Thank you so much to Intan Norafzan for being my 10th follower. Intan adalah kawan sekolah Elle di sekolah menengah dulu. Walaupun dulu kat sekolah setakat Hi Hi jer, but thanks to Internet and social network, Facebook, twitter dan blog, kami menjadi rapat. Dan tahniah sekali lagi pada Intan kerana baru saja melangsungkan perkahwinan pada hari Jumaat (18 March 2011) lepas bersama suaminya yang datang jauh dari Singapura.
Intan yang vouge gitew... [Image from Intan's profile]
Cakap pasal 10th follower, baru Elle perasan yang Elle tak cerita pun pasal 1st follower blog. Semestinya cousin merangkap kakak sulung dalam family Elle (I mean our big family, all the cousins). Thanks Bu Jaja kerana sudi menjadi orang pertama yang follow blog ni.
JZ Business World [Image from JZ's profile]
By the way 'Bu' adalah gelaran yang bermaksud kakak dalam family kitorang. Kitorang ni family kacukan Pakistan-Melayu, so ada banyak gelaran yang kalau orang lain dengar pun memang pelik. Tapi bunyinya lebih kurang macam Hindustan sikit. Contohnya, kalau 'Bu' gelaran untuk kakak, 'Bai' pula gelaran untuk abang. Panggilan 'Bai' ni samalah macam Hindustan panggil abang sebagai 'Baia' atau 'Baya'. (Semestinya bukan pembimbing rakan sebaya.) Kitorang panggil datuk pun 'Dadaji' dan nenek pula 'Dadima'. Panggilan untuk makcik dan pakcik pun macam-macam.
Yang penting, korang mesti pergi melawat blog JZ nih, sebab kalau rasa-rasa nak beli susu kambing ke atau ada benda-benda yang korang minat bolehlah terus online shopping di situ. Dan jangan lupa melawat blog Intan sekali untuk join Intan dalam kehidupan sehariannya. Siapakah yang sudi menjadi follower blog ku yang ke 20? Mari kita nantikan beliau.
No comments:
Post a Comment