SPECIAL OFFER

Thursday, March 31, 2011

HMM Capai Sasaran?





Elle terbaca dalam Utusan Online tadi tentang kutipan filem HHM. Nampaknya sasaran KRU Studios iaitu RM6 juta berjaya dilepasi dengan RM6.3 juta. Satu pencapaian yang bagus memandangkan kutipan tertinggi masih dipegang oleh Ngankung, RM7.7 juta. Harap kutipan akan bertambah selepas KRU studios release filem ni ke luar negara. Kalau nak pasarkan sesuatu filem di peringkat antarabangsa, mestilah nak something yang berkualiti. Barulah boleh bersaing dengan filem-filem dari luar. Harap selepas ni ramai lagi pengarah dan penerbit berusaha untuk buat filem yang lebih berkualiti dan boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Jangan fikir untung jer.

Elle faham bajet dan source untuk filem di Malaysia tak setinggi bajet dan source yang diperuntukkan oleh filem luar. Kadang-kadang filem luar yang menang di Oscar pun bukannya guna bajet tinggi pun. Tapi pengarahan filem, jalan cerita, skrip dan pelakon tu sendiri. Jangan harap nak popular je. Jadilah pelakon yang berkualiti. Buat homework dan jiwai lakonan bukan main hentam jer. Terima kasih kepada Puteri Gunung Ledang dan Hikayat Merong Mahawangsa yang menghasilkan kelaianan dalam dunia perfileman kita. Elle harap industri perfileman kita akan lebih maju dan lebih kreatif.

Di bawah Elle selitkan sekali berita yang Elle baca tadi. Tak sia-sia Elle menjadi peminat setia KRU dari KRU nobody to somebody.


Hikayat Merong Mahawangsa lepasi sasaran RM6 juta

31/03/2011 10:51am

KUALA LUMPUR 31 Mac - KRU Studios berjaya melepasi sasaran awal RM6 juta selepas memungut RM6.3 juta untuk filem terbaru terbitannya, Hikayat Merong Mahawangsa yang ditayangkan sejak 10 Mac lepas.
Penerbit filem berkenaan Norman Abdul Halim berkata, pencapaian itu menunjukkan masyarakat di negara ini boleh menerima genre filem berbentuk kenegaraan yang dipaparkan filem tersebut.
"Ini satu petanda baik kerana kebiasaannya, filem tempatan yang mendapat sambutan baik adalah bercorak komedi atau seram,” katanya kepada pemberita malam tadi selepas tayangan filem itu yang dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D”Cruz, mewakili Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Norman berkata, selain Singapura dan Brunei, kira-kira 69 negara lain dijangka menayangkan filem itu secara berperingkat mulai Mei hingga Ogos ini.
Beliau berkata, kejayaan filem itu, yang menelan kos sebanyak RM8 juta dan mengambil masa 21 bulan untuk disiapkan, mampu menjadi batu loncatan kepada produksi tempatan lain menghasilkan karya bermutu serta bertaraf antarabangsa. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...