SPECIAL OFFER

Sunday, March 20, 2011

Kenduri Kahwin





Sekarang ni musim cuti sekolah. Maka dengan itu ramailah jugak yang buat kenduri kahwin. Bila banyak kenduri kahwin, maka kenyang perut kita dapat makan nasi minyak. Yeah yeah! Minggu ni saja Elle dan Mr Hall dapat makan di 2 kenduri kahwin.

Hari jumaat (18 march 2011) ialah kenduri kahwin Intan Norafzan, kawan Elle bersama suaminya Talip. Bila dengar ketibaan pengantin diumumkan di dewan tu, hati Elle terusik bila Intan dikenalkan sebagai Puan Intan. 'Puan' tu menunjukkan Intan dan melangkah ke alam baru. Erk! Aku ketinggalan lagi. Thanks Intan sebab jemput ke kenduri kahwin hang. Aku exicted sangat. Ingatkan kenduri ni bolehlah reunion dengan budak-budak lain tapi takde rezeki, satu pun tak jumpa. Itu pun Mash nampak Elle tapi lambaiannya tak berbalas sebab Elle tak nampak dia. Kesian hang Mash! Adakah aku semakin rabun? Pengsan! Kenduri Intan diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang yang berdekatan dengan Padang Polo tu dan Hospital Besar Pulau Pinang. Kad kawen pun cantik dan thanks sekali lagi sebab bagi kad kawen tu by hand. Reena, sebagai pengapit Intan pun tak kurang vouge nya. Subang itu memberi statement pada penampilan anda. Cantik!

[Pelamin dan meja makan beradab di kenduri Intan]

Kenduri kedua pula hari Sabtu (19 March 2011). Kenduri Awie di Taiping. Maka Elle, Mr Hall dan Puteri pun berkereta dari Penang ke Taiping untuk ke kenduri kahwin Awie. Exicted sangat. Tapi kenduri ni memang reunion dengan member-member Intel sebab sebelum ni sibuk sangat tak sempat nak hang out bersama. Makanannya sedap dan masa kitorang sampai tu pengantin pun dah habis makan. Seronok sangat hari ni.

[Makan beradab di kenduri kawen Awie]

Bila dah pergi kenduri kawen tu, biasalah orang akan tanya "Ko/hang bila lagi?". Patutkah Elle jawab "Bila larut malam."? Nanti dah larut malam diorang tanya pulak, "Ni dah larut malam kenapa tak kawen-kawen lagi?". Macam mana nak jawab tu? InsyaAllah ada rezeki Elle akan umumkan kat semua. Kad jemputan akan dihantar. Kalau kawen ni tak banyak guna duit dah lama dah pun kawen. Tapi belanja untuk kawen ni pun akan habis beribu-ribu juga. Bukan rupiah ye kawan-kawab, RM. Bosan pun ada jugak bila orang asyik sibuk tanya tapi sebagai manusia yang bersopan santun dan berhati mulia, layankan jer lah soalan itu. Betul aku ni sopan santun, jangan nak muntah-muntah.

Kat bawah ni gambar pelamin dan kek Sri, kawan rapat Elle masa dia kawen dulu. Sri pun bakal bersalin anak sulung dijangka bulan depan. Tak sabar nak tengok baby dia. Dan juga terselit sekali gambar kek Feena, cousin Elle yang kawen bulan January hari tu. Feena tak buat pelamin, cuma makan beradab jer. Terlupa nak ambil gambar meja makan beradab tu.

[Kek kawen Feena. Comel sangat]

[Pelamin kenduri kawen Sri]


[Kek kawen Sri]

4 comments:

puteri87 said...

...nak makan kenduri lagi..hehe

Alcaponco said...

bulan 6 nanti akak tunggu kenduri kawan baik akak

reena said...

Aaww thanks Lis! Tu pun kami control vogue sebab tak nak overshadow intan. Hahah :p

Alcaponco said...

xpe. pengapit vouge xpe.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...