan rasa Abang Nara. Pasal ada saper tah buat cerita sampai Abang Nara ngan Obefiend bergaduh. Nak tau jugak saper Obefiend ni jadi kitorang bukalah blog dia. Lepas tu ternampak link Harian Metroll. Curious tengok tajuk blog macam parody je, terus kitorang buka blog tu dan stuck membaca blog tu je. Memang lawak dan menghiburkan.

Blog ni ala-ala akhbar tabloid ler yang  melaporkan berita, ada ruangan Gossip Night vision bersama Juber, Senyum Khinzir, Trolling Remaja bersama Dr Bong dan banyak lagi berita karut marut. Elle ngan Mr Hall tergelak-gelak baca. Memang mengarut, parody kepada akhbar lain dan sangat menghiburkan. Dan sekarang ni, Harian Metroll menjadi salah satu dari blog favourite Elle. Kalau sedih-sedih pastu baca blog ni mesti terlupa kesedihan tu. Mesti tergelak sorang-sorang sampai orang keliling pandang-pandang, pastu buat spekulasi bukan-bukan.

"Minah ni sawan kot?"

Bak kata Azwan Ali Uols, "Ada aku kesah?".

Jadi sekarang ni selain dari Elle buka Utusan Malaysia, Harian Metro dan The Star, Harian Metroll juga menjadi pilihan di hati setelah membaca berita-berita yang benar. Jom ler baca bersama-sama.

2 comments:

Mama Kembar 3 said...

baru tau kewujudan harian metroll nih...memang merapu heheheh

Elle Elyssa said...

mama, blog ni mmg merapu tapi best.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...